12/06/2026
"Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi kerana berjaya menambah cawangan kedua SRITI Darul Furqan di Bangi, sebelum ini hanya ada satu sahaja di Bandar Tun Hussein Onn".
Alhamdulillah SRITI Bandar Baru Bangi (BBB) telah dirasmikan oleh Yb Mohd Syahir bin Che Sulaiman yang merupakan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan dan Penolong Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat pada 6 Jun 2026, Hari Sabtu, dalam Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi kali ke-39.
Moga SRITI BBB ini akan terus berkembang serta melahirkan ramai pelajar-pelajar generasi rabbani dan murobbi di bumi Malaysia yang tercinta ini.