04/12/2025
SELANGOR | Ibu bapa digesa segera mendaftarkan anak istimewa sebagai orang kurang upaya (OKU) agar mereka memperoleh kad pengesahan dan tidak tercicir daripada bantuan serta peluang pembelajaran.
Pengerusi Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS), Danial Al-Rashid Haron berkata kegagalan mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyukarkan golongan istimewa itu menerima bantuan dan perkhidmatan sewajarnya.
“Berdasarkan rekod, bilangan pendaftaran anak istimewa di Selangor mencecah 147,000 tetapi jumlah ini masih kecil dibanding sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 15 peratus daripada pop**asi.
“Ada sebahagian ibu bapa yang tidak mahu berdaftar tetapi mengambil jalan apabila anak disahkan OKU, ada simptom dan hantar ke pusat terapi. Proses mengambil masa tetapi apabila tidak berdaftar kita tidak boleh salurkan bantuan.
“Malah, ada p**a yang tidak daftar kerana khuatir tidak boleh masuk sekolah biasa atau berkaitan insurans. Pelbagai keputusan diambil ibu bapa, tetapi sebagai kerajaan kita hendak bantu,” katanya.
🌐 Layari mediaselangor.com untuk lebih berita