Kelas KAFA Menengah Surau Al-Firdaus

Kelas KAFA Menengah Surau Al-Firdaus Kelas KAFA Menengah Surau Al-Firdaus Taman Banting Baru

✍️ USRAH BULANAN KKM SAFTBB 2.0Tarikh : 24 Januari 2025 Hari : JumaatTempat : Surau Al-Firdaus Taman Banting BaruAlhamdu...
19/02/2025

✍️ USRAH BULANAN KKM SAFTBB 2.0

Tarikh : 24 Januari 2025
Hari : Jumaat
Tempat : Surau Al-Firdaus Taman Banting Baru

Alhamdulillah, telah selesai usrah bulanan Kelas KAFA Menengah Surau Al-Firdaus yang disampaikan oleh Al fadhil Ustaz Muhammad Nadzir bin Jamaluddin selaku penyelaras KKM SAFTBB.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua murid atas kehadiran serta sambutan yang diberikan bagi melancarkan program usrah bulanan yang dijalankan.

Semoga anak-anak dapat mengambil ibrah daripada ilmu yang telah dikongsikan. Barakallhufiikum buat semua anak-anak. Semoga terus menjadi anak-anak soleh dan solehah.

19/02/2025
[JAMUAN AKHIR TAHUN Sesi 2024/2025]Tarikh : 16 Januari 2025 / 16 Rejab 1446HHari : KhamisTempat : Kelas Kafa Menengah Su...
19/02/2025

[JAMUAN AKHIR TAHUN Sesi 2024/2025]

Tarikh : 16 Januari 2025 / 16 Rejab 1446H
Hari : Khamis
Tempat : Kelas Kafa Menengah Surau Al-Firdaus Taman Banting Baru

Alhamdulillah, Kelas KAFA Menengah Surau Al-Firdaus Taman Banting Baru telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun Sesi 2024/2025 bagi meraikan murid-murid yang telah berusaha dan bersungguh-sungguh berjuang menuntut ilmu sepanjang tahun.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang diketuai oleh alfadhil Ustaz Nadzir Jamaluddin. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan para guru Dan wakil murid tingkatan 4 yang merupakan tahun akhir di KKM SAFTBB.

Semoga anak-anak KKM SAFTBB terus bersemangat menuntut ilmu serta meneruskan pengajian. Jumpa sesi depan semua! 😁

📚 Peperiksaan Akhir Tahun Sedang Berlangsung – Kelas KAFA Menengah Surau Al-Firdaus 📚✨ “Ilmu itu cahaya, usaha itu kunci...
06/01/2025

📚 Peperiksaan Akhir Tahun Sedang Berlangsung – Kelas KAFA Menengah Surau Al-Firdaus 📚

✨ “Ilmu itu cahaya, usaha itu kunci kejayaan.” ✨

Peperiksaan Akhir Tahun bagi pelajar Kelas KAFA Menengah sedang berlangsung dengan penuh kesungguhan dan fokus. Pelajar-pelajar kami berusaha memberikan yang terbaik dalam menjawab soalan demi mengejar kecemerlangan ilmu dunia dan akhirat.

✅ Matlamat kami jelas: Melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga kukuh dalam akhlak dan iman.

📌 Doakan kejayaan anak-anak kita agar setiap usaha mereka diberkati Allah SWT. Semoga mereka menjadi insan yang memberi manfaat kepada masyarakat dan ummah.

📢 Teruskan menyokong mereka! Nantikan keputusan yang bakal membanggakan kita semua, in shaa Allah.




[Keputusan Sijil KAFA Menengah KKM SAFTBB 2024]📍 Mumtaz - 2 orang 📍 Jayyid Jiddan - 3 orang📍 Jayyid - 2 orangAlhamdulill...
19/12/2024

[Keputusan Sijil KAFA Menengah KKM SAFTBB 2024]

📍 Mumtaz - 2 orang
📍 Jayyid Jiddan - 3 orang
📍 Jayyid - 2 orang

Alhamdulillah Kelas Kafa Menengah Surau Al-Firdaus Taman Banting Baru telah mencapai 100% lulus dalam keputusan Sijil Kafa Menengah (SKM) 2024.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu/bapa yang sentiasa menjadi pendorong, semangat dan mendoakan anak² sepanjang perjalanan mereka menuntut ilmu.

Semoga anak-anak terus menjadi insan yang berjaya dan cemerlang dunia akhirat, mengamalkan setiap ilmu yang dipelajari dalam setiap aspek kehidupan supaya seiring ilmu dan adabnya 🤲🏻

بارك الله فيكم .

Kelas KAFA Menengah Surau Al-Firdaus Taman Banting Baru

[ COUNTDOWN PEPERIKSAAN SIJIL KAFA MENENGAH 2024 ]Tarikh peperiksaan :14 - 17 Oktober 2024⏳  1 HARI LAGI ⏳Firman Allah S...
13/10/2024

[ COUNTDOWN PEPERIKSAAN SIJIL KAFA MENENGAH 2024 ]

Tarikh peperiksaan :
14 - 17 Oktober 2024

⏳ 1 HARI LAGI ⏳

Firman Allah SWT :

حَسْبِيَ اللّٰهُ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ ۗ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۗ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."

[Surah at-Taubah: Ayat 129]

Berusaha selagi mana terdaya,
Berdoa dan bertawakallah kepadaNya untuk hasil yang sempurna,
Kerana usaha itu tidak akan mengkhianati hasilnya.

Mohon doa buat anak-anak tingakatan 4 semoga mereka sentiasa dikurniakan futuhat, ketenangan hati dan kelapangan fikiran sepanjang imtihan berjalan.

MUMTAZ MILIK KITA 🏆✨

Jemput like, follow & share!

Kelas KAFA Menengah Surau Al-Firdaus Taman Banting Baru

[ COUNTDOWN PEPERIKSAAN SIJIL KAFA MENENGAH 2024 ]Tarikh peperiksaan : 14 - 17 Oktober 2024 (Isnin - Khamis)⏳ 3 HARI LAG...
11/10/2024

[ COUNTDOWN PEPERIKSAAN SIJIL KAFA MENENGAH 2024 ]

Tarikh peperiksaan : 14 - 17 Oktober 2024 (Isnin - Khamis)

⏳ 3 HARI LAGI ⏳

"Do your best, Allah do the rest"

Berusaha selagi mana terdaya,
Berdoa dan bertawakallah kepadaNya untuk hasil yang sempurna,
Kerana usaha itu tidak akan mengkhianati hasilnya.

Semoga tenang dalam menghadapi cabaran dunia dan semoga menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

MUMTAZ MILIK KITA 🏆✨

Jemput like, follow & share!

Kelas KAFA Menengah Surau Al-Firdaus Taman Banting Baru

[ COUNTDOWN PEPERIKSAAN SIJIL KAFA MENENGAH 2024 ]⏳ 5 HARI LAGI ⏳Firman Allah SWT : ‎وَٱلَّذِينَ جَٰاهَدُوا۟ فِينَا لَنَ...
09/10/2024

[ COUNTDOWN PEPERIKSAAN SIJIL KAFA MENENGAH 2024 ]

⏳ 5 HARI LAGI ⏳

Firman Allah SWT :

‎وَٱلَّذِينَ جَٰاهَدُوا۟ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ

Maksudnya : "Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami." (Surah Al-Ankabut : ayat 69)

Diharap anak-anak dapat memanfaatkan masa-masa yang berbaki dengan mengulangkaji pelajaran dan berusaha sedaya upaya untuk sama-sama meningkatkan kecemerlangan dan prestasi diri.

MUMTAZ MILIK KITA 🏆✨

Jemput like, follow & share!

Kelas KAFA Menengah Surau Al-Firdaus Taman Banting Baru

[ COUNTDOWN PEPERIKSAAN SIJIL KAFA MENENGAH 2024 ]⏳ 6 HARI LAGI ⏳Firman Allah SWT : ‎فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ...
08/10/2024

[ COUNTDOWN PEPERIKSAAN SIJIL KAFA MENENGAH 2024 ]

⏳ 6 HARI LAGI ⏳

Firman Allah SWT :

‎فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ

"Apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya."

Diharap anak-anak dapat memanfaatkan masa-masa yang berbaki dengan mengulangkaji pelajaran dan berusaha sedaya upaya untuk sama-sama meningkatkan kecemerlangan dan prestasi diri.

MUMTAZ MILIK KITA 🏆✨

Jemput like, follow & share!

Kelas KAFA Menengah Surau Al-Firdaus Taman Banting Baru

[ COUNTDOWN PEPERIKSAAN SIJIL KAFA MENENGAH 2024 ]⏳ 7 HARI LAGI ⏳"Menuntut ilmu adalah takwa, menyampaikan ilmu adalah i...
06/10/2024

[ COUNTDOWN PEPERIKSAAN SIJIL KAFA MENENGAH 2024 ]

⏳ 7 HARI LAGI ⏳

"Menuntut ilmu adalah takwa, menyampaikan ilmu adalah ibadah, mengulang ilmu adalah zikir, mencari ilmu adalah jihad."

-Imam Ghazali-


Langkah menjadi mukmin yang tenang sebelum menghadapi ujian ialah dengan menyusun dan melakukan persediaan yang rapi dari segala aspek iaitu melalui pembacaan, kefahaman, hafalan dan latih tubi setiap matapelajaran.

Semoga anak-anak dapat memanfaatkan masa yang berbaki dengan baik serta dapat mrmbuat persediaan rapi untuk menghadapi peperiksaan akan tiba tidak lama lagi.

MUMTAZ MILIK KITA 🏆✨

Jemput like, follow & share!

Kelas KAFA Menengah Surau Al-Firdaus Taman Banting Baru

Address

Surau Al-Firdaus Taman Banting Baru
Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:00 - 11:00
Tuesday 08:00 - 11:00
Thursday 08:00 - 11:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas KAFA Menengah Surau Al-Firdaus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share