27/07/2026
🚨 WASPADA! KES DENGGI DI SELANGOR SEMAKIN MENINGKAT! 🚨
Warga Selangor sekalian, peningkatan kes denggi yang mendadak ketika ini amat membimbangkan. Jangan tunggu sehingga ada ahli keluarga kita yang menjadi mangsa baru kita nak bertindak! Nyamuk Aedes tidak memilih mangsa.
Ambil masa 10 minit sahaja setiap minggu untuk lakukan langkah pencegahan ini di rumah anda:
🔍 Cari & Musnahkan – Periksa pasu bunga, longkang, dan bekas takungan air.
💧 Hapuskan Air Bertakung – Jangan biarkan air bersih menjadi tempat pembiakan Aedes.
🛡️ Lindungi Diri – Gunakan semburan nyamuk, ubat jentik-jentik (Abate), dan pakai repelen jika berada di luar rumah.
Segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan jika anda atau ahli keluarga mengalami gejala seperti demam tinggi mengejut, sakit kepala teruk, atau sakit sendi.
Jom bersama-sama kita putuskan rantaian pembiakan nyamuk Aedes. Tiada Aedes, tiada Denggi!
Sumber : Facebook CPK Negeri Selangor
dari KELAB DOKTOR MUDA SK BANDAR BANTING