Majlis Perwakilan Pelajar Kolej MARA Banting

Majlis Perwakilan Pelajar Kolej MARA Banting Welcome to the official FB page of MARA College Banting, Selangor. This page is managed by the stude

19/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah program The Qudwah Project: Muslimah Legacy malam ini di Surau An-Nur! ✨

Terima kasih yang tak terhingga kepada Ustazah Nabihah Zakaria atas perkongsian yang sangat menyentuh hati tentang keberanian dan kebijaksanaan Ummu Sulaim R.A. Buat semua siswi KMB, terima kasih atas kehadiran yang sangat memberangsangkan.

Satu pesanan yang kita bawa pulang malam ini: "Kecantikan sebenar seorang Muslimah itu bukan pada perhiasannya, tetapi pada keteguhan prinsip dan imannya." 🀍 Semoga inspirasi srikandi Islam ini terus mekar dalam diri kita semua.

14/08/2026

Tahniah buat semua penghuni Blok A, C, D, dan E atas komitmen luar biasa untuk gotong-royong Seri Asrama Edisi Kemerdekaan ni. Lepas penat lelah cuci blok, kita sejukkan tekak sikit dengan Aiskrim Malaysia! 🍦 Terima kasih atas kerjasama semua yang sudi turun padang, moga asrama kita terus bersih dan ceria. Agak-agak blok mana yang bakal dinobat sebagai pemenang kali ni? πŸ‘€πŸ†

10/08/2026

Tak pasti macam mana nak praktikkan Rukun 4S bila bertembung dengan pensyarah atau kawan-kawan? Tonton video tutorial khas ini untuk ketahui cara pelaksanaan SUA, SENYUM, SAPA, dan SALAM dengan betul! 🀝😊

Satu langkah kecil daripada kita mampu menceriakan hari orang lain. Ayuh, "Bersama Membudayakan Kesopanan" di Kolej MARA Banting! πŸ’™

Assalamualaikum warga KMB! πŸ‘‹Sebagai pelajar yang berhemah dan berkeperibadian tinggi, amalan adab dan kesopanan adalah c...
09/08/2026

Assalamualaikum warga KMB! πŸ‘‹

Sebagai pelajar yang berhemah dan berkeperibadian tinggi, amalan adab dan kesopanan adalah cermin diri kita di kampus. Mari kita bergandeng bahu "Bersama Membudayakan Kesopanan" dengan mengamalkan Rukun 4S dalam kehidupan seharian kita:

πŸšΆβ€β™‚οΈ SUA - Datang menghampiri dengan mesra.
😊 SENYUM - Ukir senyuman yang ikhlas.
πŸ’¬ SAPA - Menegur dengan kata-kata yang sopan.
🀝 SALAM - Beri hormat atau berjabat tangan.

Sebuah senyuman dan sapaan mesra bukan sahaja menceriakan hari seseorang, malah mengeratkan ukhuwah sesama kita di KMB.

Jom amalkan 4S hari ini! Buka langkah, ukir senyuman, dan bersama kita budayakan kesopanan! πŸ’™βœ¨

09/08/2026

Tenang sebentar dari hiruk-pikuk dunia kampus. πŸ‚ Pengisian rohani selepas Maghrib bersama Presiden MPP malam ini banyak memberi kesedaran dan muhasabah diri. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Hati yang tenang bermula dari jiwa yang terisi. 🀍

08/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Microsoft Excel Workshop di bawah Creative Media Empowerment Programme! πŸ’»πŸ“Š

Program ini merupakan salah satu daripada inisiatif dalam manifesto MPP Kolej MARA Banting, dengan matlamat untuk memberi peluang kepada pelajar mendapatkan kemahiran digital yang boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran dan projek IB. πŸ“šπŸ’‘

Terima kasih kepada Dr. Melor Binti Masdoki atas perkongsian ilmu serta semua peserta yang telah menjayakan workshop ini! 🫢🏻

Semoga apa yang dipelajari hari ini dapat digunakan dalam tugasan, IA dan kehidupan seharian.

Manifesto bukan sekadar janji, tetapi sesuatu yang perlu dilaksanakan. 🀝πŸ”₯

07/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah sesi Taklimat & Pembuatan Wau sempena Aktiviti Bulan Kemerdekaan petang tadi! πŸͺπŸ‡²πŸ‡Ύ

Terima kasih kepada semua pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 yang turun padang ke Dewan Al-Khawarizmi. Memang gempak tengok kreativiti masing-masing beraksi dengan pisau cutter dan marker pen! πŸ”₯

Penghargaan istimewa pastinya buat wak kancing kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu seni pembuatan wau yang sangat bernilai dengan kitorang hari ini.

Terbang tinggi si wau bulan,
Tali ditarik di tengah padang;
Terima kasih rakan taulan,
Warisan bangsa terus dijulang.

Macam mana hasil wau korang petang tadi? Boleh terbang ke tak tu? Cuba kongsikan pengalaman korang dekat ruangan komen di bawah! πŸ‘‡βœ¨

SENIOR TALK: STUDY TIPS PLEASE! βœ¨β€‹Ever wondered how senior students balance their time to score top marks in IB, stay ac...
07/08/2026

SENIOR TALK: STUDY TIPS PLEASE! ✨

​Ever wondered how senior students balance their time to score top marks in IB, stay active in co-curricular activities, and excel at KMB? Want to know the secrets behind achieving 45 IB M26🀩?

​Join us in our live podcast where we'll dive into the real-life experiences of our guest senior, Alin Qistina, as she shares effective study tips to score higher points in IB!

​Hosted by our moderators, Ismahani and Idlan, this session is packed with valuable insights and practical strategies.

​Program Details:
πŸ“… Date: 7 August 2026 (Friday)
⏰ Time: 4:00 PM – 5:00 PM
πŸ“ Platform: TikTok MPP KMB!

​Don't miss out on this opportunity to get inspired and level up your study routine. See you there! πŸ“’πŸ™Œ

Address

Banting
42700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Pelajar Kolej MARA Banting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Majlis Perwakilan Pelajar Kolej MARA Banting:

Shortcuts

Share