Pusat Latihan Qoroa

Pusat Latihan Qoroa

Share

Jom hidupkan budaya ilmu di Bangi🌙
Sewaan dan Kelas pengajian ilmu secara mingguan untuk semua peringkat usia

Photos from Pusat Latihan Qoroa's post 25/05/2026

“Kadang kita disaat kita nak korbankan haiwan korban… kita lupa untuk korbankan sifat kebinatangan dalam diri.”

🕊️ Zulhijjah datang bukan sekadar membawa ibadah korban…

tetapi membawa tarbiah pengorbanan...

Sejauh mana kita mampu berkorban keseronokkan kita demi mencapai redha Allah

✨ Mungkin sebab itu Allah datangkan 10 awal Zulhijjah…
untuk kita kembali bermujahadah.
Dalam Surah Al-Qur'an, Allah bersumpah:
“Demi fajar. Dan malam yang sepuluh.”
(Surah Al-Fajr: 1–2)

Para ulama menafsirkan “malam yang sepuluh” itu sebagai 10 awal Zulhijjah — hari-hari yang sangat dicintai Allah.

Jika Ramadan terkenal dengan 10 malam terakhir…

maka Zulhijjah p**a terkenal dengan 10 hari terawal.

🌤️ Ramadan kuatnya pada malam.
☀️ Zulhijjah kuatnya pada siang.

Waktu untuk:
— puasa
— zikir
— sedekah
— takbir
— korban
— dan melawan diri sendiri.

Kerana korban sebenar…
bukan hanya pada darah yang mengalir.

Tetapi pada hati yang belajar taat walaupun berat.

Kelas Ustazah Dr fatin Nur Fatin Halil di Pusat Latihan Qoroa Qoroa hari ni kita belajar tentang fiqh dan pengorbanan..

Korbankan ego.
Korbankan malas.
Korbankan dosa lama.

Moga Allah gantikan dengan hati yang lebih hidup 🤍

Jom sertai Komuniti Bsca dan Celik Quran
https://t.me/+chOnpT6KG3thZDk1

06/05/2026

Saya mendapat melebihi 20 reaksi pada salah satu siaran saya minggu lepas! Terima kasih semua orang untuk sokongan anda! 🎉

06/05/2026

Jemputan ke Kelas Pengajian Qoroa

🌸 Kelas Fiqh Manhaji
Bersama Dr. Nur Fatin Halili,
Doktor Falsafah Syariah dan Kehakiman USIM
📅 Setiap Hari Isnin
🕥 10:30 am - 11:30 am

📚 Kelas Tadabbur 114
Bersama Ustazah Bushro,
Penulis Buku Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah
📅 Setiap Hari Khamis
🕘 9:00 am - 10:00 am

🕌 Tempat: Pusat Latihan Qoroa, Residensi Ostia, Bandar Baru Bangi
💰 Yuran Serendah RM20

📞 Untuk pendaftaran, hubungi:
011-3582 8754 - Ustazah Hayati

27/04/2026

Kadang kita sibuk cari ketenangan di luar, sedangkan jawapannya dekat sangat..

Ilmu fiqh bukan untuk orang tua sahaja. Ia keperluan kita hari ini. Tentang wuduk ketika sakit, rukhsah dalam ibadah, solat dalam keadaan uzur, dan bagaimana nak hidup lebih yakin dengan panduan agama.

📚 Kelas Fiqh bersama Ustazah Fatin
📅 Isnin, 27hb
🕥 10.30 pagi
📍 Pusat Latihan QOROA

Jom datang. Ajak pasangan, jiran, kawan-kawan sekali.

Kadang satu langkah datang ke kelas… boleh jadi langkah membetulkan ibadah dalam hidup kita..

Daftar sekarang >>> http://wa.me/60137002472

Photos from Pusat Latihan Qoroa's post 27/04/2026

Pagi Khamis minggu lepas yang indah… diisi dengan alunan Asmaul Husna dan doa-doa yang menyentuh jiwa
🤍
Bersama Ustazah Bushro serta bonda-bonda yang hadir di Pusat latihan Qoroa dengan hati penuh harapan, kami berkumpul mengangkat tangan memohon rahmat, kesihatan dan keberkatan daripada Allah.

Ada sesuatu yang tenang bila nama-nama Allah disebut bersama-sama.

Hati yang gelisah jadi reda. Jiwa yang penat jadi kuat semula.

Semoga setiap langkah yang hadir pagi ini dicatat sebagai amal soleh, setiap doa diangkat ke langit, dan setiap hati dipenuhi sakinah.

Terima kasih buat semua bonda-bonda yang memeriahkan majlis.
Kehadiran kalian membawa seri dan keberkatan 🌷

24/04/2026

Kadang-kadang kita solat bertahun-tahun… tapi dalam diam masih ada persoalan yang belum terjawab.

Wuduk kita sah ke kalau tangan berbalut?
Macam mana kalau luka, sakit, tak mampu berdiri, atau sedang rawatan?
Bila was-was datang, ibadah jadi berat. Bila tak tahu hukum, hati jadi ragu-ragu.

Inilah antara feedback yang kami terima selepas Kelas Fiqh Ustazah Fatin setiap hari Isnin jam 10.30 pagi. Ramai rasa lega kerana dapat merungkai permasalahan fiqh yang selama ini membelenggu soal sah atau batal ibadah.

Malah ada juga daripada kalangan asatizah sendiri yang masih membuka ruang untuk hadir belajar. Kerana orang berilmu tahu… ilmu itu luas, dan belajar itu tidak pernah selesai.

Kalau mereka yang tinggi ilmunya masih datang menuntut ilmu, bagaimana p**a kita yang masih cetek dan banyak belum tahu?

Menuntut ilmu bukan ikut umur.
Menuntut ilmu sampai ke liang lahad.

📚 Solusinya, hadir ke kelas yang membimbing dengan tenang dan praktikal.
Belajar satu demi satu persoalan yang dekat dengan kehidupan harian kita. Supaya solat lebih yakin, ibadah lebih tenang, hati lebih lapang.

🕥 Setiap Isnin | 10.30 pagi
📍 Pusat Latihan QOROA

Tempat terhad. Daftar sekarang dan ajak keluarga atau sahabat sekali.
Kadang satu ilmu kecil… boleh ubah ibadah kita seumur hidup.

24/04/2026

Assalamualaikum warga komuniti Residensi Ostia dan sekitar 🤍

Bila usia meningkat, kesihatan berubah… dan kadang-kadang soalan ibadah pun makin banyak.
Kalau tangan berbalut macam mana nak wuduk? Kalau sakit dan uzur macam mana nak solat? Kalau sedang rawatan macam mana nak bersuci?

Jangan risau, Islam itu memudahkan. Cuma kita perlu belajar caranya 😊

📚 Kelas Fiqh bersama Ustazah Fatin
📅 Isnin, 27hb
🕥 10.30 pagi
📍 Pusat Latihan Qoroa

Antara topik yang akan dikongsikan:
✨ Hukum wuduk jika patah tangan / kaki berbalut
✨ Cara bersuci ketika sakit atau uzur
✨ Situasi penuh wayar semasa rawatan / menunggu bersalin
✨ Keringanan Islam dalam ibadah

Bagi yang tinggal di Residensi Ostia, turun je ke lobi — pusat latihan sebelah lobi sahaja 🌷

Jom hadir dan ajak jiran, keluarga serta kawan-kawan sama-sama belajar. Ilmu begini sangat dekat dengan kehidupan harian kita.

Photos from Pusat Latihan Qoroa's post 20/04/2026

Sekitar perkingsian Ustazah Nur Fatin Halil di Pusat Latihan Qoroa pada hari ni berkaitan tajuk " Menyapu Dua Khuf "

Indahnya Islam… dalam ibadah ada rukhsah (keringanan) yang memudahkan bagi musafir, mereka yang sedang bertugas, dan juga yang sakit. Namun, rukhsah ini hadir dengan beberapa syarat dan ciri tertentu yang perlu difahami agar ibadah dilakukan dengan betul.

Insya-Allah jumpa lagi Isnin depan, 27 April 2026. Antara topik yang akan dikongsikan: bagaimana mengambil wuduk jika kaki atau tangan berbalut simen? Adakah ada keringanan buat ibu yang menunggu waktu bersalin dengan tangan dipenuhi wayar perubatan? Macam mana nak solat dalam keadaan begitu?

Topik yang sangat dekat dengan kehidupan kita. Jangan lepaskan peluang untuk hadir 🌷

03/04/2026

Rahsia bunyi tapak kaki Bilal di Syurga! 🥺✨

Jom ikuti kisah penuh inspirasi tentang kelebihan amalan Solat Sunat Wuduk daripada perkongsian Ustaz Hassan. Semoga bermanfaat untuk kita semua! 🕌🤍

03/04/2026

Pernah dengar tentang 'Sunnah Sukuti'? 🤔

Jom selami kisah inspirasi di sebalik amalan Solat Sunat Wuduk melalui kisah sahabat Nabi, Bilal bin Rabah bersama Ustaz Hassan. Sama-sama kita tambah ilmu hari ini! 🕌✨

Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


S103, Residensi Ostia, Seksyen 14
Bangi
43650