Pertubuhan Seni Silat Jatidiri Sejati Al Hikam Malaysia

Pertubuhan Seni Silat Jatidiri Sejati Al Hikam Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Seni Silat Jatidiri Sejati Al Hikam Malaysia, Martial Arts School, Batang Kali.

17/08/2026

14 Ogos 2026 - Jumaat.

Sesi latihan di bawah Program Jatidiri Sejati Tadika masih lagi berjalan seperti biasa dan kali ini sesi latihan tersebut dijalankan di Tadika Kidana Kindy Kota Damansara.

Modul yang dirangka khas bagi memudahkan anak-anak ini mengenali asas berkaitan dengan gerakan beladiri yang terdapat di dalam Pertubuhan Seni Silat Jatidiri Sejati Al Hikam Malaysia .

Antara gerakan beladiri yang telah pun diajarkan adalah seperti Tumbuk Lurus, Tumbuk Berlapik, Tumbuk Sendeng, Belah, Tepis Luar, Tepis Bawah dan Tepuk. Anak-anak ini juga telah mula diperkenalkan dengan kaedah 1 arahan 2 gerak dan rata-ratanya boleh melakukannya dengan baik.

Syabas diucapkan kepada Cikgu Muhd Muzamer selaku Jurulatih bagi Tadika tersebut. Semoga tadika ini terus mengekalkan seni beladiri ini di tadikanya.

08 & 09 Ogos 2026 - Sabtu & AhadSelesai sudah sesi latihan bagi bulan 8 di Gelanggang PSSJSAHM Caw. Alah Batu. Sesi lati...
12/08/2026

08 & 09 Ogos 2026 - Sabtu & Ahad

Selesai sudah sesi latihan bagi bulan 8 di Gelanggang PSSJSAHM Caw. Alah Batu. Sesi latihan bagi caw. ini dilaksanakan sebanyak sebulan 2x dengan tempoh latihan setiap sesi selama 2 jam.

Jadual ini dilakukan bagi memudahkan anak-anak yang terlibat dengan aktiviti silat ini supaya dapat hadir penuh pada setiap bulan kerana waktu latihan yang fleksible dan mudah untuk mereka menyusun jadual latihan dalam sebulan.

Kini anak-anak silat di Gelanggang Alah Batu telah pun selesai mengetahui sebanyak 11 buah gerak asas yang terdapat di dalam modul tahap asas PSSJSAHM. Sesi latihan berikutnya akan diteruskan dengan 4 format tapak asas latih tubi, Gerak Bertitar dan Buah Tapak.

Semoga para pesilat terus istiqamah untuk hadir ke sesi latihan yang diadakan sehingga tamat sukatan pembelajarannya.

04/08/2026

01 Ogos 2026 - Sabtu

Telah berlangsung sesi latihan kedua bagi Gelanggang PSSJSAHM Caw. Alah Batu yang dikendalikan oleh cikgu Muhd Muzamer dan cikgu Hafiz Psmm . Seramai 14 orang ahli telah menyertai sesi latihan di bawah gelanggang ini.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pihak JPKK Alah Batu diatas inisiatif yang dilaksanakan bagi menghidupkan kelas latihan silat di kawasan kampung tersebut. Semoga dengan adanya aktiviti sebegini kita dapat mengurangkan masalah gejala sosial di kawasan tersebut seterusnya mengeratkan lagi ukhwah diantara penduduk setempat.

Semoga semua pesilat terus istiqamah dalam menjalani latihan sehingga selesai.

20/07/2026

21 Julai 2026 - Selasa

Recap sepanjang perjalanan program 2 hari 1 malam bertempat di Balairaya JPKK Kg Alah Batu, Hulu Selangor. Seramai 32 orang ahli telah selesai menjalankan ujian mengikut tahap masing - masing. Terima kasih saudara shamil atas penghasilan video kali ini.

Jumpa lagi di lain program

18-19 Julai 2026 - Sabtu & AhadSelesai sudah sesi Pesilat Besenai & Ujian Tahap Asas - Tahap 3 bagi Tahun 2026 bertempat...
19/07/2026

18-19 Julai 2026 - Sabtu & Ahad

Selesai sudah sesi Pesilat Besenai & Ujian Tahap Asas - Tahap 3 bagi Tahun 2026 bertempat di Balairaya Kg Alah Batu.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 32 orang ahli silat daripada cawangan Antara Gapi dan Sri Damansara yang telah berjaya menjalani sesi ujian dengan jayanya. Jutaan terima kasih buat barisan ibu bapa yang tanpa jemu menyokong anak-anak mereka untuk terus mengikuti latihan bersama pihak PSSJSAHM.

Majlis kali ini juga turut dimeriahkan dengan majlis pelancaran gelanggang silat yang baharu iaitu bagi cawangan Kg Alah Batu dan telah disempurnakan oleh En. Azrul Bin Aziz (Ahli Majlis MPHS Zon 1). Penubuhan cawangan kali ini mendapat sokongan yang padu daripada pihak JPKK Kg Alah Batu dan telah dijadikan sebagai projek bersama pihak JPKK.

Tidak dilupakan setinggi-tinggi penghargaan buat Dr. Hj. Wan Mohd Tahir Hj Wan Ibrahim (Pengasas Merangkap Guru Utama PSSJSAHM) yang sudi hadir sama dalam melihat dan menilai sendiri keupayaan para ahli. Terima kasih juga buat semua barisan jurulatih dan urusetia program yang komited dalam menjayakan sesi ujian kali ini.

Semoga kita bertemu lagi di lain lembaran.


07/07/2026

04 Julai 2026 | Sabtu

Pertandingan Silat Tempur Peringkat Daerah Hulu Selangor Tahun 2026 anjuran : Kelab Belia Jatidiri Taman Bunga Raya

Seramai 21 orang ahli PSSJSAHM yang membawa nama AL HIKAM FIGHTER telah selesai beradu tenaga sepanjang pelaksanaan program tersebut. Hasil daripada pertandingan tersebut, pihak PSSJSAHM telah berjaya membawa p**ang sebanyak 14 Emas dan 7 Perak.

Ini adalah salah satu rekod terbaik yang berjaya dicapai oleh pihak pertubuhan dan diharapkan pada masa akan datang kejayaan ini dapat terus kita pertingkatkan dari masa ke semasa.

Tahniah dan syabas buat semua ahli yang berani menyahut cabaran dan terima kasih buat semua ibu bapa yang tanpa jemu menyokong minat anak2 mereka. Semoga kita bertemu di lain program p**a.


03/07/2026

3 Julai 2026 | Jumaat

Bismillahirrahmaanirrahiim 🤲

Seramai 21 orang ahli PSSJSAHM yang membawa nama AL HIKAM FIGHTER yang akan bertanding pada 4 Julai 2026 dalam pertandingan Silat Tempur 2026 peringkat Daerah Hulu Selangor.

Semoga semua usaha gigih dan konsisten dalam latihan akan membuahkan hasil pada esok hari 💪🏻.
Semoga berjaya diucapkan kepada semua yang terlibat 🔥




20 - 21 Jun 2026 | JumaatSILAT COMBAT 2026Alhamdulillah tahun ini sekali lagi pihak PSSJSAHM berjaya mengekalkan punguta...
24/06/2026

20 - 21 Jun 2026 | Jumaat

SILAT COMBAT 2026

Alhamdulillah tahun ini sekali lagi pihak PSSJSAHM berjaya mengekalkan pungutan pingat sebanyak 5 emas dan 4 perak sama seperti kejayaan yang berjaya diperoleh pada tahun lepas.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pingat emas iaitu Maisarah, Syima, Azhad, Syawal dan Fendy. Syabas juga diucapkan kepada pemenang pingat perak iaitu Qhalif, Rauf, Shamil dan Syiera. Jangan putus asa tahun depan kita comeback balik dengan kejayaan yang lebih luar biasa.

Moga-moga dengan kejayaan ini akan membuatkan semua pesilat di bawah Al Hikam Fighter semakin merendah diri dan semakin menunduk. Kerana di penghujung ceritanya kita bukanlah siapa-siapa. Hanya milik sang pencipta yang maha esa.

Tahniah sekali lagi buat semua pesilat yang terlibat dan kita ready untuk game 04 Julai ni p**ak. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.


19/06/2026

19 Jun 2026 - Jumaat

SILAT COMBAT 2026

Seramai 8 orang ahli dari PSSJSAHM membawa nama AL HIKAM FIGHTER yang akan bertanding dalam pertandingan SILAT COMBAT 2026 kali ini.

Semoga semua penat lelah semasa latihan akan membuahkan hasil pada esok hari. Semoga berjaya diucapkan kepada semua yang terlibat pada 20&21 Jun ini.






Address

Batang Kali
44200

Telephone

+60143031445

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Seni Silat Jatidiri Sejati Al Hikam Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pertubuhan Seni Silat Jatidiri Sejati Al Hikam Malaysia:

Shortcuts

Share