SMK Bario (YEB4303)

SMK Bario (YEB4303) 1967
-Sekolah dibuka secara tidak rasmi 'Bario Secondary School'

April 1968
- Pindah tempat baharu

Day 2: Temasya Olahraga Tahunan SMK Bario 2026Hari kedua kejohanan sukan sekolah telah selesai. Semangat murid bagi mere...
14/05/2026

Day 2: Temasya Olahraga Tahunan SMK Bario 2026

Hari kedua kejohanan sukan sekolah telah selesai. Semangat murid bagi merebut gelaran juara masih membara.

Masih berbaki sehari lagi bagi murid berentap. Esok adalah hari terakhir sukan.

Ibu bapa dijemput hadir bagi sama sama memeriahkan acara dan mengikuti acara larian terbuka ibu bapa. Dijemput juga hadie ke majlis penutupan.

Jumpa semua esok.

SMK Bario
Together We Climb

Day 1: Temasya Olahraga Tahunan SMK Bario 202613 Mei 2026, hari pertama berlangsungnya kejohanan sukan sekolah yang meny...
13/05/2026

Day 1: Temasya Olahraga Tahunan SMK Bario 2026

13 Mei 2026, hari pertama berlangsungnya kejohanan sukan sekolah yang menyaksikan persaingan sengit di antara rumah sukan Kelapang, Merariew dan Depur.

Beberapa acara telah dipertandingkan hari ini. Program akan bersambung lagi hari esok.

Ibu bapa dijemput hadir bagi bersama sama memeriahkan dan memberi sokongan kepada anak murid.

SMK Bario,
Together We Climb

Sukantara Merentas Desa SMK Bario 202612 May 2026 telah berlangsung Sukantara Merentas Desa SMK Bario 2026 yang telah me...
12/05/2026

Sukantara Merentas Desa SMK Bario 2026

12 May 2026 telah berlangsung Sukantara Merentas Desa SMK Bario 2026 yang telah memperlihatkan kesungguhan dan kehebatan murid dalam bidang sukan.

Program akan bersambung lagi untuk Temasya Olahraga Tahunan yang bakal berlangsung 13 sehingga 15 Mei, esok sehingga Jumaat.

Ibu bapa serta warga Bario dijempur hadir bagi memeriahkan acara kita. Jumpa anda di sana!

SMK Bario
Together We Climb

Bengkel Cemerlang Bahasa: "Bahasa Inggeris Mantap, SPM Hebat"Pada 8 dan 9 Mei 2026 yang lepas, Panitia Bahasa Inggeris S...
11/05/2026

Bengkel Cemerlang Bahasa: "Bahasa Inggeris Mantap, SPM Hebat"

Pada 8 dan 9 Mei 2026 yang lepas, Panitia Bahasa Inggeris SMK Bario telah mengadakan program Bengkel Cemerlang Bahasa: "Bahasa Inggeris Mantap, SPM Hebat" yang disampaikan oleh Cikgu Lim Ching Yung dari SMK Sungai Merah, Sibu.

Program ini mensasarkan murid tingkatan 4 dan 5 bagi memberi pendedahan tentang format peperiksaan SPM dan memperkenalkan teknik menjawab soalan dengan betul dan tepat di samping memberi motivasi dan yakin diri murid untuk menduduki peperiksaan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Alumni SMK Bario sebagai penyumbang utama dan memberikan sokongan kepada program ini untuk berjalan dengan lancar. Semoga dengan usaha ini murid mendapat manfaat dan menjadi pelajar yang cemerlang sahsiah dan akademik.

SMK Bario
Together We Climb

08/05/2026

Kejayaan murid SMK Bario dengan projek pembangunan laman web.

Tahniah diucapkan kepada adik Meagan Ribed Tom, adik Vanessa Dura dan adik Jessie Loh Xin Mei, bersama guru pembimbing cikgu Nur Aliah diatas usaha yang cemerlang ini.

SMK Bario
Together We Climb

Latihan rumah sukan bagi persiapan Temasya Olahraga Tahunan (TOT) SMK Bario 2026.Persiapan murid-murid sekolah bagi acar...
07/05/2026

Latihan rumah sukan bagi persiapan Temasya Olahraga Tahunan (TOT) SMK Bario 2026.

Persiapan murid-murid sekolah bagi acara sukan sekolah yang bakal berlangsung minggu hadapan.

Siapakah yang bakal menjadi juara sukan padah tahun ini?

Adakah rumah sukan Kelapang masih mampu bertahan sebagai Juara? Atau Merariew boleh mencabar? Rumah sukan Depur pun tidak jauh hebatnya. Kita nantikan!

Jumpa semua minggu depan!!

SMK Bario
Together We Climb

Selamat Kembali ke Sekolah Hari pertama persekolahan sesi 2026 buat murid tingkatan 2 sehingga tingkatan 5. Wajah-wajah ...
12/01/2026

Selamat Kembali ke Sekolah

Hari pertama persekolahan sesi 2026 buat murid tingkatan 2 sehingga tingkatan 5. Wajah-wajah yang merindukan suasana sejuk di sekolah setelah bercuti selama tiga minggu. Datang ke sekolah dengan wajah yang ceria dan semangat yang tinggi.

Semoga terus bersemangat dan berdedikasi dalam menuntut ilmu di sekolah tercinta.

SMK Bario
Together We Climb

Selamat Datang Murid Tingkatan 1 ke SMK Bario.Isnin, 12 Jan - Perhimpunan Pertama Persekolahan Sesi 2026. Sesi perhimpun...
12/01/2026

Selamat Datang Murid Tingkatan 1 ke SMK Bario.

Isnin, 12 Jan - Perhimpunan Pertama Persekolahan Sesi 2026. Sesi perhimpunan dengan mendengar taklimat dan amanat daripada pengetua serta sesi pengenalan barisan guru.

Semoga sesi baru membawa semangat yang baru untuk murid-murid datang ke sekolah.

SMK Bario
Together We Climb

Pendaftaran Persekolahan Sesi 2026Selamat datang diucapkan kepada murid Tingkatan 1 dan murid baru ke SMK Bario dan sela...
11/01/2026

Pendaftaran Persekolahan Sesi 2026

Selamat datang diucapkan kepada murid Tingkatan 1 dan murid baru ke SMK Bario dan selamat kembali ke sekolah buat semua murid.

Sekitar Hari Pendaftaran Persekolahan sesi 2026. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir dan semua yang melakukan persiapan di kampung untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

SMK Bario
Together We Climb

Projek Inovasi oleh murid SMK Bario. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru dan murid yang terlibat.
31/12/2025

Projek Inovasi oleh murid SMK Bario. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru dan murid yang terlibat.

Address

SMK BARIO, DATARAN TINGGI KELABIT
Bario
98060

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Bario (YEB4303) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Bario (YEB4303):

Shortcuts

Share

Category