KAFA Integrasi Taman Kemuning

Directions Contact the school

KAFA Integrasi Taman Kemuning Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KAFA Integrasi Taman Kemuning, School, Jalan Kemuning 6, Taman Kemuning, Banting.

🌷Selamat Menduduki Peperiksaan PSRA2026 🌷     Kepada semua calon PSRA Negeri Selangor     yang akan bermula pada :     2...
20/09/2026

🌷Selamat Menduduki Peperiksaan PSRA2026 🌷
Kepada semua calon PSRA Negeri Selangor
yang akan bermula pada :

21 September 2026 - 25 September 2026

Semoga anak-anak Tahun 6 dipermudahkan urusan, diberi ketenangan, kefahaman dan ingatan yang kuat. 🤲🏻✨

Insya-Allah, Mumtaz Milikku! 💚📚
Doa dan sokongan kami sentiasa mengiringi
kalian🌹

🌷MAJLIS RESTU ILMU & SOLAT HAJATUNTUK PSRA & UPKK 2026 🌷Alhamdulillah, semoga majlis ini menjadi ruang untuk kita bersam...
20/09/2026

🌷MAJLIS RESTU ILMU & SOLAT HAJAT
UNTUK PSRA & UPKK 2026 🌷

Alhamdulillah, semoga majlis ini menjadi ruang untuk kita bersama-sama memohon keberkatan, ketenangan dan dipermudahkan segala urusan anak-anak dalam menghadapi peperiksaan.

Semoga semua calon PSRA & UPKK 2026 dikurniakan ketenangan hati, kefahaman yang baik, ingatan yang kuat serta memperoleh kejayaan yang cemerlang.

🌷 Semoga Mumtaz menjadi milik kalian.
Cemerlang PSRA, Cemerlang 9A UPKK.

“Bersama kita doakan kejayaan mereka.”

🇲🇾 SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 🇲🇾Tarikh: 11 September 2026Hari: JumaatMasa: 2.30 petang- 5.35 petang🇲🇾 T...
16/09/2026

🇲🇾 SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 🇲🇾

Tarikh: 11 September 2026
Hari: Jumaat
Masa: 2.30 petang- 5.35 petang

🇲🇾 TEMA PAKAIAN GURU 🇲🇾

Sempena Sambutan Hari Merdeka Peringkat Sekolah, para guru tampil mengenakan pakaian bertemakan 14 buah negeri di Malaysia. 🇲🇾✨

Setiap negeri turut diserikan dengan slogan negeri masing-masing, melambangkan keunikan, identiti dan semangat kecintaan terhadap tanah air. ❤️🤍💙💛

Berbeza negeri, satu hati — Malaysia tetap di hati! 🇲🇾✨

Alhamdulillah, semarak patriotisme mewarnai Sambutan Hari Kemerdekaan di KAFA Integrasi Taman Kemuning Banting. ❤️💙💛

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk menyemarakkan rasa cinta akan negara serta mengeratkan ukhuwah warga sekolah.

“Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati”

Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa anak-anak dan seluruh warga KAFAI.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾





Alhamdulillah, telah berlangsung Seminar UPKK bagi memberikan persediaan, motivasi dan bimbingan kepada murid dalam meng...
16/09/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Seminar UPKK bagi memberikan persediaan, motivasi dan bimbingan kepada murid dalam menghadapi UPKK.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi bekalan untuk mencapai kejayaan. 🤲🏻✨

UPKK 2026 — Usaha, Doa & Tawakal.
Semoga dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan buat semua calon. 🌷

Terima kasih diucapkan kepada semua
Penyampai Seminar Kecemerlangan UPKK Tahun 2026❤️

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H PERINGKAT SEKOLAH KAFAI TAMAN KEMUNING BANTINGAlhamdulillah, telah berlangsung dengan ...
03/09/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H
PERINGKAT SEKOLAH KAFAI TAMAN KEMUNING BANTING

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah dan penuh penghayatan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah pada Jumaat, 28 Ogos 2026, bertempat di Surau Raudhatul Muttaqin, Taman Kemuning.

Antara pengisian program 🌹

Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Aqil B. Ahmad Ahsan,

Perarakan serta selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Program ini turut disertai oleh semua murid dan guru dengan penuh semangat dan kecintaan kepada Rasulullah SAW. 🤍🌹

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada AF Ustaz Muhammad Aqil B. Ahmad Ahsan atas penyampaian ceramah dan perkongsian ilmu yang sangat bermakna.

Semoga sambutan ini dapat menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW, menghayati sirah dan akhlak Baginda serta mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian.

Semoga segala usaha, kerjasama dan penglibatan semua pihak mendapat ganjaran, rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. 🤲🏻

❤️ اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله سيدنا محمد❤️




MOTIVASI KECEMERLANGAN PSRA & UPKK Semoga program ini menjadi suntikan semangat buat anak-anak KAFA Integrasi Taman Kemu...
11/08/2026

MOTIVASI KECEMERLANGAN PSRA & UPKK

Semoga program ini menjadi suntikan semangat buat anak-anak KAFA Integrasi Taman Kemuning untuk terus berusaha, berdoa dan yakin pada kemampuan diri. 📚

Insya-Allah, dengan usaha yang gigih, doa yang tidak putus dan tawakal kepada Allah, kejayaan pasti menjadi milik kalian. 🤲💚

🌷 Terus melangkah, terus berusaha… kejayaan menanti di hadapan!

Semoga semua calon PSRA & UPKK 2026 dikurniakan kejayaan yang cemerlang dan memperoleh keputusan Mumtaz.
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲

Seminar Kecemerlangan PSRA 2026 diadakan sebagai persediaan terbaik buat semua calon dalam menghadapi peperiksaan yang b...
05/08/2026

Seminar Kecemerlangan PSRA 2026 diadakan sebagai persediaan terbaik buat semua calon dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Semoga setiap ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya, menguatkan semangat, menambahkan keyakinan dan membuka jalan menuju kejayaan.

Kami seluruh warga KAFA Integrasi Taman Kemuning Banting mendoakan agar semua calon PSRA 2026 dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan ketika menjawab peperiksaan serta dianugerahkan keputusan yang cemerlang.

Semoga seluruh calon PSRA 2026 berjaya memperoleh keputusan MUMTAZ dan menjadi anak-anak soleh serta solehah yang berilmu, berakhlak dan berjaya di dunia serta akhirat. Aamiin Ya Rabbal ’Alamin. 🤲

🌟 KEM KEPIMPINAN 2026 🌟Alhamdulillah, Program Kem Kepimpinan 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 25 Julai 2026 (Sabtu) ...
29/07/2026

🌟 KEM KEPIMPINAN 2026 🌟

Alhamdulillah, Program Kem Kepimpinan 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 25 Julai 2026 (Sabtu) di Indah Morib Homestay.

Program ini bertujuan membentuk barisan pemimpin murid yang berwibawa, berdisiplin, berkeyakinan serta mampu memimpin dengan penuh amanah dan integriti. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memupuk semangat kerjasama, kepimpinan dan jati diri dalam kalangan peserta.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai murni yang diperoleh sepanjang program ini menjadi bekalan untuk melahirkan pemimpin yang cemerlang, berakhlak mulia dan mampu menjadi contoh kepada rakan-rakan.

“Memimpin Dengan Integriti, Membina Generasi Berakhlak Mulia.”

✨ Tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru-guru, urus setia serta semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. 🤲

Jutaan terima kasih kepada tiga orang fasilitator jemputan yang telah mengendalikan Program Kem Kepimpinan 2026. Terima kasih atas kesungguhan, bimbingan dan komitmen sepanjang menjayakan program ini. Semoga segala ilmu yang dicurahkan menjadi asbab melahirkan pemimpin muda yang berwibawa dan diberkati Allah SWT.

🌹Ustaz Alif
🌹Ustaz Nasharudin
🌹Ustaz Izzat

🌸 Alhamdulillah 🌸PROGRAM KAMIL PERINGKAT NEGERI SELANGOR📅 Tarikh: 11 Julai 2026 (Sabtu)📍 Tempat: SRA Meru dan SRA Pekan ...
14/07/2026

🌸 Alhamdulillah 🌸

PROGRAM KAMIL PERINGKAT NEGERI SELANGOR

📅 Tarikh: 11 Julai 2026 (Sabtu)
📍 Tempat: SRA Meru dan SRA Pekan Meru

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua orang peserta KAFA Integrasi Taman Kemuning yang telah mewakili daerah ke Program KAMIL Peringkat Negeri Selangor dan berjaya mengharumkan nama sekolah.

🏆 Muhammad Al-Fatih bin Imran
🕌 Acara: Hafazan
🥈 Naib Johan

🖋️ Muhammad Qais Rayyan bin Hairul Nuzul
✒️ Acara: Khat
🎖️ Saguhati

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua peserta atas pencapaian yang membanggakan. Penghargaan juga ditujukan kepada ibu bapa serta guru-guru pembimbing atas segala usaha, doa, sokongan dan bimbingan yang telah dicurahkan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, meningkatkan kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang. Semoga Allah SWT terus memberkati setiap langkah dan mengurniakan kejayaan yang lebih gemilang.

Alhamdulillah. Tahniah dan syabas! 🌹

📚 HARI KOMUNIKASI IBU BAPA / PENJAGA 📚Alhamdulillah, Hari Komunikasi Sekolah telah berlangsung dengan lancar pada 26 Jun...
01/07/2026

📚 HARI KOMUNIKASI IBU BAPA / PENJAGA 📚

Alhamdulillah, Hari Komunikasi Sekolah telah berlangsung dengan lancar pada 26 Jun 2026 (Jumaat).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah meluangkan masa hadir untuk berbincang bersama guru-guru mengenai perkembangan akademik, sahsiah dan potensi anak-anak.

Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa demi memastikan setiap anak mendapat bimbingan dan sokongan yang terbaik.

“Bersama Membina Generasi Berilmu, Berakhlak dan Berjaya.”

Terima kasih atas kerjasama dan komitmen semua. Semoga jalinan erat ini terus berkekalan demi kecemerlangan anak-anak.

Tahniah buat semua murid dan guru👨‍🎓👩🏻‍🎓
KAFA INTEGRASI TAMAN KEMUNING

Address

Jalan Kemuning 6, Taman Kemuning
Banting
42700

Opening Hours

Monday 12:00 - 18:00
Tuesday 12:00 - 18:00
Wednesday 12:00 - 18:00
Thursday 12:00 - 18:00
Friday 12:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA Integrasi Taman Kemuning posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to KAFA Integrasi Taman Kemuning:

Shortcuts

Share

Category