17/12/2021
3 Cabaran Semasa Anak Baru Lahir.
1) Jangkitan kuman paru-paru
Ada bayi yang lahir dalam keadaan susah nak bernafas. Bayi ni nafasnya laju, mukanya biru, dadanya berombak.
Ada kala, bayi ni tak sempat pun nak diberi pada ibu. Lepas lahir, terus saja dibawa ke wad bayi untuk diberi bantuan pernafasan.
Bayi yang tak dapat oksigen yang cukup selama 4 minit, dah mampu untuk cederakan otak dia selama-lamanya.
2) Jaundice
Kekuningan pada kulit ni memang merisaukan ibu ayah.
Kalau kuning tu lebih dari 14 hari (untuk bayi yang lahir cukup bulan) atau 21 hari (bayi pramatang), kena dirujuk ke hospital p**a untuk pemeriksaan seterusnya.
Selalunya kena ambil sampel darah dan urin bayi.
3) Selsema dan batuk
Bayi tu ialah nasal breather. Maksudnya dia hanya tahu bernafas melalui hidung.
Hingus selsema akan menutup satu-satunya laluan pernafasan bayi.
Ubat batuk dan selsema dilarang untuk diberi pada bayi bawah 2 tahun. Ini ialah arahan terus dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jadi, bayi yang selsema boleh dibantu guna normal saline nasal drop, nasal spray dan nasal aspirator.
Ataupun ibu ayah boleh gunakan cara alternatif lain yang lebih mudah dan selamat seperti sapuan balm baby natural yg dapat melegakan pernafasan baby.