SK RTB Bukit Changgang

Call Directions Website Contact the school

SK RTB Bukit Changgang "BERILMU, BERIMAN, BERBAKTI"

SK RTB Bukit Changgang,
42700 Banting, Selangor.

πŸ† Tahniah dan syabas diucapkan kepada Nur Arryana Zaharah Binti Mohammad Azrul Azdee dari Prasekolah Al-Ghazali, SK RTB ...
26/09/2026

πŸ† Tahniah dan syabas diucapkan kepada Nur Arryana Zaharah Binti Mohammad Azrul Azdee dari Prasekolah Al-Ghazali, SK RTB Bukit Changgang atas kejayaan meraih Tempat Kedua / Naib Johan dalam Pertandingan HePiLI Fashion Runway sempena Karnival Sihat HePiLI Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Negeri Selangor 2026 di 168 Park Mall, Selayang, Kuala LumpurπŸ¦‹βœ¨

Nur Arryana Zaharah telah bertanding bersama-sama 27 orang peserta lain dalam 9buah daerah di Selangor. Adik Nur Arryana Zaharah dibimbing oleh guru kelas, Pn. Nur Farah Ain Mohd Zariman bersama team pasukan yang mantap dengan berinspirasikan Cik Siti Wan KembangπŸ’πŸ₯°πŸ‘

Pencapaian ini amat membanggakan dan menjadi satu kenangan manis buat seluruh warga sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus menyerlah, berani mencuba dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datangπŸ’ͺπŸ”₯

Tahniah Arryana, teruskan kecemerlangan dan harumkan nama sekolah! πŸŒŸπŸ†β€οΈ

STRIVER. MENCABAR DIRI, MELONJAK PRESTASIπŸ‘πŸ’πŸ₯³

MAKLUMAN PENTAKSIRAN PKSKπŸ“Œ Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan berlangsung di SK RTB Bukit Changgang.Calon ...
22/09/2026

MAKLUMAN PENTAKSIRAN PKSK

πŸ“Œ Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan berlangsung di SK RTB Bukit Changgang.

Calon dan ibu bapa/penjaga dimohon mengambil perhatian terhadap lokasi bilik ujian, laluan masuk serta panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan urusan pentaksiran berjalan lancar.

Mohon calon hadir mengikut masa dan sesi yang telah ditetapkan serta membawa dokumen yang diperlukan.

Kerjasama dan perhatian daripada semua calon serta ibu bapa/penjaga amat dihargai. πŸ’™

STRIVER MENCABAR DIRI, MELONJAK PRESTASI

12/09/2026
πŸ† TAHNIAH SK RTB BUKIT CHANGGANG! πŸ†Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK RTB Bukit Changgang atas kejayaa...
10/09/2026

πŸ† TAHNIAH SK RTB BUKIT CHANGGANG! πŸ†

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK RTB Bukit Changgang atas kejayaan cemerlang dalam Karnival Mahabbah Pendidikan Khas Daerah Kuala Langat 2026.

✨ Naib Johan – Hafazan BP Rendah Terbuka
✨ Naib Johan – Tilawah BP Rendah Terbuka
✨ Tempat Kelima – Nasyid

πŸ† Tempat Keempat – Pencapaian Keseluruhan Kategori Rendah

Kejayaan ini membuktikan semangat, usaha, keberanian dan kerjasama yang luar biasa daripada para murid serta guru-guru pembimbing.

Tahniah anak-anak Striver! 🌟
Teruskan mencabar diri dan melonjakkan prestasi.
SK RTB Bukit Changgang β€” STRIVER, Mencabar Diri, Melonjak Prestasi! πŸ’™πŸ†

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Dijemput kepada semua ibu bapa untuk hadir  ke  Taklimat Matriks Pembelajaran Tahun ...
01/09/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dijemput kepada semua ibu bapa untuk hadir ke Taklimat Matriks Pembelajaran Tahun 4 pada 12 September nanti di dewan AlFateh SK RTB Bukit Changgang

🎀✨ SELAMAT BERJUANG! ✨🎀Competition of Choral Speaking State Level 2026 πŸ†Tahniah dan selamat berjuang buat pasukan SK RTB...
26/08/2026

🎀✨ SELAMAT BERJUANG! ✨🎀

Competition of Choral Speaking State Level 2026 πŸ†

Tahniah dan selamat berjuang buat pasukan SK RTB Bukit Changgang yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri Selangor 2026.

πŸ“ Tempat: SMK Tun Perak, Rawang
πŸ“… Tarikh: 26 Ogos 2026

Nama murid:
1. PUTRI NUR FAQIHAH AISYAH BINTI ABDUL MALIK
2. MUHAMMAD AFEEF ASFA BIN YUSRI AFFINDI
3. NORHASNOL BIN NORHISHAM
4. KHALISH IMAN BIN KHAIRUL AZWAN
5. NUR DELISHA HUMAIRA BINTI MOHD ANAS
6. CAHAYA NAURAH BINTI MOHD RIDZZUAN
7. NAZZALEA QAIRINA BINTI NASRI
8. NUR KEISHA MILLIYYA BINTI MOHD MUSTAQIM
9. MUNA ZAHIRAH BINTI NURUL MAKMUN
10. NOUR AZZALEA DAMIA BINTI BADRUL
11. NUR SYAZLYANA BINTI ZAKARIA
12. RANIA RAFEEQAH BINTI ABU HANIFAH
13. LAILA NUR JANNAH BINTI AHMAD AZAM
14. NUR ELFIRA QHALISH BINTI NOR FADHLI SHAM
15. ALIA ADRIANA BINTI MOHD AZLAN
16. MIKA KHAYRAH BINTI L MIZAN
17. MASNEY QUTNINA NABHIHAH BINTI MASWADI
18. AZHARI THAQIF BIN MUNIF AZHAN
19. SITI NABILA BINTI SAZALI
20. NUR ALIA BINTI MOHD FAIZAN FAHMI

Jurulatih:
ANATI BARIAH BINTI MOHD HANIF

Pengurus:
NURAIN SHAKIRAH BINTI ABDUL MANAF

Guru pengiring:
1. BAVANI SUSAN A/P NORIS
2. ⁠MOHD HAFIZ BIN ALIAS

Semoga pasukan kita tampil dengan penuh keyakinan, semangat dan kerjasama. Berikan yang terbaik dan harumkan nama SK RTB Bukit Changgang! πŸ’ͺ🎀

Striver – Mencabar Diri, Melonjak Prestasi! 🌟

πŸ”₯ Good luck, team! We believe in you! πŸ”₯

πŸ“’ HEBAHAN NAIK TARAF SISTEM AINS (ADVANCED INTEGRATED NILAM SYSTEM)πŸ“’Makluman kepada semua guru dan murid:Sistem AINS kin...
24/08/2026

πŸ“’ HEBAHAN NAIK TARAF SISTEM AINS (ADVANCED INTEGRATED NILAM SYSTEM)πŸ“’

Makluman kepada semua guru dan murid:

Sistem AINS kini telah rasmi dinaik taraf! πŸš€

PENTING:

πŸ“₯ Kemaskini Data:Data rekod bacaan dan mata ganjaran terdahulu sedang dimasukkan dan dikemas kini secara berperingkat.
πŸ“– Kunci Masuk Rekod:Murid-murid sudah boleh mula mengunci masuk rekod bacaan (sama ada yang tertunggak atau terkini) terus melalui sistem baharu ini.

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kesabaran anda sepanjang proses pengemaskinian ini.

πŸ“§ Pertanyaan & Sokongan:
Jika ada sebarang masalah, sila emel ke: [email protected]

Address

RTB BUKIT CHANGGANG
Banting
42700

Opening Hours

Monday 06:30 - 16:30
Tuesday 06:30 - 16:30
Wednesday 06:30 - 16:30
Thursday 06:30 - 16:30
Friday 06:30 - 16:30

Telephone

+60331491651

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK RTB Bukit Changgang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK RTB Bukit Changgang:

Shortcuts

Share