Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad

Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad Sejarah awal Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad (KVSAS), Banting bermula pada tahun 2013.

31/07/2026
✨ MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & HASIL TANGAN PESERTA KVSAS ✨Program Heritage Fashion Week 2026 – Festival "Showcase" Kebaya...
31/07/2026

✨ MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & HASIL TANGAN PESERTA KVSAS ✨

Program Heritage Fashion Week 2026 – Festival "Showcase" Kebaya Selangor dan Kelingkan

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil dan Hasil Tangan Peserta KVSAS sempena Program Heritage Fashion Week 2026 – Festival "Showcase" Kebaya Selangor dan Kelingkan bagi Program Seni Reka Fesyen.

Majlis telah disempurnakan oleh YM Che Puan Datin Hezeita binti Hafidz, Penaung Kelingkan D'Ehsan. Sebelum ini, bengkel jahitan kelingkan telah diadakan pada 29 Jun 2026 di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur, melibatkan pelajar Diploma Tahun 1 Semester 1 Program Seni Reka Fesyen.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan Pengurusan KVSAS, Ketua Jabatan Seni Reka, Ketua Program Seni Reka Fesyen, jawatankuasa pelaksana, para pensyarah serta semua pelajar yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga pengalaman yang diperoleh melalui program ini dapat meningkatkan kemahiran, memupuk minat terhadap warisan seni jahitan kelingkan serta menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk terus melestarikan seni warisan negara.

🎉 Tahniah dan syabas diucapkan kepada dua orang pelajar Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad yang telah berjaya meraih Tempat Pertama dan Tempat Kedua dalam pertandingan jahitan kelingkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah kepada semua yang terlibat!

👗✨ FASHION INDUSTRY BRIEFING ✨👗Program Fashion Industry Briefing telah dilaksanakan dengan penglibatan:🗓️ Tarikh: 23 Jul...
23/07/2026

👗✨ FASHION INDUSTRY BRIEFING ✨👗

Program Fashion Industry Briefing telah dilaksanakan dengan penglibatan:

🗓️ Tarikh: 23 Julai 2026 (Khamis)
📍 Tempat: MATRADE Business Information Centre
👥 Penglibatan: Ketua Jabatan Seni Reka, 3 orang pensyarah Seni Reka Fesyen dan 15 orang pelajar 1D HFD

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh pada hari ini dapat memberi manfaat serta inspirasi kepada para pelajar Seni Reka Fesyen. 🌸✨

Sekian, terima kasih.

🤝✨ PROGRAM SERAHAN BANTUAN KWAPM TAHUN 2026 ✨🤝Alhamdulillah, Program Serahan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin...
23/07/2026

🤝✨ PROGRAM SERAHAN BANTUAN KWAPM TAHUN 2026 ✨🤝

Alhamdulillah, Program Serahan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan.
Seramai 14 orang pelajar daripada kelas 1S dan 3S telah menerima bantuan KWAPM.

Majlis penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Puan Roselawati binti Haji Awang, Pengarah Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, kepada ibu bapa pelajar yang layak menerima bantuan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Barisan Pengurusan KVSAS, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) serta para penasihat kelas atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.Semoga sumbangan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar dan keluarga serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah. 🌸✨

🧵✨ KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK (KKJP) PENDIDIKAN KEMAHIRAN BIDANG JAHITAN KEMAS DAERAH KUALA LANGAT TAHUN 2026✨🧵Kursu...
23/07/2026

🧵✨ KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK (KKJP) PENDIDIKAN KEMAHIRAN BIDANG JAHITAN KEMAS DAERAH KUALA LANGAT TAHUN 2026✨🧵

Kursus Menjahit Telekung dan Mini Sejadah yang melibatkan pelajar Sijil Tahun 2 Semester 3, Program Seni Reka Fesyen.

🗓️ Tarikh: 21 & 22 Julai 2026
📍 Tempat: Bengkel 1 Seni Reka Fesyen, KVSAS

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan Pengurusan KVSAS, Ketua Jabatan, Ketua Program serta para pensyarah dan pelajar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan kursus ini.
Semoga program ini dapat memberikan pengalaman dan kemahiran yang bermakna kepada para pelajar. ✨🧵

Sekian, terima kasih.

🏆✨ Pertandingan Sukan Rakyat Madani Peringkat Zon Selangor / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ✨🏆Sempena Program Hari Keu...
23/07/2026

🏆✨ Pertandingan Sukan Rakyat Madani
Peringkat Zon Selangor / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ✨🏆

Sempena Program Hari Keusahawanan, Kerjaya dan Inreach Kolej Vokasional Setapak 2026, kontinjen Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad (KVSAS)telah mencatatkan kejayaan cemerlang dengan meraih 1 Johan dan 3 Tempat Ketiga👏🏻🎉

🥇 Johan – Batu Seremban
• Putri Iris Zulaikha binti Saipol Azimir
• Nuradlina ’Aleeya binti Zulhilal

🥉 Tempat Ketiga – Terompah Gergasi
• Muhammad Aqiff bin Arifin
• Afeezul Hakimy bin Rahmat
• Mohamad Airil Ashraf bin Abdul Raafi’

🥉 Tempat Ketiga – Baling Selipar
• Muhammad Alif Danial bin Hamim
• Muhammad Aqiff bin Arifin
• Afeezul Hakimy bin Rahmat
• Mohamad Airil Ashraf bin Abdul Raafi’

🥉 Tempat Ketiga – Congkak
• Putri Iris Zulaiha binti Saipol Azimir
• Asma’ binti Mohd Firdaus

👩🏻‍🏫 Pensyarah Pengiring:
Pn. Rokiah binti Hashim
Cik Nur Afiqah binti Sazali

🎉 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas kejayaan mengharumkan nama KVSAS. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang pada masa akan datang! 💪🏻🏆

🍽️✨ PROGRAM JELAJAH INDUSTRI PROGRAM SENI KULINARI ✨🍽️Program Jelajah Industri ke Santan RedQ Sdn. Bhd., KLIA telah sele...
23/07/2026

🍽️✨ PROGRAM JELAJAH INDUSTRI PROGRAM SENI KULINARI ✨🍽️

Program Jelajah Industri ke Santan RedQ Sdn. Bhd., KLIA telah selesai dilaksanakan pada:

🗓️ Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
📍 Tempat: Santan RedQ, KLIA
👥 Penglibatan: KJ Hospitaliti, pensyarah dan pelajar 3D HSK

🌸 Jutaan Terima Kasih 🌸

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada alumni Seni Kulinari KVSAS:

✨ Muhammad Irfan – Executive, Corporate Catering
✨ Muhammad Haziq Idlan – Executive, Food Operation Duty
✨ Muhammad Haikal – Operation Manager, 16Degrees Cafe & Grocery

atas perkongsian ilmu dan pengalaman kepada para pelajar. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan inspirasi kepada pelajar Seni Kulinari. 👨🏻‍🍳✨

🌟 PROGRAM PRS NEXUS KVSAS 🌟Program PRS Nexus telah dilaksanakan bagi memperkasa aspek kepimpinan dan komunikasi dalam ka...
23/07/2026

🌟 PROGRAM PRS NEXUS KVSAS 🌟

Program PRS Nexus telah dilaksanakan bagi memperkasa aspek kepimpinan dan komunikasi dalam kalangan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) KVSAS.

📅 Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 10.00 pagi
📍 Tempat: Bilik Seminar
👥 Sasaran: 38 orang PRS KVSAS

Program ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi para PRS agar dapat menjalankan peranan sebagai pembimbing rakan sebaya dengan lebih yakin, berkesan dan berimpak. 💪✨

Semoga program ini dapat melahirkan barisan PRS yang berkemahiran, berkeyakinan dan mampu menjadi pemimpin muda yang berkualiti. 🌸

KVSAS

👏RTS REMAJA INVITATION TAEKWANDO CHAMPIONSHIP 2026🗓️Tarikh : 17 - 19 Julai 2026📍Tempat : Dewan Millenium, Kepala Batas, ...
21/07/2026

👏RTS REMAJA INVITATION TAEKWANDO CHAMPIONSHIP 2026

🗓️Tarikh : 17 - 19 Julai 2026
📍Tempat : Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang
👤Nama : Rayn Zakwan bin Mohd Shakir
✨Program : 3S Seni Kulinari

🥇JOHAN KATEGORI OPEN
Tahniah..!!
Tahniah..!!
Tahniah diucapkan di atas kemenangan wakil dari Malaysia🇲🇾

🤝Kejayaan yang amat membanggakan warga KVSAS. Bendera KVSAS berkibar megah di Pulau Pinang. Moga menjadi pemangkin kepada kejayaan akan datang.


✨ PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI MPU2412 ✨Program Khidmat Komuniti MPU2412 yang melibatkan pelajar Diploma Tahun 1 Program Sen...
20/07/2026

✨ PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI MPU2412 ✨

Program Khidmat Komuniti MPU2412 yang melibatkan pelajar Diploma Tahun 1 Program Seni Reka Fesyen telah berjaya dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

📅 18 Julai 2026 (Sabtu)
📍 Rumah Amal Raudhatul Jannah, Olak Lempit

Seramai 3 orang pensyarah dan 18 orang pelajar 1D HFD telah terlibat dalam program ini dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, antaranya:

🤸🏻‍♀️ Senamrobik
🎨 Aktiviti mencanting batik
🧹 Gotong-royong membersihkan surau dan perpustakaan
🎁 Penyampaian sumbangan wang tunai, cenderahati kepada setiap penghuni, jam, alas meja untuk perpustakaan dan bantal

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada para pelajar untuk menyumbang kepada komuniti, malah turut memupuk nilai empati, keprihatinan, kerjasama dan semangat kesukarelawanan dalam diri mereka. 💕✨

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Pengarah, KJPU, Penyelaras Khidmat Komuniti, KJ Seni Reka, KP serta pensyarah Program Seni Reka Fesyen atas kelulusan, sokongan dan kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Semoga segala sumbangan dan usaha yang dicurahkan menjadi amal jariah serta memberi manfaat kepada semua. 🤲🏻💖

Address

Jalan Sultan Abdul Samad
Banting

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

0331871246

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share