19/07/2024
Assalamualaikum Salam jumaat semua🥰🥰
Jangan lupa amalkan baca surah kahfi setiap jumaat..Banyak kelebihan jika membacanya..Meh kami kongsikan kelebihan membaca surah Alkahfi yang ramai tidak tahu😉
1. DIPANCARKAN CAHAYA UNTUKNYA ANTARA 2 JUMAAT
Dari Abu Sa'id Al-Khudri RA:
"Barangsiapa membaca surah Alkahfi pada hari jumaat,maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua jumaat" (HR ALHAKIM)
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ
Maksudnya: Barangsiapa membaca surah Alkahfi pada malam Jumaat,maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'atiq.
2. TERSELAMAT DARI FITNAH DAJJAL
Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,daripada Abu Darda RA,bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتِ سُورَةَ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ.
Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada surah Alkahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. (HR MUSLIM)
3. TURUNNYA KETENANGAN DAN RAHMAT YANG DISERTAI DENGAN PARA MALAIKAT
Daripada al-Bara' bin 'Azib RA katanya,
"Ada seorang lelaki membaca surah Alkahfi dan disisinya seekor Kuda yang diikat dengan dua utas tali,kemudian dia nampak awan menanunginya,dan awan itu juga menaungi kudanya,tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu.Keesokkannya lelaki itu pergi berjumpa Nabi SAW lalu menceritakan apa yang berlaku kepadanya,lalu baginda pun bersabda:
"Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah assakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat)yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat Alquran" (HR BUKHARI &MUSLIM)
4. IKTIBAR UNTUK MENGHADAPI UJIAN & FITNAH AKHIR ZAMAN
Kisah penghuni gua – Mengisahkan tentang sekumpulan pemuda (Ashabul Kahfi) yang diuji keimanan sehingga berlindung dalam gua. Kisah ini menuntut kita agar bersahabat dengan orang soleh dan saling membimbing antara satu sama lain dalam memelihara akidah serta iman kepada Allah.
ii) Kisah 2 pemilik kebun- Mengisahkan tentang ujian dan fitnah harta benda yang menimpa mereka. Ia mengingatkan kita kepada kehidupan dunia yang akan musnah dan hari akhirat yang kekal selamanya.
iii) Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir – Mengisahkan tentang ujian serta fitnah ilmu. Ia mengingatkan kita agar sentiasa mengamalkan sikap tawaduk dan rendah diri walaupun dikurniakan ilmu yang tinggi.