SRA Sungai Buaya Banting

SRA Sungai Buaya Banting SRA Sungai Buaya Banting

01/05/2022

Alunan Takbir Raya bersama murid tahun 6 SRA Sungai Buaya Banting.

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*Sumbangan infaq bagi kemudahan penghawa dingin Surau SRASB boleh disalurkan ke akaun : ...
12/03/2022

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

Sumbangan infaq bagi kemudahan penghawa dingin Surau SRASB boleh disalurkan ke akaun :

PIBG SRA SG BUAYA
( BANK ISLAM )
1207-40-1006- 3444
Rujukan: Infaq Surau SRASB

**Resit boleh dihantar sepertimana info di dalam iklan.

Setiap sumbangan yang diberi didahulukan dengan ucapan terima kasih.

*بَارَكَ اللهُ لَكَ فِيْ أَهْلِكَ وَمَالِك*

“Barakallahu laka fi ahlika wa malika”

“Semoga Allah memberkahimu dalam keluarga dan hartamu.” (HR. Bukhari)

HJ.MISRIPIN BIN HJ.TAHIR
YDP PIBG
SRA SG BUAYA

SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI BUAYA, BANTING, KUALA LANGAT.السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهKepada;Ibubapa / PenjagaPENDAFTA...
18/08/2021

SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI BUAYA, BANTING, KUALA LANGAT.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada;
Ibubapa / Penjaga

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2022

Adalah perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan pendaftaran kemasukan Murid Tahun 1 sesi 2022 masih dibuka sehingga kini.

3. Ibu Bapa / penjaga boleh mengambil borang pendaftaran di dalam kotak yang disediakan di pagar sekolah dan memulangkan semula borang ke dalam kotak yang sama.

Hari : Isnin hingga Jumaat ( hari bekerja )
Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang.

4. Sila pastikan borang diisi dengan lengkap beserta dokumen yang diperlukan.

5. Masukkan borang ke dalam sampul bagi mengelakkan salinan dokumen tercicir.

6. TIDAK PERLU sertakan sijil kelahiran yang asal.

Kerjasama dan keprihatinan ibu bapa / penjaga dalam perkara ini diucapkan ribuan terimakasih.

# silajagasop

UNIT PENDAFTARAN / UNIT HEM
SRA SUNGAI BUAYA

بسم الله الرحمن الرحيمالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته*SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI BUAYA*Tuan/puan  yang dihormati dan mu...
12/08/2021

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI BUAYA*

Tuan/puan yang dihormati dan murid-murid yang dikasihi,

*PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H BERSAMAAN 2021M* 🕌 🐫🏜️

1.SRA Sungai buaya dibawah Unit Sambutan & Perayaan Islam bersama PIBG akan mengadakan Program Sambutan Maal Hijrah Peringkat sekolah pada ketetapan berikut :

📝 Tarikh : *13 Ogos 2021* bersamaan *4 Muharram 1443 H*

📌Hari : *Jumaat*

⏰Masa : *8.00 hingga 9.30 malam*

🖥️ Medium : *FB page SRA Sungai Buaya*
Tajuk : *" Penghayatan Hijrah Hidup Dimasa Kini"*

Link FB Page SRA Sungai Buaya : https://www.facebook.com/SRA-Sungai-Buaya-Banting-105189161737607/

Link Buku Program : https://anyflip.com/qsjyl/jlip/

👳🏼‍♀️Penceramah : *AlFadhil Ustaz Ahmed Ibrahim Bin Ahmad*
*(Da’i Pendakwah Nusantara Musim ke 4)*

2. Justeru,pihak sekolah menjemput tuan / puan dan murid-murid SRA sg Buaya untuk turut serta bagi menjayakan program yang dirancang ini.

3.Penyertaan dan Kerjasama daripada tuan /puan serta murid-murid amat dihargai dan semoga program ini memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.

Jazakumullahu khairan jaza’ 💐

Ustaz Khairussahar Bin Hj Misbahun
Guru Besar
SRA Sungai Buaya
12.8.2021

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐌𝐀'𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟑𝐇"𝐌𝐚𝐧𝐡𝐚𝐣 𝐑𝐚𝐛𝐛𝐚𝐧𝐢 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢"Hijrah itu bukan pelarian, tetapi ia tuntutan dari ...
09/08/2021

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐌𝐀'𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟑𝐇

"𝐌𝐚𝐧𝐡𝐚𝐣 𝐑𝐚𝐛𝐛𝐚𝐧𝐢 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢"

Hijrah itu bukan pelarian, tetapi ia tuntutan dari Tuhan. Ayuh, sama-sama kita tingkatkan amalan. Agar hidup sentiasa aman dan sejahtera.

Semoga tahun baru ini kita dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya.

Assalamualaikum. Alhamdulillah.Mendukung usaha kerajaan sebagai upaya menangani Pandemik Covid 19, kami Guru-guru SRA Su...
13/06/2021

Assalamualaikum. Alhamdulillah.

Mendukung usaha kerajaan sebagai upaya menangani Pandemik Covid 19, kami Guru-guru SRA Sungai Buaya sudah melaksanakan vaksin dos pertama pada Jumaat yang lepas di Kompleks Majlis Daerah Kuala Langat.

Alhamdulillah berjalan dengan lancar, semua sihat, dan sejahtera.

Jadi pesanan disini kita jangan takut dan risau akan vaksin ni. Kita mengambil salah satu langkah usaha dan ikhtiar untuk membendung penularan virus Covid-19 ni. Setelah divaksin, istirehat dan jangan kemana-mana.

Tetap terapkan protokol kesihatan yang dikeluarkan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1.Memakai pelitup muka
2.Mencuci tangan dengan sabun
3.Menjaga jarak antara satu sama lain

Ayuh, kita bangkit bersama.!💪😃

Guru sihat, anak-anak murid aman, Insya Allah semua sejahtera.😃👍

HEBAHAN untuk Ibu bapa dan murid-murid SRA Sungai Buaya.*MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PE...
31/05/2021

HEBAHAN untuk Ibu bapa dan murid-murid SRA Sungai Buaya.

*MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0*

Semua perkhidmatan Jabatan Agama Islam Selangor telah menangguhkan pembukaan semua sekolah termasuk pengurusan pejabat yang akan bermula pada 01 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 seperti ketetapan di bawah 👇🏻.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Harap maklum.

Terima kasih.

Guru Besar
SRA Sungai Buaya

LAMBAIAN KASIH JASAMU DIKENANG SEMPENA PERSARAAN USTAZAH KALSHOM BINTI TARAMSRA Sungai Buaya kehilangan seorang guru yan...
29/05/2021

LAMBAIAN KASIH JASAMU DIKENANG SEMPENA PERSARAAN USTAZAH KALSHOM BINTI TARAM

SRA Sungai Buaya kehilangan seorang guru yang begitu komited, dedikasi dan bertanggungjawab dalam menyumbang bakti dalam dunia pendidikan.

Hampir 37 tahun menjawat jawatan sebagai guru yang telah banyak membentuk sahsiah diri dan akhlak yang mulia di kalangan murid SRA Sungai Buaya.

Kami disini sentiasa mendoakan beliau diberi kesihatan yang baik sepanjang persaraannya nanti. Terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan jasa bakti kepada kecemerlangan beliau di SRA Sungai Buaya Banting.

Selamat Bersara Ustazah Kalshom. Kenang kami dalam doamu.

Assalamualaikum,Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut pada setiap 16 Mei, kami warga pendidik di SRA Sungai...
16/05/2021

Assalamualaikum,

Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut pada setiap 16 Mei, kami warga pendidik di SRA Sungai Buaya Banting mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru dan pendidik di seluruh Malaysia.😊

BERGURU DEMI ILMU
BINA GENERASI BAHARU

5 & 6 MEI 2021 | MAJLIS KHATAM AL-QURAN BERSAMA GURU DAN MURID SEMPENA PROGRAM IHYA' RAMADAN 1442H.Alhamdulillah Majlis ...
07/05/2021

5 & 6 MEI 2021 | MAJLIS KHATAM AL-QURAN BERSAMA GURU DAN MURID SEMPENA PROGRAM IHYA' RAMADAN 1442H.

Alhamdulillah Majlis Khatam Al-Quran dapat dijalankan dengan baik sekali dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Suasana majlis yang sangat berbeza daripada sebelumnya. Masih mengamalkan SOP yang ketat untuk para peserta khatam Al-Quran. Semoga Allah mengurniakan Rahmat buat anak-anak ini, terus membesar dengan pegangan teguh terhadap Al-Quran kelak.

Selain majlis khatam Al-Quran sebelum balik, semua murid menerima bubur lambuk dan juga duit raya daripada sumbangan ibu bapa & warga SRA Sungai Buaya Banting.

Tahniah buat semua guru dan murid-murid yang terlibat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Terlebih dahulu pihak admin ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat...
06/05/2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu pihak admin ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke page SRA Sungai Buaya Banting dan merakamkan ribuan terima kasih kerana sudi bersama kami.😊

Insyaallah, pihak admin akan sentiasa memberi info-info terkini berkaitan dengan aktiviti dan informasi yang berguna kepada anda semua dari masa ke semasa.

Anda semua akan mendapat informasi yang tepat mengenai perkembangan di SRA Sungai Buaya Banting dan info event yang akan disediakan dari admin serta aktiviti yang dijalankan di SRA Sungai Buaya Banting.

Kami di SRA Sungai Buaya Banting sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan dari anda semua bagi memastikan anak didik di SRA Sungai Buaya Banting terus berjaya dalam apa jua bidang dunia dan akhirat.

Pihak admin juga berharap daripada anda semua dapat memberikan kerjasama dengan menjaga nama baik di SRA Sungai Buaya Banting.

Sekian terima kasih,

Admin SRA Sungai Buaya Banting.😊

Address

Banting

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRA Sungai Buaya Banting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRA Sungai Buaya Banting:

Shortcuts

Share

Category