Maahad Tahfiz Ihya' Al-Ahmadi

Maahad Tahfiz Ihya' Al-Ahmadi Sekolah menengah Agama beraliran Tahfiz, Diniah, Akademik dan Sains.

SALAM MAULID NABI MUHAMMAD ﷺ 🌙12 Rabiulawal 1448HMarilah kita bersama-sama menghayati dan menyemarakkan kecintaan kepada...
25/08/2026

SALAM MAULID NABI MUHAMMAD ﷺ 🌙

12 Rabiulawal 1448H

Marilah kita bersama-sama menghayati dan menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ terus subur dalam hati, menjadi sumber inspirasi untuk mencontohi akhlak Baginda serta memperbanyakkan selawat dan salam ke atasnya. 🤍

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم ﷺ

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H.
Semoga kita semua dikurniakan syafaat Baginda ﷺ dan sentiasa berada dalam rahmat serta keberkatan Allah SWT.

🎗️Ikhlas daripada warga Maahad Tahfiz Ihya Al-Ahmadi🎗️





LAWATAN RASMI DELEGASI IJMAA FOUNDATION OF HUMANITARIAN OF SUDAN & SOMALIA 🇸🇩🇸🇴Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Ihya’ Al-Ahm...
19/08/2026

LAWATAN RASMI DELEGASI IJMAA FOUNDATION OF HUMANITARIAN OF SUDAN & SOMALIA 🇸🇩🇸🇴

Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Ihya’ Al-Ahmadi menerima kunjungan rasmi delegasi daripada IJMAA Foundation of Humanitarian of Sudan & Somalia, yang diwakili oleh Dr. Salahuddin Adam dan Dr. Sheikh Omar. 🤝🏻

Dalam kunjungan ini, Dr. Salahuddin Adam turut menzahirkan rasa kagum terhadap MIA yang disifatkan sebagai sebuah institusi yang cukup indah dan gah, bukan sahaja dari sudut persekitarannya, bahkan dalam usaha mendidik dan membentuk generasi al-Quran.

Lebih bermakna, pelbagai doa dan titipan yang baik turut disampaikan buat MIA dan seluruh warganya. Semoga MIA terus diberi keberkatan, kekuatan dan kejayaan dalam usaha membimbing generasi al-Quran serta mendidik ummah.

Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan silaturahim dan kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.

Terima kasih atas kunjungan, penghargaan dan doa yang dititipkan buat keluarga besar MIA.





Selamat Menduduki Ujian Lisan BAHASA ARAB & PQS SPM 2026 🌹Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kelancaran pert...
18/08/2026

Selamat Menduduki Ujian Lisan BAHASA ARAB & PQS SPM 2026 🌹

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kelancaran pertuturan, kejernihan fikiran serta keyakinan diri sepanjang menjalani ujian. Semoga dipermudahkan setiap urusan, dilancarkan segala jawapan dan diberikan kemampuan untuk memberikan yang terbaik.

مَنْ جَدَّ وَجَدَ، وَمَنْ زَرَعَ حَصَدَ
“Barang siapa yang bersungguh-sungguh, dia akan berjaya; dan barang siapa yang menanam, dia akan menuai hasilnya.”

Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal. Semoga setiap usaha yang dicurahkan menjadi asbab kejayaan dan membuahkan hasil yang membanggakan.

Selamat maju jaya, calon SPM MIA 2026! ✨
Semoga Allah SWT permudahkan dan kurniakan kejayaan yang cemerlang. 🤲🏻





Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan Sijil Menengah Agama 2026 🌹Seluruh warga Maahad Tahfiz Ihya’ Al-Ahmadi mengucapk...
17/08/2026

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan Sijil Menengah Agama 2026 🌹

Seluruh warga Maahad Tahfiz Ihya’ Al-Ahmadi mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan Sijil Menengah Agama kepada semua calon.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kejernihan fikiran, kekuatan semangat serta mempermudahkan segala urusan sepanjang tempoh peperiksaan. Berusahalah dengan sebaik-baiknya, iringi setiap usaha dengan doa dan tawakal kepada Allah SWT.

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan.”
(Surah al-Insyirah: 6)

Semoga setiap usaha dan pengorbanan kalian dipermudahkan serta membuahkan kejayaan yang cemerlang. Semoga kalian terus melangkah dengan penuh keyakinan, menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia dan berjaya di dunia serta akhirat.

Selamat maju jaya, calon SMA MIA 2026! ✨
17 Ogos – 21 Ogos 2026

Ikhlas daripada pentadbir dan asatizah
Maahad Tahfiz Ihya’ Al-Ahmadi





🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah, pada 15 Ogos 2026M bersamaan 1 Rabiul Awwal 1448H, seorang pelajar Tahfiz S...
16/08/2026

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, pada 15 Ogos 2026M bersamaan 1 Rabiul Awwal 1448H, seorang pelajar Tahfiz Sepenuh Masa (Putera),Muhammad Nur Harith bin Surani , telah berjaya menamatkan hafazan 30 juz al-Quran dalam tempoh lebih kurang 5 tahun 10 bulan. Pelajar khatam ke-121.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Nur Harith bin Surani atas kesungguhan dan istiqamah sepanjang perjalanan hafazan ini. Ucapan tahniah juga buat kedua ibu bapa‬⁩ dan keluarga di atas sokongan serta doa yang tidak putus-putus.

Semoga Allah SWT memberkati hafazan yang telah diamanahkan, mengukuhkan ingatan serta dimudahkan langkah Harith untuk meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya iaitu peringkat Syahadah . Moga dapat menjaga Kalam Allah ini dengan sebaiknyaa🤲🏻

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻✨





🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah pagi Jumaat yang barakah ini,  14 Ogos 2026M bersamaan 29 Safar 1448H, seora...
14/08/2026

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah pagi Jumaat yang barakah ini, 14 Ogos 2026M bersamaan 29 Safar 1448H, seorang pelajar Tahfiz Sepenuh Masa (Puteri),Nur Aina Irdina bt Amran , telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lebih kurang 3 tahun 5 bulan. Pelajar Khatam Tahfiz Sepenuh Masa yang ke-120

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Nur Aina Irdina atas kesungguhan dan istiqamah sepanjang perjalanan hafazan ini. Ucapan tahniah juga buat kedua ibu bapa ‬⁩ dan keluarga di atas sokongan serta doa yang tidak putus-putus.

Semoga Allah SWT memberkati hafazan yang telah diamanahkan, mengukuhkan ingatan serta dimudahkan langkah Irdina untuk meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya iaitu peringkat Syahadah . Moga dapat menjaga Kalam Allah ini dengan sebaiknyaa🤲🏻

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻✨





📸 LENSA PROGRAM PEMANTAPAN BAHASA ARAB & AL-QURAN SOLO , INDONESIA🇮🇩Alhamdulillah, Program Pemantapan Bahasa Arab dan Al...
12/08/2026

📸 LENSA PROGRAM PEMANTAPAN BAHASA ARAB & AL-QURAN SOLO , INDONESIA🇮🇩

Alhamdulillah, Program Pemantapan Bahasa Arab dan Al-Quran Batch Ke-9 di Maahad Isy Karima, Solo, Indonesia terus berlangsung dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat dan menarik.

Program ini bukan sahaja memberi fokus kepada pemantapan Bahasa Arab dan penguasaan Al-Quran, malah turut diserikan dengan pelbagai aktiviti yang membentuk sahsiah, mengeratkan ukhuwah serta memberikan pengalaman baharu kepada para peserta.

Antara pengisian yang menjadi sebahagian daripada pengalaman sepanjang program ialah aktiviti sunnah seperti berkuda, berenang dan memanah, di samping aktiviti menarik seperti memasak, rehlah ke air terjun serta pelbagai aktiviti lain yang memberi ruang kepada peserta untuk belajar, mencuba dan menikmati pengalaman bersama.

Setiap aktiviti menjadi medan untuk peserta membina keyakinan diri, mengasah kemahiran, mengukuhkan ukhuwah dan mencipta kenangan bermakna sepanjang berada di bumi Indonesia. 🌿🏹🏇🏻🏊🏻‍♂️

Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan yang diperoleh sepanjang Batch Ke-9 ini menjadi bekalan yang bermanfaat serta menyemarakkan lagi semangat untuk terus mendalami Bahasa Arab dan Al-Quran.

🤲🏻 Semoga setiap langkah dalam perjalanan ilmu ini dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.






KELAS PERTAMA PELAJAR PROGRAM PEMANTAPAN BAHASA ARAB DI MARKAZ NILE, KAHERAH, MESIR🇪🇬Assalamualaikum warahmatullahi waba...
11/08/2026

KELAS PERTAMA PELAJAR PROGRAM PEMANTAPAN BAHASA ARAB DI MARKAZ NILE, KAHERAH, MESIR🇪🇬

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini merupakan hari pertama para pelajar menghadiri kelas di Markaz Nile, Kaherah.

Alhamdulillah, hasil pelaksanaan Imtihan Qabul (Peperiksaan Kelayakan) yang telah dijalankan sebelum ini, kesemua pelajar kita berjaya melepasi peperiksaan dan ditempatkan di Level 3 daripada 15 Level. 🎉👏

Ini merupakan satu pencapaian yang sangat baik dan membanggakan menunjukkan penekanan Bahasa Arab di MIA adalah satu elemen yang sangat penting untuk para pelajar. Semoga para pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan bersungguh-sungguh, memanfaatkan peluang yang ada serta terus meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dan Al-Quran sepanjang berada di Bumi Anbiya’ (Mesir).

Mohon doa daripada semua agar urusan pembelajaran mereka dipermudahkan dan mereka memperoleh kejayaan yang cemerlang.

بارك الله فيكم وجزاكم الله خيرًا






📸 | Ziarah Ilmu Sekitar Kaherah 🇪🇬Alhamdulillah, selesai urusan pendaftaran di Markaz Nile, pelajar Program Pemantapan B...
07/08/2026

📸 | Ziarah Ilmu Sekitar Kaherah 🇪🇬

Alhamdulillah, selesai urusan pendaftaran di Markaz Nile, pelajar Program Pemantapan Bahasa Arab (PPBA) Maahad Tahfiz Ihya Al-Ahmadi terus dibawa menziarahi beberapa lokasi bersejarah di sekitar Kaherah.

Antara destinasi yang sempat dikunjungi ialah Kubu Sultan Salahuddin, Masjid Imam Ali Pasha, Muzium Tentera, Panorama Kota Kaherah, Masjid Sultan Al-Nasir Muhammad Ibn Qalawun, Masjid Sultan Hassan, Maqam Imam Syafie serta tokoh-tokoh Islam di sekitarnya, dan Masjid Amru Al-As.

Bukan sekadar lawatan, bahkan satu pengalaman yang mendekatkan para pelajar dengan sejarah kegemilangan tamadun Islam serta tokoh-tokoh agung yang banyak berjasa kepada umat.

Alhamdulillah, urusan pendaftaran selesai dengan baik. Kini, bermulalah fasa sebenar untuk fokus menimba ilmu dan memperkukuhkan penguasaan Bahasa Arab di bumi Ardhul Kinanah.

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman, keberkatan ilmu serta memelihara anak-anak MIA sepanjang berada di Mesir. 🤲🇪🇬





Lawatan Sambil Belajar Kelab Sains & Matematik ke Kuala Lumpur 📚Alhamdulillah, Kelab Sains & Matematik telah berpeluang ...
06/08/2026

Lawatan Sambil Belajar Kelab Sains & Matematik ke Kuala Lumpur 📚

Alhamdulillah, Kelab Sains & Matematik telah berpeluang mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara dan Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia 🏛️.

Di Pusat Sains Negara, para pelajar meneroka dunia sains, teknologi dan alam semesta melalui pelbagai pameran interaktif yang menyeronokkan serta mencetuskan semangat untuk terus belajar.

Lebih mengujakan, rombongan turut disantuni oleh alumni Maahad Tahfiz Ihya Al-Ahmadi (MIA), Saudara Nadzif Ramlan, yang kini berkhidmat di Bank Negara Malaysia. Perkongsian beliau tentang pengalaman dan kerjaya menjadi inspirasi buat adik-adik MIA.✨

Semoga lawatan ini memberi pengalaman yang bermakna dan menyemarakkan lagi minat pelajar terhadap dunia sains, matematik dan teknologi. Terima Kasih ibu juga buat ibu ayah yang budiman dalam memberi dorongan dan sokongan buat anak2🤲





Address

Lot 4242 Jalan Sekolah
Banting
42700

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60331816149

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Ihya' Al-Ahmadi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Ihya' Al-Ahmadi:

Shortcuts

Share