PPD Kuala Langat

Call Directions

PPD Kuala Langat Facebook Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat

Tahniah SK Saujana Putra atas pengiktifaran sebagai Microsoft Elevate School Showcase 2026 - 2027. Dan tahniah juga kepa...
20/09/2026

Tahniah SK Saujana Putra atas pengiktifaran sebagai Microsoft Elevate School Showcase 2026 - 2027. Dan tahniah juga kepada 37 orang guru di SK Saujana Putra yang telah diiktiraf sebagai Microsoft Elevate Educator Expert..Pengiktirafan peringkat antarabangsaπŸ‘πŸ‘

Terima kasih YB Datuk atas kerjasama strategik bersama PGBM Kuala Langat dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala LangatπŸ–
16/09/2026

Terima kasih YB Datuk atas kerjasama strategik bersama PGBM Kuala Langat dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala LangatπŸ–

πŸŽ‰ TAHNIAH SK SAUJANA PUTRA! πŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah kepada SK Saujana Putra atas pengiktirafan sebagai Microsoft Elevat...
15/09/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH SK SAUJANA PUTRA! πŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah kepada SK Saujana Putra atas pengiktirafan sebagai Microsoft Elevate Showcase School 2026–2027.

Lebih membanggakan, ini merupakan tahun kedua SK Saujana Putra menerima pengiktirafan tersebut. Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan pihak pentadbir, guru dan seluruh warga sekolah dalam membudayakan teknologi serta memperkasa pendidikan digital.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk SK Saujana Putra terus mencipta kecemerlangan dan menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain.

Tahniah sekali lagi kepada seluruh warga SK Saujana Putra. Kuala Langat bangga dengan anda! πŸ‘πŸ»πŸ’™






πŸ† TAHNIAH SAPUTRA MOTION! πŸ†Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Saputra Motion dari SMK Bandar Saujana Putra atas keja...
15/09/2026

πŸ† TAHNIAH SAPUTRA MOTION! πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Saputra Motion dari SMK Bandar Saujana Putra atas kejayaan merangkul Johan Peringkat Kebangsaan 2026 dalam Pertandingan Digital Storytelling Animation (DSTA) menerusi karya β€œBADA: Adiwira RPM”.

Kejayaan ini tentunya hasil usaha gigih, kreativiti dan kerjasama hebat antara murid, guru pembimbing serta seluruh warga sekolah.

Terima kasih kerana membawa nama SMK Bandar Saujana Putra, daerah Kuala Langat dan negeri Selangor ke pentas kebangsaan! πŸ‘πŸ»

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

πŸ‡²πŸ‡Ύ

🌟 SELAMAT MAJU JAYA WAKIL NEGERI SELANGOR! 🌟Tahniah dan syabas kepada pasukan SMK Bandar Saujana Putra yang akan mewakil...
13/09/2026

🌟 SELAMAT MAJU JAYA WAKIL NEGERI SELANGOR! 🌟

Tahniah dan syabas kepada pasukan SMK Bandar Saujana Putra yang akan mewakili negeri Selangor dalam Pertandingan Akhir Pitching, Cabaran Digital Storytelling Animation (DSTA) 2026, bagi Kategori 3D Sekolah Menengah di peringkat kebangsaan.

πŸ“… 13–15 September 2026
πŸ“ SSTP JPN Kedah

Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan keyakinan dan berjaya mempersembahkan hasil karya yang terbaik. Bawa semangat Selangor dan harumkan nama sekolah serta daerah Kuala Langat di pentas kebangsaan! πŸ’ͺπŸ»πŸ†

Muafakat Tangkas Cemerlang!
SAPUTRA Best!


πŸ›’πŸ”₯ JUALAN EHSAN RAHMAH MADANI PPD KUALA LANGAT πŸ”₯πŸ›’Jom datang beramai-ramai dan rebut peluang mendapatkan barangan keperlu...
10/09/2026

πŸ›’πŸ”₯ JUALAN EHSAN RAHMAH MADANI PPD KUALA LANGAT πŸ”₯πŸ›’

Jom datang beramai-ramai dan rebut peluang mendapatkan barangan keperluan harian pada harga serendah RM6.50! 🀩

πŸ“… Tarikh: 12 September 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00 pagi
πŸ“ Tempat: Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat

Antara tawaran menarik:

πŸ” Ayam seekor – RM10.00
πŸ₯š Telur Gred B satu papan – RM10.00
πŸ₯© Daging sejuk beku 1 kg – RM10.00
πŸ«— Minyak masak botol 2 kg – RM9.00
🍚 Beras sekampit 5 kg – RM12.00
🐟 Aneka ikan beku 1 kg – RM6.50
πŸ‘Ά Lampin pakai buang – RM8.00

Turut dijual pelbagai barangan dapur, minuman, keperluan diri, barangan rumah, sayur-sayuran, buah-buahan dan banyak lagi!

πŸ“Œ Perhatian:

βœ… Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
βœ… Sila bawa MyKad untuk pengesahan
βœ… Jualan secara β€œsiapa cepat, dia dapat”
βœ… Sistem kupon nombor giliran bermula seawal jam 8.30 pagi
βœ… Bawa wang kecil secukupnya dan beg sendiri
🚫 Beg plastik tidak disediakan

πŸ“£ Jangan lepaskan peluang! Datang awal dan ajak ahli keluarga serta rakan-rakan bersama-sama.

Jimat berbelanja, banyak manfaatnya! πŸ‡²πŸ‡Ύ




πŸŽ‰ JOM MERIAHKAN KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026! πŸŽ‰Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dengan sukacitanya menjemput se...
10/09/2026

πŸŽ‰ JOM MERIAHKAN KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026! πŸŽ‰

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dengan sukacitanya menjemput seluruh warga pendidikan, ibu bapa, murid dan komuniti setempat untuk hadir memeriahkan:

✨ KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026
PPD KUALA LANGAT
β€œSehari Bersama Rakyat”

πŸ“… 12 September 2026 | Sabtu
⏰ 8.00 pagi hingga 5.00 petang
πŸ“ Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat

Pelbagai pengisian menarik menanti anda:

πŸ† PERTANDINGAN & AKTIVITI
πŸ₯— Bento Sihat Prasekolah
🎀 Impromptu Speech
βœ’οΈ Khat Express
πŸ₯€ Cup Stacking PPKI
πŸ§• Hijab Stylist
πŸ‘©β€πŸ³ Memasak Adabi
πŸ’¬ Forum Tingkatan 6

🏫 RERUAI AGENSI DAN SEKOLAH
Kunjungi pelbagai reruai pendidikan, teknologi, TVET, pengajian tinggi serta agensi rakan strategik yang menawarkan informasi dan aktiviti interaktif untuk seisi keluarga.

🌟 TURUT MENANTI ANDA
πŸ“š TEKAD Reformasi Sekolah
πŸ“‘ NADI Negara
βš–οΈ SUHAKAM
πŸ›οΈ Jualan Rahmah
🍜 Jualan makanan dan barangan keperluan harian pada harga berpatutan

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman pendidikan yang menyeronokkan sambil mendapatkan pelbagai informasi dan tawaran menarik!

SEMUA DIJEMPUT HADIR!
Jom sama-sama meraikannya! πŸ’™πŸ’›πŸ©·








πŸŽ‰ JOM SERTAI KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI PPD KUALA LANGAT TAHUN 2026! πŸŽ‰Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti suk...
09/09/2026

πŸŽ‰ JOM SERTAI KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI PPD KUALA LANGAT TAHUN 2026! πŸŽ‰

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti sukan, seni, kokurikulum, kursus, pameran dan reruai pendidikan! 🀩

πŸ“… 12 September 2026
⏰ 8.30 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat

🌟 Penyertaan murid bukan sahaja memberikan pengalaman berharga, malah berpeluang memperoleh markah penglibatan PAJSK berdasarkan jenis penyertaan dan peringkat program.

βœ… Meningkatkan potensi diri
βœ… Menimba pengalaman baharu
βœ… Menyerlahkan bakat dan kebolehan
βœ… Menyokong kecemerlangan PAJSK

Ayuh, rebut peluang untuk sertai, teroka, belajar, alami dan dapatkan inspirasi!

πŸ“£ Jom ramai-ramai! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

β€œPendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”



πŸŽ‰ 4 HARI LAGI! πŸŽ‰Jom ramai-ramai hadir memeriahkan Karnival Pendidikan MADANI Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat Tahu...
08/09/2026

πŸŽ‰ 4 HARI LAGI! πŸŽ‰

Jom ramai-ramai hadir memeriahkan Karnival Pendidikan MADANI Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat Tahun 2026! ✨

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuk pameran pendidikan, reruai agensi dan rakan strategik, pertandingan serta cabutan bertuah! 🀩🎁

πŸ“… 12 September 2026
⏰ 8.30 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat

Bawa bersama keluarga dan sahabat. Jangan lepaskan peluang menikmati pengalaman pendidikan yang menyeronokkan dalam suasana penuh ilmu, inovasi dan kebersamaan komuniti!

Jumpa anda di sana! 🫢







03/09/2026

Address

Jalan Sultan Abdul Samad
Banting
42700

Telephone

+60331818793

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPD Kuala Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share