SK Bandar, Jalan Istana Lama Banting

SK Bandar, Jalan Istana Lama Banting SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI SK BANDAR

Selamat Bercuti Sempena Tahun Baharu CinadanSelamat Menyambut Bulan RamadanIkhlas daripada Warga SKeDAR
13/02/2026

Selamat Bercuti Sempena Tahun Baharu Cina
dan
Selamat Menyambut Bulan Ramadan
Ikhlas daripada Warga SKeDAR

30/01/2026
26/01/2026

Majlis Perasmian 10 minutes move and mind SK Bandar.

SK Bandar sahut cabaran AIA Healthiest School! πŸ’šπŸ«

✨ 10 Minutes Move and Mind SK Bandar ✨

Dalam program ini, murid akan:
πŸͺ‘ Duduk dengan tenang
🌬️ Menarik & menghembus nafas dan melakukan pergerakan kiraan 1, 2, 3 dan 4
🎧 Mendengar bunyi alam seperti kicauan burung dan air terjun
πŸ’¬ Menghayati baik-baik nasihat ibu yang bertema khusus setiap minggu

Objektif
Program ini bertujuan untuk:
βœ… Merehatkan minda murid
βœ… Menenangkan emosi
βœ… Meningkatkan fokus pembelajaran
βœ… Membentuk sahsiah positif

Semoga usaha ini dapat melahirkan murid yang
sihat minda, badan cergas dan cemerlang sahsiah.


26/01/2026

Video merentas desa 😍

Esok 24/01/2026Assalamualaikum wbt ibu bapa/penjaga SK Bandar. *7.45 pagi* : pendaftaran dan sarapan pagi*8.00 pagi* : k...
23/01/2026

Esok 24/01/2026

Assalamualaikum wbt ibu bapa/penjaga SK Bandar.

*7.45 pagi* : pendaftaran dan sarapan pagi
*8.00 pagi* : ketibaan tetamu jemputan/perasmi
*8.30 pagi* :
*_Mohon semua ibu bapa/penjaga berada di dewan untuk memulakan majlis_*

Mohon kerjasama dan kelapangan masa untuk sama-sama menjayakan MAT PIBG SK Bandar pada 24/1/2026.

*(Sarapan pagi disediakan)*

Merentas Desa telah berlangsung dengan jayanya pada pagi tadi πŸƒβ€β™‚οΈπŸŒ€οΈTahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang...
22/01/2026

Merentas Desa telah berlangsung dengan jayanya pada pagi tadi πŸƒβ€β™‚οΈπŸŒ€οΈ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah memberikan komitmen, semangat juang serta disiplin yang tinggi sepanjang Merentas Desa berlangsung. Terima kasih juga kepada para guru, urus setia dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan Merentas Desa berjalan dengan lancar dan selamat.

Semoga Merentas Desa ini dapat menyemai amalan hidup sihat, mengukuhkan semangat kesukanan serta membentuk sahsiah murid yang cemerlang. πŸ’ͺ✨

21/01/2026

10 minutes move and mind SK Bandar
Coming Soon…

Akan Datang…SK Bandar sahut cabaran AIA Healthiest School! πŸ’šπŸ«Bagi menyokong kesejahteraan murid dari segi minda, emosi d...
21/01/2026

Akan Datang…

SK Bandar sahut cabaran AIA Healthiest School! πŸ’šπŸ«

Bagi menyokong kesejahteraan murid dari segi minda, emosi dan fizikal, SK Bandar akan melaksanakan program:

✨ 10 Minutes Move and Mind SK Bandar ✨
- 7:20 pagi -7:30 pagi
- Gelanggang Perhimpunan Harian

Dalam program ini, murid akan:
πŸͺ‘ Duduk dengan tenang
🌬️ Menarik & menghembus nafas dan melakukan pergerakan kiraan 1, 2, 3 dan 4
🎧 Mendengar bunyi alam seperti kicauan burung dan air terjun
πŸ’¬ Menghayati baik-baik nasihat ibu yang bertema khusus setiap minggu

Program ini bertujuan untuk:
βœ… Merehatkan minda murid
βœ… Menenangkan emosi
βœ… Meningkatkan fokus pembelajaran
βœ… Membentuk sahsiah positif

Semoga usaha ini dapat melahirkan murid yang
sihat minda, badan cergas dan cemerlang sahsiah.

SK Bandar – AIA Healthiest School 🌱✨

21/01/2026

🌟 JEMPUTAN KHAS BUAT IBU BAPA & PENJAGA YANG PRIHATIN 🌟

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-52
SK Bandar

πŸ“… 24 Januari 2026 (Sabtu)
⏰ 7.45 pagi
πŸ“ SK Bandar

Ibu bapa dan penjaga yang dihormati,

Setiap kejayaan anak-anak bermula daripada keprihatinan, sokongan dan kehadiran ibu bapa. Sehubungan itu, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-52 bukan sekadar satu pertemuan, malah merupakan platform penting untuk kita bersama-sama berbincang, berkongsi pandangan dan menentukan hala tuju pendidikan anak-anak di SK Bandar.

✨ Dengan sukacita dimaklumkan bahawa SK Bandar telah diiktiraf secara rasmi sebagai *SEKOLAH INSPIRASI* oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pengiktirafan ini merupakan satu pengiktirafan berprestij yang mencerminkan komitmen berterusan pihak sekolah, sokongan padu ibu bapa serta kerjasama komuniti dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkualiti, kondusif dan berfokus kepada kemenjadian murid.

Seiring pengiktirafan tersebut, pada mesyuarat kali ini pihak sekolah akan membentangkan pelbagai inisiatif baharu, idea inovatif serta perancangan strategik pemajuan sekolah yang lebih holistik dan berimpak tinggi, demi memastikan SK Bandar terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah Sekolah Inspirasi yang progresif, selamat dan berdaya saing.

πŸ’¬ Suara ibu bapa adalah nadi perubahan.
Setiap pandangan, cadangan dan sokongan tuan/puan amat signifikan dalam memperkukuh kecemerlangan sekolah serta membentuk sahsiah, pencapaian akademik dan kesejahteraan murid secara menyeluruh.

πŸ”” Istimewa untuk ibu bapa yang hadir:
➑️ Disediakan Kaunter Khidmat Bantu MYSP AI (Sistem Kehadiran Pengecaman Wajah) bagi membantu ibu bapa memahami serta menyelesaikan urusan berkaitan sistem kehadiran murid dengan lebih mudah, pantas dan berteknologi tinggi.

✨ *Hadirlah* untuk mengetahui perancangan baharu sekolah pasca pengiktirafan Sekolah Inspirasi.
✨ *Hadirlah* kerana masa depan anak-anak kita amat berharga.
✨ *Hadirlah* kerana kecemerlangan sekolah ini memerlukan sokongan dan kebersamaan kita semua.

Marilah kita melangkah seiring, memperkukuh kerjasama dan memastikan pengiktirafan Sekolah Inspirasi KPM ini terus diperkasa demi masa depan gemilang anak-anak SK Bandar.

Ini Tahun Kita

Jumpa anda di Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-52 SK Bandar!

Saya yang menjalankan amanah,

MOHAMAD MUZAMIR BIN MOHAMAD YUSOF
Guru Besar
SK Bandar

πŸ“† 21 Januari 2026

Address

Banting
42700

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:30
Tuesday 07:20 - 13:30
Wednesday 07:20 - 13:30
Thursday 07:20 - 17:00
Friday 07:20 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Bandar, Jalan Istana Lama Banting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Bandar, Jalan Istana Lama Banting:

Shortcuts

Share