23/10/2018
BENGKEL HAFAZAN BERSISTEMATIK DAN BERASASKAN KEPADA REALITI
"Saya mahu hafal Quran tetapi asyik mudah hilang hafalannya..."
"Anak saya sudah hafal 30 juzuk tetapi apabila diminta baca secara rawak, banyak yang dia lupa..."
"Anak saya sudah 4 tahun di program Tahfiz, tetapi masih belum habis lagi hafazannya..."
"Bagaimana saya nak pilih tempat yang sesuai untuk menghantar anak-anak untuk program Tahfiz?..."
"Saya nak bimbing sendiri anak-anak saya hafal Quran di rumah, boleh ka?..."
Alhamdulillah, Sahabat Al-Quran saya semua, Allah SWT telah memudahkan kepada kita semua untuk belajar, menghafal, memahami, beramal dan mengajar al-Quran, cuma tinggal sahaja lagi kemahuan dan kesungguhan dari diri kita untuk menjadi KELUARGA ALLAH di muka bumi ini.
Pada 27 Oktober 2018, Sabtu bertempat di Perlis akan dianjurkan BENGKEL HAFAZAN KAEDAH AL-HIJAAZE akan mendedahkan secara terperinci (belajar dan praktikal) tentang REALITI yang perlu dilalui oleh setiap penghafal al-Quran.
Bermula dari PERBEZAAN kecerdasan yang berbeza bagi setiap orang dalam proses menghafal sehinggalah kepada proses untuk mengekalkan hafalan Quran untuk tempoh yang lama.
Fungsi WORKING MEMORY akan diterangkan secara sederhana sesuai dengan proses menghafal al-Quran. Bagaimana untuk 'transfer' hafalan dari SHORT TERM MEMORY kepada LONG TERM MEMORY bagi mendapatkan hafalan yang MUTQIN (baik bacaan, berkualiti, mudah ingat dan tidak lupa, insyaAllah).
Dengan menggunakan MODUL HAFAZAN 10 AYAT PERTAMA SURAH AL-KAHFI yang sesuai dengan keperluan akhir zaman umat Islam dan memudahkan proses untuk menghafal ayat-ayat Makkiyah (ayat-ayat pendek) dan ayat-ayat Madaniyah (ayat-ayat panjang), kita akan merasai dan melalui proses hafalan al-Quran secara teori dan praktikal.
Bagi ibu ayah yang datang bersama dengan anak-anak akan mendapat BONUS besar iaitu, dapat PRAKTIKAN Kaedah Hafazan di rumah masing-masing bersama dengan anak-anak.
Jom sertai sekarang Bengkel Hafazan Al-Quran Kaedah Al-Hijaaze. Bermodulkan hafalan *10 ayat pertama surah al-Kahfi*, kami akan menerangkan *realiti sebenar* dalam proses menghafal al-Quran yang perlu dilalui dengan sabar dan bersistematik.
Secara dasarnya 5 peringkat ini mesti difahami prosesnya dan diikuti dengan baik, iaitu:
1. Peringkat Tahsin Al-Quran (PTA)
2. Peringkat Al-Hifz (PAH)
3. Peringkat At-Tikrar (PAT)
4. Peringkat Ar-Robth (PAR)
5. Peringkat Al-Murajaah (PAM)
Bengkel Hafazan adalah seperti berikut:
🗓TARIKH: 27 Oktober 2018, Sabtu
⏰MASA: 9 pagi hingga 4 petang
🏡TEMPAT: Dewan MAIPs Behor Temak, Kangar, Perlis
💰YURAN: RM50 - dewasa dan RM30 - pelajar
Sila hubungi nombor di bawah untuk pendaftaran dan maklumat program:
1. Ustaz Ahmad Firdaus Omar, Mudir Maahad Tahfiz Al-Barqiy, Arau, Perlis - 0194705625
2. Ustaz Abdul Sattar Megat Husin, Trainer Hafazan Kaedah Al-Hijaaze - 0199389422
Atau tekan link di bawah ini 👇
http://HafalLongTermMemory.wasap.my
Sila share dan ajak sahabat-sahabat yang lain ya. Terima kasih.