Pusat Perhubungan Alumni UKM

Pusat Perhubungan Alumni UKM Pusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia

BORAK ALUMNI | Episod 8 : "Alumni Lembah Pantai: Sebuah Legasi"Menjejaki sebuah legasi kecemerlangan dan memori masa lal...
24/08/2026

BORAK ALUMNI | Episod 8 : "Alumni Lembah Pantai: Sebuah Legasi"

Menjejaki sebuah legasi kecemerlangan dan memori masa lalu pastinya memberi inspirasi yang bermakna buat kita semua. Dalam episod terbaru BORAK ALUMNI kali ini, kami bawakan perkongsian istimewa bersama YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Laily Din (Fakulti Sains 1975).

Ikuti perkongsian inspirasi, rentetan pengalaman berharga, serta pencapaian cemerlang beliau yang pastinya bakal menjadi sumber motivasi yang hebat kepada seluruh warga UKM dan komuniti alumni.

๐Ÿ“… 28 Ogos 2026 (Jumaat)
๐Ÿ’ป Saksikan di YouTube rasmi Pusat Perhubungan Alumni UKM:
https://www.youtube.com/

Jangan lupa tekan Subscribe dan kongsikan inspirasi ini bersama rakan alumni anda!




TAKZIAH ALUMNIPusat Perhubungan Alumni UKM mengucapkan takziah dan semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham Encik Nashru...
21/08/2026

TAKZIAH ALUMNI

Pusat Perhubungan Alumni UKM mengucapkan takziah dan semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham Encik Nashrul Hazremi bin Mohd Nasir (FST 2004, 2009) sentiasa tabah menghadapi dugaan.

Rasulullah SAW seperti yang disebutkan dalam riwayat daripada Usamah bin Zaid r.a berikut bahawa Baginda SAW bersabda yang bermaksud: โ€œ๐˜š๐˜ฆ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜š๐˜ž๐˜› ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜‹๐˜ช๐˜ข ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ฌ-๐˜•๐˜บ๐˜ข ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜‹๐˜ช๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ. ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ญ (๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜ข) ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ด๐˜ช๐˜ด๐˜ช-๐˜•๐˜บ๐˜ข. ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข (๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ) ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ณ, ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ค๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ.โ€ (Riwayat Al-Bukhari โ€“ 7377)





๐ŸŽญ ๐๐„๐‹๐”๐€๐๐† ๐Œ๐„๐๐€๐๐† ๐“๐ˆ๐Š๐„๐“ ๐๐”๐“๐„๐‘๐ˆ ๐†๐”๐๐”๐๐† ๐‹๐„๐ƒ๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐€๐…๐…๐ˆ๐ & ๐€๐‹๐”๐Œ๐๐ˆ ๐”๐Š๐Œ! ๐ŸŒŸTeringin nak saksikan teater muzikal legenda "P...
20/08/2026

๐ŸŽญ ๐๐„๐‹๐”๐€๐๐† ๐Œ๐„๐๐€๐๐† ๐“๐ˆ๐Š๐„๐“ ๐๐”๐“๐„๐‘๐ˆ ๐†๐”๐๐”๐๐† ๐‹๐„๐ƒ๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐€๐…๐…๐ˆ๐ & ๐€๐‹๐”๐Œ๐๐ˆ ๐”๐Š๐Œ! ๐ŸŒŸ

Teringin nak saksikan teater muzikal legenda "Puteri Gunung Ledang The Musical" arahan Tiara Jacquelina? Khas buat pemegang Kad Kredit AFFIN Alumni UKM, anda berpeluang memenangi tiket ke pementasan berprestij ini!

๐Ÿ“Œ ๐ˆ๐ง๐Ÿ๐จ ๐‘๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ฌ:
๐Ÿ”น Berpeluang memenangi Sepasang Tiket (Terdapat 13 pasang tiket untuk dimenangi!).
๐Ÿ”น Hanya perlu berbelanja minimum RM3,000 menggunakan Kad Kredit AFFIN.
๐Ÿ”น Tempoh Kempen: 15 Ogos โ€“ 30 September 2026.
๐Ÿ”น Pementasan di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre.

Jom berbelanja dengan Kad Kredit AFFIN Alumni UKM dan rebut peluang keemasan ini! โœจ

๐ŸŒ Maklumat lanjut layari: AffinAlways.com/affin-ukm-alumni-cards





๐Ÿ“ข JAWATAN KOSONG: MySISWA JOB ON CAMPUS! ๐Ÿ“ขPusat Perhubungan Alumni UKM sedang mencari pelajar untuk jawatan Pembantu Pen...
20/08/2026

๐Ÿ“ข JAWATAN KOSONG: MySISWA JOB ON CAMPUS! ๐Ÿ“ข

Pusat Perhubungan Alumni UKM sedang mencari pelajar untuk jawatan Pembantu Pencarian Maklumat dan Pengemaskinian Data Alumni.

โœ… Kriteria: Mahir membuat carian maklumat, cekap menggunakan Excel/Google Sheets, teliti, dan pandai berkomunikasi.
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh Tutup: 21 Ogos 2026

๐Ÿ‘‡ CARA MEMOHON:
Sila imbas Kod QR pada poster di bawah untuk melihat iklan penuh dan menghantar permohonan anda.





๐ŸŒ๏ธโ€โ™‚๏ธ PENCARIAN PEMAIN: KEJOHANAN GOLF AMAL TERBUKA UKM 2026 ๐ŸŒ๏ธโ€โ™€๏ธPanggilan kepada semua peminat sukan golf! Pusat Perhu...
20/08/2026

๐ŸŒ๏ธโ€โ™‚๏ธ PENCARIAN PEMAIN: KEJOHANAN GOLF AMAL TERBUKA UKM 2026 ๐ŸŒ๏ธโ€โ™€๏ธ

Panggilan kepada semua peminat sukan golf! Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan bangganya membawakan Kejohanan Golf Amal Terbuka 2026. Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua Alumni UKM, Warga UKM, dan juga orang awam!

Butiran Kejohanan:
๐Ÿ“… Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Kelab Golf Danau, UKM
โ›ณ Kaedah Pertandingan: Stableford System

Yuran Penyertaan: RM400.00 / Pemain

Apa yang anda akan dapat?
๐Ÿ‘• Baju Eksklusif Kejohanan Golf Amal 2026
๐Ÿ›บ Green Fee & Buggy
๐Ÿฝ๏ธ Makan Tengah Hari / Jamuan Penutup
๐ŸŽ Cabutan Bertuah yang menarik!

๐Ÿ”ฅ HADIAH 'HOLE IN ONE' YANG ISTIMEWA! ๐Ÿ”ฅ
Peluang untuk membawa pulang sebuah kereta e.MAS 5 menanti anda!

โณ Tempat adalah terhad! Tutup pendaftaran pada 1 September 2026.

Cara mendaftar? Mudah sahaja! Anda hanya perlu imbas kod QR pada poster di bawah atau layari pautan ini: https://forms.gle/Z93uynGgWZFLEc2e9

Ayuh, sahut cabaran ini dan daftarkan diri anda segera! Jangan lupa kongsikan hebahan ini kepada rakan-rakan golf anda. Jumpa di sana!






MAJLIS PENYERAHAN TAJAAN BILIK PENGINAPAN DAN PENAPIS AIR19 OGOS 2026Pusat Perhubungan Alumni UKM berbesar hati menganju...
19/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN TAJAAN BILIK PENGINAPAN DAN PENAPIS AIR

19 OGOS 2026

Pusat Perhubungan Alumni UKM berbesar hati menganjurkan Majlis Penyerahan Tajaan Bilik Penginapan dan Penapis Air yang berlangsung pada 19 Ogos 2026 bertempat di Kompleks Alumni UKM.

Majlis ini menjadi simbolik kepada komitmen dan keprihatinan para alumni serta penyumbang dalam melestarikan kebajikan, keselesaan dan kesejahteraan mahasiswa UKM.

Sumbangan yang disalurkan merangkumi tajaan 27 buah bilik penginapan di beberapa kolej kediaman dengan nilai keseluruhan sebanyak RM145,000. Tajaan ini melibatkan sumbangan daripada AFFIN ISLAMIC, Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Baitulmal Sarawak, Uji Teguh Berhad, dan Alumni UKM. Selain itu, sebanyak enam unit penapis air bernilai RM30,000 turut disumbangkan kepada Kolej Ibu Zain, Kolej Tun Abdullah Ahmad Badawi (KTAAB), Pusat Sukan UKM, dan Pusat Kebudayaan UKM.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Ts. Dr. Hj. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, bersama YBrs. Encik Aizam Abu Bakar, Ketua Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM dan YBrs. Dr. Roslan Ja'afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan. Semoga setiap sumbangan terus menjadi asbab kepada kehidupan mahasiswa yang lebih selesa dan sejahtera.





JEJAK ALUMNI UKM @ CYBERSECURITY MALAYSIA18 Ogos 2026Pusat Perhubungan Alumni UKM melalui program Jejak Alumni telah ber...
18/08/2026

JEJAK ALUMNI UKM @ CYBERSECURITY MALAYSIA
18 Ogos 2026

Pusat Perhubungan Alumni UKM melalui program Jejak Alumni telah berpeluang menjejaki dua orang tokoh alumni hebat yang kini cemerlang berkhidmat dan memikul tanggungjawab besar di Cybersecurity Malaysia. Mereka ialah Encik Azman Ismail, alumni FPP tahun 1989 yang bertugas sebagai Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Pengurusan, dan Tuan Hamidun Katemin, alumni FSKK tahun 1995 serta GSB tahun 2015, selaku Pengurus Besar Bahagian Perancangan Korporat & Strategi.

Delegasi ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Sofwan bin Mahmud, Timbalan Pengarah (Penjanaan dan Pemasaran) Pusat Perhubungan Alumni UKM. Turut serta dalam siri kunjungan ini ialah Ir. Dr. Norinah Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) Pusat Perhubungan Alumni UKM.

Program Jejak Alumni ini bertujuan memperkukuh jaringan strategik dan silaturahim UKM dengan alumni di sektor teknologi dan keselamatan siber melalui perbincangan pengalaman kerjaya dan potensi kerjasama untuk pembangunan pelajar, termasuk penawaran latihan industri di Cybersecurity Malaysia.

Selain itu, kunjungan ini turut menjadi platform perkongsian maklumat bagi inisiatif 1000 Kasih Alumni, serta bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini universiti bagi memperkasa penglibatan alumni secara menyeluruh.





BORAK ALUMNI BERSAMA YBHG. DATUK AZIS YACUBPusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadaka...
18/08/2026

BORAK ALUMNI BERSAMA YBHG. DATUK AZIS YACUB

Pusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan sesi penggambaran podcast Borak Alumni bersama YBhg. Datuk Dato' Azis Yacub (Alumni FSKK 1979). Perkongsian inspirasi, pengalaman serta pencapaian cemerlang ini diharapkan dapat menjadi sumber motivasi kepada warga UKM dan seluruh komuniti alumni.

Nantikan siaran penuh podcast Borak Alumni yang akan ditayangkan tidak lama lagi di saluran YouTube rasmi Pusat Perhubungan Alumni UKM.





SESI TEMU BUAL BERSAMA PROF. DATO' DR. FARIZA MD SHAMPusat Perhubungan Alumni UKM berbesar hati mengadakan sesi temu bua...
18/08/2026

SESI TEMU BUAL BERSAMA PROF. DATO' DR. FARIZA MD SHAM

Pusat Perhubungan Alumni UKM berbesar hati mengadakan sesi temu bual bersama Prof. Dato' Dr. Fariza Md Sham, alumni Fakulti Pengajian Islam UKM tahun 1994 dan 1997, sebagai salah satu pengisian bagi Majalah Senadi.

Daripada seorang alumni kepada seorang pemimpin, perjalanan Prof. Dato' Dr. Fariza Md Sham mencerminkan legasi kecemerlangan yang terus berkembang bersama alma mater. Beliau mencatat sejarah sebagai alumni wanita UKM pertama yang memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), satu pencapaian yang menjadi kebanggaan seluruh warga Universiti.

Sesi temu bual ini bukan sekadar merakam perjalanan kerjaya dan pengalaman beliau, malah menjadi ruang untuk menyelami kisah di sebalik pencapaian, nilai kepimpinan serta pengalaman seorang alumni yang terus menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan tinggi.

Daripada ilmu yang ditimba kepada kepimpinan yang disumbangkan, perjalanan beliau menjadi bukti bahawa legasi alumni terus hidup dalam setiap sumbangan kepada alma mater dan masyarakat.





SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT ALUMNI UKM BULAN OGOS! Pusat Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM) mengucapkan Selamat ...
18/08/2026

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT ALUMNI UKM BULAN OGOS!

Pusat Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM) mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua alumni Universiti Kebangsaan Malaysia yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan ini.

Semoga pertambahan usia ini diiringi dengan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan, dimurahkan rezeki, dan terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Teruslah melakar kejayaan dan mengharumkan nama alma mater! ๐ŸŽ“โœจ




Address

Kompleks Alumni UKM
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Perhubungan Alumni UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Perhubungan Alumni UKM:

Shortcuts

Share