SRA Bukit Changgang

SRA Bukit Changgang Sekolah Pemangkin Generasi Muttaqin οΏ½

πŸ”₯ PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN & PENGUNGSIAN BANGUNAN SRABC 2026 πŸ”₯πŸ—“οΈ 14 Julai 2026 (Selasa)Alhamdulillah, Program Latihan K...
15/07/2026

πŸ”₯ PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN & PENGUNGSIAN BANGUNAN SRABC 2026 πŸ”₯
πŸ—“οΈ 14 Julai 2026 (Selasa)
Alhamdulillah, Program Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya.
Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Balai Bomba dan Penyelamat Banting atas kesudian hadir, memberikan tunjuk ajar, serta berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat sepanjang latihan dijalankan.
Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga SRABC, para guru, kakitangan, dan murid-murid atas kerjasama, komitmen, serta sokongan padu sepanjang program berlangsung.
Semoga latihan ini berjaya meningkatkan kesedaran, membentuk disiplin, dan mempersiapkan seluruh warga sekolah untuk bertindak dengan tenang serta teratur sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang sebenar.

🌟 PROGRAM TAKLIMAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM, SBP, SMKA, MITS DAN SAM TAHUN 2027  🌟Alhamdulillah, pada 10 Julai 2026 ...
10/07/2026

🌟 PROGRAM TAKLIMAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM, SBP, SMKA, MITS DAN SAM TAHUN 2027 🌟

Alhamdulillah, pada 10 Julai 2026 (Jumaat) telah berlangsungnya Program Taklimat Permohonan Kemasukan ke MRSM, SBP, SMKA, MITS dan SAM Tahun 2027 yang dianjurkan dengan kerjasama SK Bukit Changgang, SRA Bukit Changgang dan PIBG.

Program ini telah memberikan penerangan yang jelas kepada ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6 berkaitan syarat kelayakan, prosedur permohonan, serta laluan pendidikan yang ditawarkan oleh institusi-institusi berkenaan. Diharapkan perkongsian yang diberikan dapat membantu ibu bapa membuat persediaan awal dan membuat pilihan yang terbaik demi masa depan anak-anak.

Penceramah Slot 1 : Mohd Hafiz bin Ali
Penolong PPD Kuala Langat

Penceramah Slot 2 :Mohd Hafezi bin Mat Rashid
Penyelia Kanan Seksyen SAM. Jabatan Agama Islam Selangor

Pihak SRA Bukit Changgang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya para penceramah, pihak pentadbiran dan guru-guru SK Bukit Changgang, PIBG serta semua ibu bapa dan penjaga yang sudi meluangkan masa untuk hadir.

Semoga segala ilmu dan maklumat yang diperoleh menjadi panduan yang bermanfaat dalam membantu murid-murid melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

✨ "Pendidikan hari ini, kejayaan masa hadapan."

🌟 ALHAMDULILLAH, PROGRAM JELAJAH ASUH KE SRA BUKIT CHANGGANG TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA 🌟Alhamdulillah, pada 9 Jul...
10/07/2026

🌟 ALHAMDULILLAH, PROGRAM JELAJAH ASUH KE SRA BUKIT CHANGGANG TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA 🌟

Alhamdulillah, pada 9 Julai 2026 (Khamis) telah berlangsungnya Program Jelajah ASUH ke SRA Bukit Changgang dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga sekolah.

Program ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah adab, kuiz interaktif, sesi fotografi bersama maskot ASUH serta jualan buku-buku kanak-kanak yang memberi peluang kepada murid-murid untuk menambah koleksi bacaan mereka.

Semoga segala ilmu, nilai murni dan pengajaran yang diperoleh melalui program ini dapat menyemai budaya membaca serta membentuk akhlak mulia dalam kalangan murid-murid SRA Bukit Changgang.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak ASUH, para guru, kakitangan sekolah serta semua murid yang telah memberikan kerjasama dan menjayakan program ini.

✨ "Membaca ASUH Ilmu, Melahirkan Generasi Berilmu."

PROGRAM TAKLIMAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM, SBP, SMKA, MITS DAN SAM TAHUN 2027Assalamualaikum dan salam sejahtera.Ibu...
09/07/2026

PROGRAM TAKLIMAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM, SBP, SMKA, MITS DAN SAM TAHUN 2027

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ibu bapa/penjaga murid Tahun 6 dijemput hadir ke Program Taklimat Permohonan Kemasukan ke MRSM, SBP, SMKA, MITS dan SAM Tahun 2027 bagi mendapatkan panduan serta penerangan berkaitan proses permohonan kemasukan ke sekolah pilihan.

πŸ—“ Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Dewan SK Bukit Changgang
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Sasaran: Ibu bapa / Penjaga murid Tahun 6

Program ini merupakan anjuran bersama SK Bukit Changgang, SRA Bukit Changgang, PIBG.

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi membantu membuat persediaan awal dan mendapatkan maklumat yang tepat mengenai syarat, prosedur serta laluan permohonan ke sekolah-sekolah berkenaan.

"Panduan awal ke sekolah pilihan anak."

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H PERINGKAT SEKOLAHProgram Sambutan Maal Hijrah 1448H telah berjaya dilaksanakan dengan penuh p...
25/06/2026

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H PERINGKAT SEKOLAH

Program Sambutan Maal Hijrah 1448H telah berjaya dilaksanakan dengan penuh penghayatan dan semangat ukhuwah.
Semoga pengisian program ini dapat menyemai rasa cinta kepada sirah Rasulullah SAW serta memberi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berhijrah ke arah yang lebih baik dari segi akhlak, ilmu dan amalan.
Marilah kita menjadikan tahun baharu Hijrah ini sebagai titik permulaan untuk memperbaiki diri, meningkatkan keimanan dan memperkukuhkan azam dalam mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.

Penceramah sesi pagi : Ustaz Qays muneer bin Baharin
Penceramah sesi petang : Ustazah Asmahani Husna binti Ishak
Penyelaras program : Ustazah Fatimatuzzahra' binti M.Asrak

"Hijrah Membina Ummah, Akhlak Menjana Kecemerlangan."
🌟 Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.
🌟 Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah penghijrahan kita ke arah kebaikan.

πŸ“’ MAKLUMAN HARI BUAL BICARA AKADEMIK 2026Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa Hari Bual Bicara Akademi...
25/06/2026

πŸ“’ MAKLUMAN HARI BUAL BICARA AKADEMIK 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Hari Bual Bicara Akademik Sekolah Rendah Agama Bukit Changgang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ—“οΈ Tarikh: 26 Jun 2026 (Jumaat)
πŸ•— Sesi Pagi: 8.00 pagi – 10.45 pagi
πŸ•’ Sesi Petang: 3.00 petang – 5.35 petang
πŸ“ Tempat: Kelas anak masing-masing

Program ini merupakan peluang terbaik untuk ibu bapa berbincang secara terus dengan guru mengenai prestasi akademik, sahsiah dan perkembangan anak-anak di sekolah.

🀝 Kehadiran serta kerjasama tuan/puan amatlah dihargai demi memastikan kecemerlangan anak-anak dapat terus diperkasakan.
Jumpa kami pada 26 Jun nanti. Bersama kita membina kecemerlangan akademik dan sahsiah murid. 🌸

Guru Besar
SRA Bukit Changgang

Selamat berjuang diucapkan kepada semua peserta SRA Bukit Changgang dalam KAMIL peringkat daerah yang akan berlangsung e...
13/06/2026

Selamat berjuang diucapkan kepada semua peserta SRA Bukit Changgang dalam KAMIL peringkat daerah yang akan berlangsung esok bertempat di SRA Sijangkang. Semoga semua peserta dapat memberikan yang terbaik, dipermudahkan urusan, dan pulang dengan kejayaan yang membanggakan. 🀲🏻✨

πŸ“Œ PENCAPAIAN KAMIL SAN ZON 2 SRA BUKIT CHANGGANG πŸ“Œ JOHAN1. Syarahan BM (L)2. Syarahan BM (P)3. Nasyid (P) NAIB JOHAN1. M...
12/05/2026

πŸ“Œ PENCAPAIAN KAMIL SAN ZON 2 SRA BUKIT CHANGGANG πŸ“Œ

JOHAN
1. Syarahan BM (L)
2. Syarahan BM (P)
3. Nasyid (P)

NAIB JOHAN
1. Marhaban (P)
2. Khat Tahap1 ( L)

KETIGA
1. Kalam Jamaie

SAGUHATI
1. Syarahan BA ( L)
2. Syarahan BA ( P)
3. Muhawarah (L)
4. Muhawarah (P)
5. Hafazan Terjemahan (L)
6. Hafazan Terjemahan (P)
7. Rawi & Marhaban (L)
8. Hafazan Tafsiran (L)
9. Hafazan Tafsiran (P)
10. Solat Jenazah (L)
11. Solat Jenazah (P)
12. Bercerita (L)
13. Bercerita (P)
14. Azan
15. Tilawah (L)
16. Tilawah (P)
17. Khutbah
18. Nasyid (L)
19. Khat Tahap 1 (P)
20. Khat Tahap 2 (L)
21. Khat Tahap 2 (P)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan guru-guru ✨

🌟 SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 2026 🌟Seluruh warga SRA Bukit Changgang mendoakan agar semua murid d...
12/05/2026

🌟 SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 2026 🌟

Seluruh warga SRA Bukit Changgang mendoakan agar semua murid diberikan ketenangan hati, dipermudahkan menjawab soalan serta memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. πŸ“šβœ¨

πŸ—“οΈ 11 Mei 2026 (Isnin) hingga 15 Mei 2026 (Jumaat)

Semoga usaha yang disertai doa akan membuahkan hasil yang terbaik. Teruskan berusaha, yakin dan tawakal. πŸ’šπŸ’›





Warga SRA Bukit Changgang bersama PIBG merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan sert...
12/05/2026

Warga SRA Bukit Changgang bersama PIBG merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SRA Bukit Changgang. Segala kenangan, ilmu dan bakti yang ditinggalkan akan sentiasa menjadi memori bermakna buat seluruh warga sekolah. Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan di tempat baharu.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Ustazah Haslinda Binti Waimin atas kenaikan pangkat sebagai Guru Besar di SRA Sungai Buaya, Kuala Langat serta kepada Ustazah Hajah Zunita Binti Makinudin atas kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) di SRA Bukit Changgang.

Address

Jalan Dengkil-Banting
Banting
42700

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00

Telephone

+60331491559

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRA Bukit Changgang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRA Bukit Changgang:

Shortcuts

Share

Category