SEMBAKA

Call Directions Website Contact the school

SEMBAKA BERILMU - BERDISPILIN - BERAMAL Pembukaan SMK Bandar Baru Batang Kali bermula dengan pelantikan Pn. Rohaini bt. Hayon sebagai Pengetua pada 1 Disember 2000.

Beliau diarahkan membuka sekolah baru mulai sesi 2001. Semasa mendapat surat pelantikan dan surat arahan, beliau diberi senarai nama guru yang akan berkhidmat di sekolah ini. Usaha telah dijalankan sebulan sebelum sesi 2001 bermula. Satu mesyuarat pengurusan sekolah telah dijalankan bersama-sama dua orang Penolong Kanan yang dicadangkan iaitu Pn. Lan Rasni bt. Talib sebagai Penolong Kanan 1 dan Encik Ahmad Niza sebagai Penolong Kanan HEM. Perbincangan menyentuh tentang penerimaan kemasukan murid baru ke Tingkatan 1 tahun 2001 dan sebanyak 7 buah kelas akan dibuka. Pada Januari 2001, pelajar-pelajar SMK Bandar Baru Batang Kali seramai 277 orang dan guru berjumlah 23 orang telah memulakan sesi persekolahan dengan menumpang SMK Syed Mashor pada sebelah petang. Walaupun serba kekurangan dengan jumlah staf sokongan seramai 2 orang dan saiz pejabat yang kecil, persekolahan tetap berjalan lancar. Pada Mac 2001, pra penyerahan bangunan sekolah dilakukan oleh pihak JKR. Pihak pentadbir sekolah telah menyemak dan mengkaji kerosakan bangunan sebelum penyerahan secara rasmi. Pada masa yang sama, pihak pengurusan telah memohon peralatan pejabat serta keperluan lain dan pada bulan April segala peralatan kelas dapat disediakan. Penyerahan sebenar telah dilakukan pada 5 April 2001 dan dalam tempoh sebulan, sekolah perlu bersedia sebelum memulakan operasi selepas cuti penggal iaitu pada 26 Mei 2001. Dengan usaha pihak pengurusan sekolah, program gotong-royong telah dijalankan sebanyak 2 kali untuk membersihkan kawasan, menyediakan bilik sembahyang, bengkel, dan kelas-kelas yang hendak dibuka sahaja. Gotong-royong ini dijayakan bersama oleh guru-guru, ibu bapa serta murid - murid Tingkatan 1. Majlis bacaan Yassin dan sembahyang sunat hajat dijalankan sebelum penggal baru dibuka. Akhirnya dengan usaha pengetua serta pihak pentadbir yang lain, SMKBBBK akirnya berjaya direalisasikan pada 26 Mei 2001 (Sabtu). Sebagai sebuah sekolah baru, sekolah telah menerima Grant permulaan sebanyak RM50,000 untuk membeli bahan-bahan serta peralatan lain selain daripada perabot dan peralatan pejabat. Pada tahun 2002, 9 buah kelas lagi dibuka untuk Tingkatan 1 dan 3 kelas Tingkatan 4. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 dipindahkan daripada SMK Syed Mashor dan pelajar sekolah lain yang tinggal berdekatan kawasan sekolah. Sekolah menerima guru-guru baru yang bertukar dari sekolah-sekolah lain dan sehingga November 2002, seramai 47 orang guru berkhidmat di sekolah ini serta pelajar berjumlah 611 orang. Pelbagai prasarana berjaya dilengkapkan seperti padang bola, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Bimbingan & Kaunseling, bilik guru, bengkel-bengkel Kemahiran Hidup serta stor sukan sesuai dengan pertambahan bilangan guru dan pelajar. Pada tahun 2003, bilangan guru berjumlah 69 orang dan jumlah pelajar keseluruhannya ialah 1148 orang. Pada 14 Januari 2011, Pn. Hayon telah bersara sebagai pengetua SMKBBBK dan majlis porsaraan diadakan untuk mengenang jasa dan mengucapkan selamat tinggal kepada beliau yang telah menjadi pengetua sekolah ini selama 10 tahun. Pada 22 Jun 2011, Tn Hj. Wan Mohd Tahir bin Wan Ibrahim mula menjawat sebagai pengetua SMKBBBK yang baru.

23/07/2026

📣 Jangan lupa hadir ke Hari Keusahawanan & Koperasi Sekolah!

✨ Banyak pilihan makanan
🛍️ Gerai jualan menarik
🎯 Aktiviti dan permainan
🎁 Pelbagai kejutan menanti!

📅 Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)
🕘 Masa: 7:00 pagi - 3:00 petang

Jemput datang beramai-ramai untuk memeriahkan program kami. Bawa keluarga, ajak kawan-kawan dan sama-sama sokong usaha warga sekolah. Jumpa anda nanti! ❤️

05/07/2026

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM buat semua calon SPM 2026.

Berikan yang terbaik, usaha hari ini ialah langkah menuju kejayaan esok.



✨SOROTAN KEJAYAAN✨SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS!!Anak-anak SEMBAKA telah berjaya melakar kejayaan dalam Kejohanan H...
05/07/2026

✨SOROTAN KEJAYAAN✨

SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS!!

Anak-anak SEMBAKA telah berjaya melakar kejayaan dalam Kejohanan Hoki Menengah MSSD Hulu Selangor 2026!!

Pasukan Hoki Lelaki:
Tempat kedua 🥈

Pasukan Hoki Perempuan
Tempat Ketiga 🥉

Tahniah juga buat semua guru pembimbing yang telah bertungkus lumus membimbing anak-anak SEMBAKA
🌷🌷

Mari kongsikan ucapan tahniah anda.
Semoga kejayaan ini diteruskan tahun hadapan.




✨SOROTAN KEJAYAAN✨SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS!!Anak-anak SEMBAKA telah berjaya melakar kejayaan dalam pertandinga...
03/07/2026

✨SOROTAN KEJAYAAN✨

SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS!!

Anak-anak SEMBAKA telah berjaya melakar kejayaan dalam pertandingan Kawad Kaki NGO / GO / KRS peringkat Hulu Selangor.

Pasukan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia:
Tempat kedua 🥈

Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat
Tempat Ketiga 🥉

Tahniah juga buat semua guru pembimbing yang telah bertungkus lumus membimbing anak-anak SEMBAKA
🌷🌷

Mari kongsikan ucapan tahniah anda.
Semoga kejayaan ini diteruskan tahun hadapan.




🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙Marilah kita berhijrah ke arah ilmu, akhlak dan kejayaan yang lebih gemilang. Selamat Tahun B...
16/06/2026

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙

Marilah kita berhijrah ke arah ilmu, akhlak dan kejayaan yang lebih gemilang.

Selamat Tahun Baharu Islam!



Kelas Pengukuhan Tingkatan 5 2026 (Siri 1)Tarikh: 03 Jun 2026 - 05 Jun 2026Buat semua calon SPM 2026,Esok akan bermula k...
02/06/2026

Kelas Pengukuhan Tingkatan 5 2026 (Siri 1)

Tarikh: 03 Jun 2026 - 05 Jun 2026

Buat semua calon SPM 2026,
Esok akan bermula kelas pengukuhan.
Jom hadir ke sekolah!!

Selamat menuntut ilmu, semua..


Jom tonton video liputan Kejohanan Merentas Desa SMK Bandar Baru Batang Kali tahun 2026.Butiran kejohanan:Tarikh: 30 Jan...
15/04/2026

Jom tonton video liputan Kejohanan Merentas Desa SMK Bandar Baru Batang Kali tahun 2026.

Butiran kejohanan:
Tarikh: 30 Januari 2026
Hari: Jumaat
Tempat: Padang Sekolah & Laman Ilmu

Pautan: 👇🏻

Nama Program: Kejohanan Merentas Desa Tahun 2026Tarikh: 30 Januari 2026Hari: JumaatTempat: Padang Sekolah & Laman IlmuKru:Juruvideo - Farieza Arisha (3 Seti...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 🌻Perjumpaan Kokurikulum Sembaka🌻Minggu ini:🎨🥁 Kelab dan Persatuan 🧑🏻‍🔬👨🏻‍🌾⚽️🥎 Suk...
14/04/2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



🌻Perjumpaan Kokurikulum Sembaka🌻

Minggu ini:
🎨🥁 Kelab dan Persatuan 🧑🏻‍🔬👨🏻‍🌾
⚽️🥎 Sukan dan Permainan 🏈🏀

Tarikh: 15.04.2026
Sesi pagi: 2:00 petang - 5:00 petang
Sesi petang: 8:00 pagi - 11:00 pagi
Tempat berkumpul: Laman Bitara

‼️ Kehadiran adalah wajib
‼️ Pakai pakaian yang sesuai



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ibu bapa/penjaga 🌈🎉 JOM SOKONG SEMBAKA! 🎉Pihak sekolah amat mengalu-alukan sum...
14/04/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ibu bapa/penjaga 🌈

🎉 JOM SOKONG SEMBAKA! 🎉

Pihak sekolah amat mengalu-alukan sumbangan PIBG bagi memastikan pelbagai inisiatif dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, antaranya:

📘 Kelas tambahan untuk murid Tingkatan 5
🏫 Penyelenggaraan dan kemudahan sekolah
⚽ Aktiviti sukan dan kokurikulum
🏆 Program pendidikan serta penyertaan pertandingan

Setiap sumbangan tuan/puan adalah pelaburan besar untuk masa depan anak-anak kita ✨

💰 Ayuh, hulurkan sumbangan PIBG anda hari ini!
Sila rujuk guru kelas anak anda untuk maklumat lanjut.

Terima kasih atas sokongan berterusan semua 🙏

Address

Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali
Batang Kali
44300

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 16:30

Telephone

+60360573820

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SEMBAKA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SEMBAKA:

Shortcuts

Share

Category