KAFA Integrasi Sungai Lang Baru

KAFA Integrasi Sungai Lang Baru Membangun Ummah Berlandaskan AlQuran & AsSunnah

Permanently closed.
JAWATAN KOSONG
31/12/2024

JAWATAN KOSONG

AHLAN WASAHLANkepada :GPK1 yang baru, menggantikan Ustazah Azlinah iaitu Ustazah Azilah YunusdanGPK HEM yang baru mengga...
17/09/2024

AHLAN WASAHLAN
kepada :

GPK1 yang baru, menggantikan Ustazah Azlinah iaitu Ustazah Azilah Yunus

dan

GPK HEM yang baru menggantikan Ustazah Hanan iaitu Ustazah Siti Aliza Mohammad

Semoga kehadiran ustazah-ustazah berdua memberikan kegembiraan di wajah anak-anak didik KAFAISLB dan selamat mengelola dan mentadbir KAFAISLB ke arah akademik dan sahsiah yang lebih cemerlang dari hari ke hari

09/09/2024Telah termaktub tulisan takdir, tarikh bersejarah ini merupakan hari berdukacitanya warga KAFAISLB, kami kehil...
16/09/2024

09/09/2024
Telah termaktub tulisan takdir, tarikh bersejarah ini merupakan hari berdukacitanya warga KAFAISLB,
kami kehilangan 2 sosok guru yang banyak berjasa :
Ustazah Azlinah 26 tahun berkhidmat
Ustazah Hanan 8 tahun berkhidmat

Selamat Jalan & Selamat Maju Jaya di sekolah yang baru.

Kami doakan semoga segala urusan dipermudah, dan segala jasa baik mendidik anak-anak KAFAISLB diganjari sebesar-besar ganjaran 🤲🏻

06/09/2024Pertandingan mewarna bagi tahap 1Pertandingan melukis poster bagi tahap 2Kreatif-kreatif anak-anak didik KAFAI...
15/09/2024

06/09/2024
Pertandingan mewarna bagi tahap 1
Pertandingan melukis poster bagi tahap 2

Kreatif-kreatif anak-anak didik KAFAISLB
Tahniah buat semua pemenang

02/09/2024SEKALUNG TAHNIAH!Diucapkan kepada Ketua Guru KAFAISLB : Ust Mohd Amin Bin Mohamed Sapie atas penganugerahan Gu...
14/09/2024

02/09/2024
SEKALUNG TAHNIAH!
Diucapkan kepada Ketua Guru KAFAISLB : Ust Mohd Amin Bin Mohamed Sapie
atas penganugerahan Guru KAFA Cemerlang di Konvensyen KAFA Malaysia yang berlangsung di Perlis tempoh hari.
Semoga dengan anugerah ini menjadi lebih bersemangat dan berdedikasi dalam mengelola dan mentadbir KAFAISLB menuju kecemerlangan akademik dan sahsiah yang lebih utuh dan mapan

12/08/2024Lensa sekitar MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAANSaban tahun bulan Ogos & September sinonim dengan sambutan ke...
13/09/2024

12/08/2024
Lensa sekitar
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Saban tahun bulan Ogos & September sinonim dengan sambutan kemerdekaan Negara yang telah bebas daripada jajahan pihak lain.

KEMERDEKAAN DALAM ISLAM P**A :

Banyak sejarah membuktikan pembukaan Islam ke serata pelusuk tanah Arab dan ‘ajam menyaksikan sebuah kelahiran semula dan kebebasan hidup sehingga sifat manusiawi diberi penghormatan tanpa sebarang bentuk penindasan dan kezaliman. Sebagai contoh, bagaimana Salahuddin al-Ayyubi[6] buat pertama kalinya menguasai Baitul Maqdis selepas dikalahkan oleh musuh Islam. Begitu juga, ucapan Sultan Muhammad al-Fateh ketika pembukaan kota Konstantinopel[7] dengan penuh tawaduk dan toleransi serta tasamuh yang amat tinggi.

Semoga nikmat kemerdekaan ini terus-terusan dapat kita nikmati.

Semoga saudara kita di bumi Palestine juga turut bebas daripada Zionis
🤲🏻🤲🏻🤲🏻

10/08/2024KAMIL NEGERIWajah-wajah ceria anak-anak didik KAFAISLBAlhamdulillah,3 Acara di peringkat Negeri tempoh hari : ...
12/09/2024

10/08/2024
KAMIL NEGERI
Wajah-wajah ceria anak-anak didik KAFAISLB

Alhamdulillah,

3 Acara di peringkat Negeri tempoh hari :

1- Tilawah IKK Perempuan : Wan Damia Faqihah
(tarik diri kerana menunaikan umrah)
2- Hafazan IKK Perempuan : Alifah Najihah bt A. Raman
(Saguhati)
3- Hafazan IKK Lelaki : Wafdan Syafi bin Mohd Najmi
(Tempat ke -3 )

Tahniah kepada para peserta, ibu bapa, guru-guru pembimbing iaitu :
Tilawah : Ustazah Hanisfah
Hafazan : Ustazah Hanan
dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga hadiah yang dibawa pulang menjadi pembakar semangat untuk anak-anak KAFAISLB yang lain.

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG JEMAAH PENGURUSAN SEKOLAH BAGI TAHUN 2024Tarikh : 29/06/2024Masa : 08.30-11.30 pagiTempat : ...
28/06/2024

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG JEMAAH PENGURUSAN SEKOLAH BAGI TAHUN 2024

Tarikh : 29/06/2024
Masa : 08.30-11.30 pagi
Tempat : Dewan Imtiyaz KAFAISLB

Hadiah utama : FREEZER 🥳

Ucapan penghargaan untuk semua ibu bapa penjaga, wakil² persendirian, wakil² syarikat, wakil restoran² atas sumbangan tajaan hadiah cabutan barokah tahun ini.

Semoga wang yang dikeluarkan diberkati & diganti dengan yang lebih baik 🤲🏻

Alhamdulillah selesai sudah pertandingan KAMIL (Kemahiran Amal Islami) peringkat zon.  Acara - acara yang disertai :Azan...
13/06/2024

Alhamdulillah selesai sudah pertandingan KAMIL (Kemahiran Amal Islami) peringkat zon.
Acara - acara yang disertai :

Azan Iqamah : saguhati
Marhaban L : saguhati
Solat jenazah L & P : saguhati
Hafazan Tafsiran L&P: saguhati
Kalam jemai'e: saguhati
Hafazan Terjemahan P : Saguhati
Syarahan BM L : saguhati
Syarahan BM P : saguhati

ACARA YANG MARA KE PERINGKAT DAERAH 🥳
🎖️Hafazan Terjemahan L
🎖️Bercerita L
🎖️Bercerita P
🎖️Khat Tahap 1 P
🎖️Khat Tahap 2 L
🎖️Khat Tahap 2 P
🎖️Khutbah

Didoakan semoga murid² KAFAISLB terus cemerlang dalam apa jua yang diceburi, semoga dengan mewakili sekolah dalam pelbagai acara ini memberikan suatu pengalaman berharga dan bermanfaat dalam kehidupan

Mudik ke hulu mencari palas,Buat ketupat di hari raya,Jasa guru tidak terbalas,Mendidik murid sehingga berjaya.Bertahun ...
24/05/2024

Mudik ke hulu mencari palas,
Buat ketupat di hari raya,
Jasa guru tidak terbalas,
Mendidik murid sehingga berjaya.

Bertahun tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Sekitar kemeriahan sambutan hari guru peringkat sekolah

JAUHARI DIGITAL,
ASPIRASI NEGARA MADANI

SELAMAT HARI GURUbuat semua yang bergelar guru.~GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI~
16/05/2024

SELAMAT HARI GURU
buat semua yang bergelar guru.

~GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI~

Address

Banting
42700

Telephone

+60123508994

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA Integrasi Sungai Lang Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to KAFA Integrasi Sungai Lang Baru:

Shortcuts

Share

Category