23/05/2026
"GURU BITARA NADI NEGARA"
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2026
Tarikh: 22 Mei 2026
Tema: Colour Blocking
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2026.
Terima kasih kepada pihak PIBG dan PIBKS atas bantuan dan kerjasama yang diberikan terutamanya dalam menjayakan aktiviti sukaneka serta kelancaran program sepanjang sambutan berlangsung.❤️
Tidak dilupakan juga buat semua murid atas ucapan, penghargaan dan ingatan yang diberikan kepada para guru sempena sambutan ini.❤️
Semoga sambutan yang penuh ceria ini terus mengeratkan hubungan antara guru, murid dan seluruh warga sekolah.❤️
Selamat Hari Guru buat semua insan bergelar pendidik.🌹