Musolla Assyafie SKSL

Musolla Assyafie SKSL Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Musolla Assyafie SKSL, Education, Musolla Assyafie SKSL, Jalan sultan Abdul Samad, Banting.

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada ;adik Adam Khalish b. Mohd Suhaimie dari kelas 5 Bumi. Te...
10/04/2026

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada ;
adik Adam Khalish b. Mohd Suhaimie dari kelas 5 Bumi.
Tempat Kelima
Khat (L) Sek.Rendah
Mahrajan al-Quran dan Khat
Daerah K.Langat 2026.

Dan setinggi-tinggi tahniah juga kepada ;
adik Muhammad Al-Fatih b. Imran dari kelas 4 UTM.
Johan Hafazan ( L)
Mahrajan al-Quran & Khat
Daerah K.Langat 2026. Adik Fatih akan mewakili Kuala Langat ke pertandingan peringkat negeri pada bulan Mei nanti.

Terima kasih dan juga syabas kepada peserta yang belum berjaya. InsyaAllah, semoga usaha kalian dirahmati Ilahi. Tahniah sekali lagi kepada ustaz, ustazah yang melatih para peserta (PANITIA PEND ISLAM SKSL)

Ramadan Kareem buat Muslimin dan Muslimat.
19/02/2026

Ramadan Kareem buat Muslimin dan Muslimat.

Program penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi. Hadis 03 (Rukun Islam). Bersempena dengan Majlis Pelancaran Ihya Ramadan perin...
13/02/2026

Program penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi. Hadis 03 (Rukun Islam). Bersempena dengan Majlis Pelancaran Ihya Ramadan peringkat SK Sri Langat. Disampaikan oleh adik M Afiq dari kelas 6 Ibn Qayyim.

MARI KENALI HADIS 40 IMAM NAWAWI

Hadis 3: Rukun Islam

Inti pati kandungan rukun Islam yang lima ialah mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Islam merupakan cara hidup sempurna yang menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Rukun Islam mampu membina hubungan yang jitu antara manusia dengan Allah SWT dan juga mengeratkan hubungan sesama makhluk. Contohnya ibadat zakat dapat membina tautan yang harmoni sesama manusia melalui bantuan terhadap golongan yang berhak menerimanya.

Setiap orang yang beriman mestilah patuh dalam melaksanakan segala tuntutan rukun Islam bagi mendapatkan keredaan Allah SWT serta dibuktikan dalam bentuk ketaatan terhadap segala perintah Allah SWT dan ajaran Rasulullah SAW.

___________

Infografik Hadis 40 Imam Nawawi boleh didapati menerusi pautan berikut:
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/hadis-40/infografik-hadis-40

Sumbangan naskah Yasin sebanyak 40 buah telah disampaikan kepada pihak sekolah oleh BSN. Guru Besar telah memberikan yas...
23/12/2025

Sumbangan naskah Yasin sebanyak 40 buah telah disampaikan kepada pihak sekolah oleh BSN. Guru Besar telah memberikan yasin tersebut kepada KP Pendidikan Islam untuk di letakkan di Musolla Assyafie. Terima kasih BSN.

Majlis Khatam Al-Quran tahun 6. Nantikannya esok🥰😘
27/11/2025

Majlis Khatam Al-Quran tahun 6. Nantikannya esok🥰😘

Alhamdulillah, pemasangan pendingin hawa di musolla telah berjaya. Hasil dari sumbangan zakat dari Kumpulan Perangsang S...
12/08/2025

Alhamdulillah, pemasangan pendingin hawa di musolla telah berjaya. Hasil dari sumbangan zakat dari Kumpulan Perangsang Selangor, hasil jualan musolla dan juga infaq dari rakan2 guru SK Sri Langat. Namun, setakat ni, cuma 1 je pendingin hawa dipasang iaitu di ruangan solat perempuan. InsyaAllah, akan diusahakan untuk pemasangan pendingin hawa di ruangan solat lelaki.
cond ceilling exposed.

Address

Musolla Assyafie SKSL, Jalan Sultan Abdul Samad
Banting
42700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Musolla Assyafie SKSL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category