12/06/2026
Seluruh warga Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan syabas kepada:
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham, FASc
atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu, berkuat kuasa pada 15 Jun 2026.
Semoga pelantikan ini akan terus memacu kecemerlangan akademik, memperkukuh agenda pengantarabangsaan universiti, serta membawa UKM ke mercu kejayaan yang lebih gemilang selaras dengan aspirasi TERAS UKM dan Malaysia MADANI.
Selamat menjalankan tugas dan ikhlas daripada seluruh warga LESTARI UKM.
12/06/2026
Warga Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Woo Wing Thye atas pelantikan beliau sebagai Profesor Adjung LESTARI UKM bagi tempoh 15 Jun 2026 hingga 14 Jun 2028.
Semoga pelantikan ini memperkukuh kecemerlangan akademik, penyelidikan dan jaringan kerjasama strategik dalam memacu agenda pembangunan lestari di peringkat nasional dan antarabangsa.
10/06/2026
Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Nor Zalina Harun di atas pelantikan sebagai Penyelaras Program Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) bermula 2 Mei 2026 sehingga 1 Mei 2029.
Ikhlas daripada
Pengarah dan Seluruh Warga
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
10/06/2026
Tahniah diucapkan kepada Gs. Dr. Aida Soraya Shamsuddin di atas pelantikan sebagai Penyelaras Program Mod Penyelidikan bermula 13 April 2026 sehingga 12 April 2029.
Ikhlas daripada
Pengarah dan Seluruh Warga
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
10/06/2026
Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih diucapkan kepada Ts. Dr. Munira Othman di atas Jasa dan Bakti sebagai Penyelaras Program Mod Penyelidikan dan Program Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL):-
Penyelaras Program Mod Penyelidikan - 1 Disember 2020 sehingga 12 April 2026
Penyelaras Program Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) - 1 Ogos 2022 sehingga 1 Mei 2026
Ikhlas daripada
Pengarah dan Seluruh Warga
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
27/05/2026
Salam Aidiladha 1447H ✨
Semoga ibadah korban mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan dan kesyukuran dalam kehidupan.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha daripada Pengarah dan seluruh Warga Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM
18/05/2026
🎉 Selamat Ulang Tahun ke-56 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)! 🇲🇾💙
56 tahun mencipta kecemerlangan dalam pendidikan, penyelidikan dan pembangunan negara. Terima kasih atas segala jasa dan komitmen dalam melahirkan generasi berilmu, berintegriti dan berbakti kepada masyarakat.
Semoga UKM terus unggul sebagai universiti watan yang memberi inspirasi di peringkat nasional dan antarabangsa.
“Ilmu, Mutu dan Budi” terus menjadi teras kecemerlangan warga UKM.
Ikhlas daripada
Pengarah dan Warga
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
12/05/2026
Tahniah diucapkan kepada Gs. Dr. Nurfashareena Muhamad di atas kejayaan memperoleh Dana Luar (Antarabangsa) Intergrated Research on Disaster Risk International Programme Office (IRDR).
RM87,200 (CNY 150,000)
Ikhlas daripada
Pengarah dan Warga
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
05/05/2026
4 Mei 2026 - Sekalung tahniah kepada Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ P.Geol. Dr. Ibrahim Komoo dan Yang Berbahagia Prof. P.Geol. Dr. Joy Jacqueline Pereira di atas pengiktirafan masing-masing sebagai Tokoh Geologi kategori lelaki dan Tokoh Geologi kategori wanita di atas sumbangan cemerlang mereka demi kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.
Pengiktirafan bermakna ini diterima semasa Hari Geologi 2026 yang dianjurkan oleh Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Institut Geologi Malaysia (IGM), Persatuan Perunding dan Perkhidmatan Geosains Malaysia (MyGeo) dan Geological Society of Malaysia (GSM). Sambutan dengan tema “Geologi Memacu Ekonomi, Melindungi Komuniti, Asas Pembangunan Lestari” tersebut telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Grand Ballroom, Zenith Hotel Putrajaya, menghimpunkan penggiat industri, akademia dan pengamal geosains dalam memperkukuh peranan bidang geologi ke arah pembangunan negara yang mampan.
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
01/05/2026
[Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2026]
Mengangkat tema “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”, penghargaan buat semua insan yang menjadi tulang belakang kemajuan negara. Terima kasih atas dedikasi, komitmen dan usaha tanpa henti. 💼🇲🇾
Ikhlas daripada:
Pengarah dan seluruh warga Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM