Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi UKM
This account is managed by Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI-UKM), UKM.
01/05/2026
Selamat Hari Pekerja 2026
Sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei, INOVASI@UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja yang menjadi tunjang kemajuan negara.
Dedikasi, kepakaran dan komitmen anda dalam pelbagai bidang telah mencorakkan pembangunan ekonomi, memperkukuh inovasi serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Setiap usaha, sekecil mana pun, menyumbang kepada impak yang besar dalam membina masa depan yang lebih mampan dan berdaya saing.
Selaras dengan tema “Pekerja Madani, Kesuma Bangsa”, marilah kita terus memperkasa budaya kerja cemerlang, berintegriti dan berinovasi demi kemajuan bersama.
INOVASI@UKM akan terus komited menyokong pembangunan bakat, memperkukuh pemindahan teknologi serta memacu ekosistem inovasi yang memberi nilai kepada industri dan masyarakat.
Ikhlas daripada
Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™)
Memacu Inovasi, Mencetus Revolusi
Jangan lupa untuk follow, like dan share untuk info terkini
INOVASI@UKM.
30/04/2026
UKM Raih Pingat di AHIN 2026, Perkukuh Kecemerlangan Pengurusan Harta Intelek
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus melakar kejayaan apabila menerima pingat perak bagi Anugerah Organisasi Terunggul (Pengurusan Harta Intelek Terbaik) sempena Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2026 (AHIN) yang dianjurkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Pencapaian ini meletakkan UKM sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi (IPT) yang tersenarai sebagai finalis bagi kategori tersebut, bersama penerima lain dari sektor industri iaitu Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang menerima pingat emas dan Monsta yang menerima pingat gangsa.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan UKM dalam memperkukuh pengurusan harta intelek serta keupayaan menterjemahkan hasil penyelidikan kepada teknologi berimpak tinggi yang berpotensi untuk dikomersialkan ke pasaran dan industri.
Selain itu, Profesor dan Pakar Perunding Kanan Ortopedik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri, turut meraih pingat gangsa bagi Anugerah Wira Inovatif (Paten) menerusi inovasi MyB Prosthetic Limb. Inovasi ini dibangunkan dalam bidang prostetik dan ortotik khusus untuk individu dengan amputasi bawah lutut melalui syarikat pemula, MyB Innovation Sdn. Bhd.
Kejayaan ini turut mencerminkan keupayaan warga UKM dalam memacu penyelidikan, inovasi dan pemindahan teknologi yang memberi nilai tambah kepada masyarakat serta menyokong pembangunan ekosistem inovasi negara.
INOVASI@UKM akan terus komited memperkasa agenda pengkomersialan dan pemindahan teknologi bagi memastikan hasil penyelidikan universiti dapat dimanfaatkan secara meluas oleh industri dan komuniti.
Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™)
Memacu Inovasi, Mencetus Revolusi
Jangan lupa untuk follow, like dan share untuk info terkini INOVASI@UKM.
Sumber gambar : Universiti Kebangsaan Malaysia
UKMMemacuInovasi
30/04/2026
🗣️ : KERJA DEKAT UNIT KORPORAT BUAT KERJA PENTADBIRAN JE KAN
SELAMAT HARI PEKERJA 2026 SEMUA
Jangan lupa untuk follow, like, dan share untuk info terkini INOVASI@UKM
Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™)
Memacu Inovasi, Mencetus Revolusi
Pelan-pelan naik Promote produk UKM
Jangan lupa untuk follow, like, dan share untuk info terkini INOVASI@UKM
Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™)
Memacu Inovasi, Mencetus Revolusi
24/04/2026
A Smarter Rice for a Healthier World 🌾
What if the future of food wasn’t about eating less —
but eating smarter?
Nomatech Sdn Bhd is rethinking rice — the world’s most consumed staple —
through innovation that targets better nutrition, better health, and scalable impact.
This is functional-food with global relevance.
Join founder, Prof Wicki, LIVE as Nomatech unveils:
• How they’re transforming everyday rice into a functional food
• The technology behind smarter nutrition
• Why this market is bigger than you think
📅 29 April 2026 (Wednesday)
⏰ 9PM – 10PM
🔗 Link: https://tinyurl.com/nomatechpitch
Seats are limited. Interest won’t be.
👉 Register now. Get in early. Understand it before everyone else does.
21/04/2026
PERADUAN CARI & MENANG INOVASI RAYA🌙
Peluang menang hadiah lumayan masih ada!
Penyertaan kini DILANJUTKAN sehingga 30 April 2026. Jom sertai sekarang dan rebut hadiah bernilai lebih RM2,000! 🎁
Hadiah Menarik Menanti Anda:
🏆 1x Smartphone (Hadiah Utama)
⌚ 4x Smartband
🎧 5x Earbud
⏳ Tarikh Tutup: 30 April 2026
📣 Pengumuman Pemenang: Akan dimaklumkan secara LIVE di media sosial INOVASI@UKM.
Jom sertai sekarang!
Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™)
Memacu Inovasi, Mencetus Revolusi
Jangan lupa untuk follow, like dan share bagi mendapatkan info terkini INOVASI@UKM.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi, Universiti Kebangsaan
Bangi
BANGI
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |