Maahad Tahfiz Al Fateh

Maahad Tahfiz Al Fateh Melahirkan Generasi Huffaz Yang Faham dan Menghayati Al-Quran
(2)

Maahad Tahfiz Al-Fateh adalah; Sebahagian daripada projek induknya, Kompleks Latihan Pendakwah dan Tahfiz Bersepadu yang dikendalikan oleh Pusat Latihan dan Tahfiz Bersepadu Sdn. Bhd.

• Menawarkan kelas hafazan al-Quran, hadis, fardhu ain dan akademik dengan mengunapakai sistem hafazan dan metodologi terkini

• Menyediakan tenaga pengajar yang berkelulusan dalam bidang pengajian al-Quran, al-Ha

dis, fardhu ain dan akademik.

• Mempunyai kemudahan untuk riadhah dan ko kurikulum seperti padang, aktiviti menunggang kuda, memanah dan lain-lain

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un.Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Maahad Tahfiz Al-Fateh merakamkan ucapan t...
21/07/2026

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un.

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Maahad Tahfiz Al-Fateh merakamkan ucapan takziah atas pemergian Almarhumah Puan Subardini Mohd Sidek, seorang insan yang begitu banyak berjasa dalam menyokong perjuangan pendidikan al-Quran di Al-Fateh.

Sejak awal penubuhan Al-Fateh, Almarhumah tidak pernah jemu menghulurkan sumbangan dan sokongan demi memastikan lebih ramai anak-anak berpeluang menjadi huffaz al-Quran. Bahkan sehingga saat-saat akhir kehidupannya, beliau masih terus menyumbang walaupun sedang diuji dengan kesihatan.

Almarhumah bukan sekadar seorang penyumbang, tetapi seorang pencinta ilmu yang sentiasa berusaha mendekatkan dirinya kepada al-Quran. Kesungguhannya menuntut ilmu, mengajar al-Quran, menghadiri kelas-kelas pengajian serta menyebarkan manfaat kepada masyarakat menjadi inspirasi kepada kami.

Sesungguhnya setiap sumbangan, idea, pengorbanan yang diberikan telah menjadi sebahagian daripada perjalanan melahirkan generasi pewaris al-Quran. Semoga segala amal jariah Almarhumah diterima Allah SWT dan terus mengalir pahalanya selagi al-Quran dibaca, dihafaz dan diamalkan oleh para pelajar Al-Fateh.

Terima kasih atas segala jasa dan kepercayaan yang telah diberikan kepada Al-Fateh. Sungguh kami menjadi kebaikan beliau.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا
"𝑌𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ, 𝑎𝑚𝑝𝑢𝑛𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑠𝑖ℎ𝑎𝑛𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑎

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Almarhumah, melapangkan kuburnya serta mengurniakan tempat yang terbaik di syurga-Nya. Aamiin.

🎖 TAHNIAH KONTINJEN AL-FATEH 🎖Alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah.Segala puji bagi Allah atas nikmat dan rezeki d...
19/07/2026

🎖 TAHNIAH KONTINJEN AL-FATEH 🎖

Alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah atas nikmat dan rezeki dari-Nya 🤲

Kejayaan buat seluruh warga Al-Fateh. Kita berjaya mengangkat Silat Hang Tuah sebagai Rakan Strategik sekaligus Mengharumkan nama Al-Fateh menghantar wakil petarung remaja utk bertarung🔥.

Sama2 kita ucapkan alhamdulillah. 'Disini petarung dilahirkan'

🥇2 Emas
🥈4 Perak
🥉5 Gangsa

16/07/2026

Di Maahad Tahfiz Al-Fateh, kepimpinan dibentuk bukan sekadar di dalam kelas, tetapi merentasi setiap aspek kehidupan seorang penuntut. Dari lantunan Syahadah Ula, muhasabah dalam Usrah, ketekunan waktu belajar dan peperiksaan, hingga semangat berkuda, memanah dan silat sebagai warisan sunnah, setiap anak didik dibentuk seimbang antara ilmu, iman dan jasmani.

Ditambah dengan kem perkhemahan dan aktiviti bersukan seperti berkawad, lahirlah generasi yang bukan sahaja hafiz Al-Quran, malah tangkas, berdisiplin dan berjiwa pemimpin. Inilah pendidikan bersepadu Al-Fateh membentuk pemimpin ummah bermula hari ini.

TAHFIZ KEPIMPINAN
alfateh.edu.my

TAHNIAH HAFIZ HAFIZAH AL-FATEH DI PENTAS MTHQ SELANGOR 2026Anak-anak tahfiz juga punya pentas kejayaan tersendiri dan ha...
14/07/2026

TAHNIAH HAFIZ HAFIZAH AL-FATEH DI PENTAS MTHQ SELANGOR 2026

Anak-anak tahfiz juga punya pentas kejayaan tersendiri dan hari ini, giliran pelajar Maahad Tahfiz Al-Fateh membuktikannya! 🏆

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga atas kejayaan cemerlang di Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran (MTHQ) Daerah Hulu Selangor 2026 / 1447H, 20 Mei 2026:
1) Hikmah binti Mohd Asri : Johan Hafazan Tahap 2 (Perempuan), 1-20 Juzuk
2) Ustaz Muhammad Rifqi Ramadhan bin Abdullah Tambunan : Naib Johan Hafazan Tahap 2 (Lelaki), 1-20 Juzuk
3) Usaid bin Muhammad Sabri : Tempat Ketiga Hafazan Tahap 1 (Lelaki), 1-10 Juzuk

Tahniah pelajar, terima kasih guru pembimbing yang tidak jemu membimbing. 🤲
Gambar-gambar ini diabadikan sempena Majlis Penyampaian Hadiah pada 10 Julai 2026 iaitu hari Jumaat yang lepas di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.

Ikuti detik penuh syukur bersama wajah ceria pelajar, guru, serta ayahanda & bonda pelajar yang turut hadir meraikan kejayaan di sini
🔗 [https://photos.app.goo.gl/DEX96XvdT3mywvWSA]

Teruslah istiqamah bersama Al-Quran

06/07/2026

Semoga kebaikkan terus disebar sebarkan diatas muka bumi sehingga manusia tiada masa untuk mendengar keburukkan.

🦾🦾🦾

05/07/2026
Perkhemahan tahun ini sudah tamat. Dua tiga kuda melompat,Mana nak sama kuda laksmana,Yang lemah pasti dicanai kuat;Semo...
05/07/2026

Perkhemahan tahun ini sudah tamat.

Dua tiga kuda melompat,
Mana nak sama kuda laksmana,
Yang lemah pasti dicanai kuat;
Semoga membela agama dan bangsa.

Kalau penjajap tanjanya patah,
Menunggu musuh segera datang;
Adat jantan menghadap susah;
Cabaran datang pasti ditatang.

Kukuh melaka kerana laksmana,
Pantang diusik pasti binasa.
Kuat bangsa kerana pemuda;
Pemuda teraju nasib dunia.

Rambut ikal sudah tiada,
Muka cerah berganti gelap;
Habis penat besar selera,
Walau nasi berlauk kicap.

Selamat berehat semua, esok pagi kita sambung hafazan.

Selepas lebih dari 15 jam berdiri menghadapi Syahadah Ula, keesokkan harinya PEMUDA ini berjalan p**a lebih dari 15 Km b...
05/07/2026

Selepas lebih dari 15 jam berdiri menghadapi Syahadah Ula, keesokkan harinya PEMUDA ini berjalan p**a lebih dari 15 Km beserta dengan pelbagai halangan dan cabaran dalam Program Perkhemahan Al-Fateh.

Pemuda ini telah menunjukkan semangat juang yang luar biasa dan ketahanan yang tidak mengenal erti kalah.

Yang pastinya inilah yang dididik di Al Fateh bagi melahirkan lebih ramai Tahfiz Kepimpinan.

Address

Lot 922, Sungai Bertam, Jalan Belakang Pusat Pertanian, Batang Kali
Batang Kali
44300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al Fateh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Al Fateh:

Shortcuts

Share