Taska Al Fateh Junior

Taska Al Fateh Junior Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Taska Al Fateh Junior, School, Batang Kali.

Tahniah semua anak-anak.Terima kasih ibu bapa, pak cik mak cik, abang kakak semua sudi sama menghangatkan pertandingan P...
12/12/2025

Tahniah semua anak-anak.

Terima kasih ibu bapa, pak cik mak cik, abang kakak semua sudi sama menghangatkan pertandingan Pentas Kerjaya si cilik kita. ❤️

🎉✨ PERTANDINGAN PENTAS KERJAYA 2025 — Taska Al-Fateh Junior ✨🎉Siapa paling bergaya? Siapa paling yakin? Siapa paling kre...
09/12/2025

🎉✨ PERTANDINGAN PENTAS KERJAYA 2025 — Taska Al-Fateh Junior ✨🎉

Siapa paling bergaya? Siapa paling yakin? Siapa paling kreatif membawa watak kerjaya impiannya? 🩺👩‍🍳🧑‍🏫

Kami sudah upload gambar-gambar comel peserta Pentas Kerjaya!
Sekarang… tugas anda p**a! 😍

❤️ Cara Menang:
Anak yang mendapat LIKE PALING BANYAK di posting gambar mereka akan dinobatkan sebagai JUARA PENTAS KERJAYA 2025!

Jadi…
📌 Scroll album
📌 Tekan LIKE pada gambar peserta kegemaran anda
📌 Kongsi juga supaya lebih ramai boleh undi!

Mari kita sama-sama beri semangat kepada anak-anak kecil yang penuh keyakinan ini.
Impian mereka besar, gaya mereka luar biasa! 🌟




09/12/2025

🎉✨ SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2025 — TEMA: CITA-CITA SAYA ✨🎉

Pada 28 November lalu, Taska Al-Fateh Junior berubah menjadi sebuah dunia khayalan… dunia impian. Ehh min ternyanyi j*p.

Ada yang datang sebagai doktor kecil… cikgu acah-acah garang… juru terbang comel… chef manis… dan macam-macam lagi! 👩⚕️👨🚒👩🍳👨🏫

Setiap pakaian, setiap senyuman, setiap lakonan kecil mereka hari ini sebenarnya membawa satu mesej besar:

🌈 “Setiap benih impian kecil hari ni, bakal jadi pohon besar kemudian hari.”

Sambutan Hari Kanak-Kanak kali ini bukan sekadar s**a-s**a berfesyen. Ia adalah ruang untuk anak-anak mengekspresikan diri, membayangkan masa depan, dan percaya bahawa mereka boleh jadi sesiapa sahaja—selagi ada doa, usaha dan bimbingan.

Kami percaya…
Dalam hati setiap anak, ada benih besar yang sedang tumbuh menjadi masa depan ummah.
Tugas kita hari ini ialah menyiramnya dengan kasih sayang, ilmu dan sokongan.
Terima kasih ibu bapa kerana memberi kerjasama menghiasi hari mereka dengan pakaian cita-cita yang comel dan penuh makna.

📸 Banyak sangat momen indah hari itu—siap untuk dikongsi!✨

Ouhh ya… kita ada pertandingan “Pentas Kerjaya”. Minta tolong semua vote untuk kita pilih pemenang. Terima kasihhhh.




27/10/2025

Haaa bukan main seronok anak-anak acah bagi makan arnab. Anak-anak belajar menggunakan motorskill juga untuk menyiang sayur sebelum memberi makan arnab buatan cikgu.😆

27/10/2025

Cikgu Farah kita sedang mengenalkan anak-anak dengan makanan sihat vs tak sihat.

"Aiskrim sihat tak kalau makan selalu?"
"sihattttttt" laju anak-anak jawab. Benda yang diorang s**a memang semua dikatanya sihat😌



27/10/2025

Assalamualaikum.. haishh lama min tak update fb ni. Aktiviti anak-anak banyak ja tapi min yang tak menyempat🥹. Hari ni min belanja satu video anak-anak bulan lepas yang bertema kenderaan. Sabaq sat nah.. satgi min upload video anak-anak tema makanan bulan ni p**ak.😁

23/07/2025

Kita throwback Jaulah Taska Al-Fateh Junior ke Farm Fresh, Serdang dan Masjid Putrajaya. Jaulah ini melibatkan semua anak-anak taska dan ibu bapa taska Al-Fateh Junior. Terima kasih kepada semua ibu bapa, dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam menjayakan jaulah kali ni. Tahun depan ke mana p**a ya?🤔😁

23/07/2025

" Misi kita hari ni nak tuang air dalam gelas tanpa tumpah. Tuang sampai penuh tapi jangan bagi tumpah tau. Sebelum tuang baca bismillah dulu ok"

Nampak simple kan aktiviti ni? Tapi banyak manfaat anak-anak dapat daripada aktiviti ini.

🫗 anak-anak belajar mengawal pergerakan tangan, lengan dan koordinasi mata-tangan.
🫗 Anak-anak perlu latih fokus supaya air tak tumpah.
🫗Beri keyakinan pada anak-anak untuk melakukan rutin sendiri
🫗Belajar menguruskan diri dan sekeliling

Jangan risau kalau tumpah-tumpah. Mereka masih belajar. Hari ni anak-anak kita bangga dan seronok dapat buat sendiri.

-FatehJunior

02/07/2025

BERMAIN KACANG HIJAU DAN TEPUNG✋✨

Comel ja tengok tangan-tangan kecil anak-anak Taska Al-Fateh Junior ni bermain dengan kacang hijau dan tepung.😁

Nampak macam main biasa je, tapi sebenarnya inilah asas perkembangan penting mereka!

🫘Tekstur tepung yang lembut halus dan kacang hijau yang keras kecil bantu merangsang deria sentuhan bayi (sensori tactile).

🖐️ Bila mereka genggam, picit, atau cubit kacang tu, mereka sebenarnya sedang kuatkan otot-otot kecil di jari dan tangan, iaitu motor halus (fine motor skills).

🎯 Aktiviti macam ni juga latih fokus, koordinasi mata-tangan dan persediaan awal memegang barang

Belajar melalui bermain!





Address

Batang Kali

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska Al Fateh Junior posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share