Klinik Pakar Bayi Dan Kanak Kanak Dr. Saad

Klinik Pakar Bayi Dan Kanak Kanak Dr. Saad Perkongsian ilmu kesihatan anak yang mudah & sahih. Misi membantu parents membesarkan anak yang sihat, ceria dan kuat. "Where Little Hearts Matter"

We are closed on 25/8/26 and will be operating as usual on 26/8/26. 🥰
24/08/2026

We are closed on 25/8/26 and will be operating as usual on 26/8/26. 🥰

Thank you Mama, Papa & Nenda Farah ❤️Jauh datang dari Shah Alam untuk baby Farah buat circumcision dengan kami. Terima k...
24/08/2026

Thank you Mama, Papa & Nenda Farah ❤️

Jauh datang dari Shah Alam untuk baby Farah buat circumcision dengan kami. Terima kasih atas kepercayaan.

Sebelum procedure, macam biasa kita explain dulu pada parents dan baby Farah.

Mama: “Doktor, sakit tak?” 🥹

Dr Saad: “Ada baby nangis, ada yang tak nangis. Jadi Farah decide mana satu… nak nangis ke tak?” 😂

Saya tanya baby Farah walaupun umur baru 6 bulan…

Sekali dia terus menangis! 🤣🤣
Macam faham p**a soalan doktor.

Tapi bila procedure betul-betul dibuat… elok je dia gelak-gelak.
Tahu-tahu dah siap!

Good girl Farah! 🥰

Terima kasih juga untuk buah tangan buat Dr Saad. Jauh-jauh datang, siap bawakan hadiah lagi.

Semoga baby Farah membesar sihat dan ceria selalu. 🧡

Klinik Pakar Bayi & Kanak-Kanak Dr. Saad
Where Little Lives Matter

Too cute to handle, adik! 😂❤️He just wanted to say “Thank you, doctor!” sebab dah tolong keluarkan p**p keras dia 💩🤣Lepa...
19/08/2026

Too cute to handle, adik! 😂❤️

He just wanted to say “Thank you, doctor!” sebab dah tolong keluarkan p**p keras dia 💩🤣

Lepas dah lega… terus keluar muka happy macam ni 😘
Kanak-kanak memang tak pandai tipu bila dah rasa sihat!

Thank you for the trust parents🧡. Jauh datang dari cyberjaya!! Moga anak terus sihat🧡🧡
15/08/2026

Thank you for the trust parents🧡.
Jauh datang dari cyberjaya!! Moga anak terus sihat🧡🧡

PARENTS, CUBA TEKA Kalau nampak ruam macam ni pada anak, apa agaknya diagnosis?A) Jangkitan kulat (Kurap)B)EkzemaC) Psor...
08/08/2026

PARENTS, CUBA TEKA
Kalau nampak ruam macam ni pada anak, apa agaknya diagnosis?

A) Jangkitan kulat (Kurap)
B)Ekzema
C) Psoriasis
D) Kayap
E) Alergik
F) Hantu gigit👻
G) guna-guna👹

Cuba jawab dekat komen 👇
Esok Dr Saad reveal jawapan!

Hint: Kadang-kadang rupa hampir sama, tapi rawatannya tak sama tau!

Masuk bilik doktor…Batuk.Wheezing.Nafas berbunyi.Bila tiba masa nebulizer… terus satu klinik tahu dia tengah buat neb. M...
31/07/2026

Masuk bilik doktor…
Batuk.
Wheezing.
Nafas berbunyi.

Bila tiba masa nebulizer… terus satu klinik tahu dia tengah buat neb. Melalak🤪🤪🤪🤪

15 minit kemudian…
Dah sibuk bermain dan berkreativiti.
Dah berlari ke sana sini.
So doktor pun kena berlari untuk cek..

Kanak-kanak memang jujur.
Bila rasa lebih selesa, terus jadi sendiri

Semoga adik cepat sembuh sepenuhnya dan kembali aktif seperti biasa.

Alhamdulillah. ❤️Hari ini klinik agak penuh. Thank you parents for the trust given.Tapi, di sebalik “full house” ini, ka...
27/07/2026

Alhamdulillah. ❤️
Hari ini klinik agak penuh. Thank you parents for the trust given.

Tapi, di sebalik “full house” ini, kami tahu ia juga membawa satu makna…
Ramai anak-anak yang sedang tidak sihat.

Semoga semua anak yang datang hari ini diberikan kesembuhan yang cepat, kembali aktif bermain dan tersenyum seperti biasa.

Terima kasih kerana sabar menunggu giliran.

Stay healthy everyone. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari kuman-kuman yang bahaya

📍Klinik Pakar Bayi & Kanak-Kanak Dr. Saad
Where Little Lives Matter

😲 “Banyaknya jenis kuman, doktor!”Ni reaction ibu hari ini bila tengok ujian kit ni. Ramai yang ingat bila anak batuk, s...
25/07/2026

😲 “Banyaknya jenis kuman, doktor!”

Ni reaction ibu hari ini bila tengok ujian kit ni.

Ramai yang ingat bila anak batuk, selesema dan demam, semuanya disebabkan oleh “virus yang sama”.

Sebenarnya TIDAK

🦠 Antara kuman yang boleh menyebabkan simptom hampir sama ialah:
• Influenza A & B
• RSV
• Rhinovirus (penyebab selesema biasa)
• Adenovirus
• Human Metapneumovirus (hMPV)
• Parainfluenza virus
• Mycoplasma pneumoniae (sejenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru)

Walaupun simptomnya hampir serupa, tapi setiap kuman mempunyai “perangai” yang berbeza.

Contohnya:
👶 RSV lebih kerap menyebabkan kahak yang banyak dan bunyi wheezing, terutama pada bayi kecil.
🤒 Influenza p**a selalunya menyebabkan demam tinggi dan badan terasa sangat lemah.
😷 Rhinovirus selalunya hanya menyebabkan selesema biasa, tetapi bagi sesetengah kanak-kanak yang mempunyai asma atau alahan, ia juga boleh mencetuskan serangan wheezing.

Sebab itu doktor tidak merawat berdasarkan nama virus semata-mata, tetapi berdasarkan:
✅ umur anak,
✅ keadaan semasa,
✅ pemeriksaan fizikal,
✅ dan tahap keseriusan penyakit.

Tidak semua anak yang batuk perlu antibiotik.
Tidak semua anak yang selesema perlu menjalani ujian swab.
Dan tidak semua keputusan positif memerlukan rawatan yang sama.

Yang paling penting perlu perkembangan anak dari hari ke hari. Jika keadaan anak berubah, rawatan juga mungkin perlu diubah mengikut keadaan anak pada waktu tersebut.

Semoga ilmu ni membantu parents semua🧡

📍Klinik Pakar Bayi & Kanak-Kanak Dr. Saad
Where Little Lives Matter

24/07/2026

🧡 Belajar sambil berseronok!

Hari ini staf kami menguji pengetahuan masing-masing melalui kuiz ringkas mengenai Vitamin D. 📚☀️

Semakin banyak ilmu yang dikongsi, semakin baik perkhidmatan yang dapat kami berikan kepada anak-anak.

Where Little Lives Matter.

Seorang bayi berusia 5 bulan datang kerana batuk dan selesema sejak hari Jumaat.🗓️ Sabtu & AhadIbu bapa datang dua hari ...
23/07/2026

Seorang bayi berusia 5 bulan datang kerana batuk dan selesema sejak hari Jumaat.

🗓️ Sabtu & Ahad
Ibu bapa datang dua hari berturut-turut kerana risau anak perlu disedut kahak.

Selepas diperiksa:
✅ Paru-paru masih baik.
✅ Tiada tanda sedutan kahak diperlukan.
✅ Kami nasihatkan teruskan Sterimar dan nebulizer saline untuk membantu mencairkan kahak di bahagian hidung dan tekak.

Ibu bapa diterangkan mengenai ujian swab. Ketika itu, berdasarkan pemeriksaan dan keadaan anak, belum ada keperluan mendesak, dan ibu bapa juga memilih untuk menunggu.

Ibu bapa dinasihatkan untuk datang semula jika:
• Demam tinggi
• Nafas menjadi laju
• Kahak semakin banyak
• Anak kelihatan semakin tidak selesa

🗓️ Isnin
Anak berehat di rumah.

🗓️ Selasa (Hari ke-5 sakit)
Ibu bapa datang semula kerana kahak semakin banyak.

Kali ini apabila saya mendengar paru-parunya, ada perubahan yang membuatkan saya kurang sedap hati dan kahak semakin banyak disertai whistling sound.

Ujian swab: RSV positif!!

Nebulisasi dan sedutan kahak dilakukan.
Alhamdulillah, selepas prosedur, bayi kelihatan lebih selesa. ❤️

Ibu bapa perlu tahu,

💡 Setiap kuman mempunyai corak penyakit yang berbeza.

Ada yang hanya menyebabkan demam sekejap, ada yang semakin teruk selepas beberapa hari, dan ada yang memerlukan rawatan berbeza mengikut perkembangan penyakit.

Sebab itu pemeriksaan hari pertama mungkin berbeza dengan pemeriksaan beberapa hari kemudian.

Perkara paling penting ialah ibu bapa sentiasa peka terhadap perubahan keadaan anak dan mendapatkan pemeriksaan semula apabila simptom berubah atau semakin teruk.

🧡 Merawat anak bukan sekadar melihat keputusan ujian, tetapi juga melihat bagaimana penyakit itu berubah dari hari ke hari.

Untuk yang berisiko tinggi, sekarang dah ada monoclonal antibodi untuk RSV yang dapat bantu elakkan jangkitan teruk kepada baby🧡

📍Klinik Pakar Bayi & Kanak-Kanak Dr. Saad
Where Little Lives Matter

Address

Banting

Telephone

+60128849987

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pakar Bayi Dan Kanak Kanak Dr. Saad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Klinik Pakar Bayi Dan Kanak Kanak Dr. Saad:

Shortcuts

Share