01/04/2016
LAWATAN KE SRI PENTAS DAPAT MEMBERIKAN IMPAK YANG POSITIF KEPADA PESERTA.
Oleh Mohd Raouf Ajurus dan Rozila Binti Zamanhuri
Biro Dokumentasi Kelab Krews
Sri Pentas – 29 Mac: Seramai 39 pelajar dari Jabatan Multimedia, IKBN KUALA LANGAT dan bersama pegawai telah mengadakan program lawatan ke MEDIA PRIMA pada 29 Mac ang lalu bertempat di Sri Pentas, Kuala Lumpur.
Diuruskan oleh Muhammad Syafiq bin Razmi selaku ketua Biro Aktiviti dan Kebajikan Kelab Krews, bertujuan lawatan ini adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar mengetahui lebih lanjut lagi tentang penerbitan media disamping mempertingkatkan lagi pengetahuan aplikasi dan kerjaya dalam bidang multimedia.
Aktiviti lawatan ke SRI PENTAS dapat memberi percambahan minda kepada pelajar-pelajar Jabatan Multimedia IKBN Kuala Langat,serta memberikan pendedahan tentang MCP, di sebalik tabir sesebuah siaran langsung serta dapat mengatahui cabaran yang di lalui oleh pihak media dalam menjalankan tugas mereka.
Lawatan ke SRI PENTAS ini ternyata memberikan impak yang begitu positif kepada pelajar Jabatan Multimedia IKBN Kuala Langat,selain dapat melihat dalam skop lebih luas lagi bidang multimedia.
Dengan lawatan seumpama ini juga berupaya menjadikan pelajar Jabatan Multimedia INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KUALA LANGAT, sebagai pelajar yang menjadi modal insan bersifat mampan dalam bidang era globlaisasi yang mencabar.