Interdisciplinary Research and International Strategy - IRIS Institute

  • Home
  • Malaysia
  • Bangi
  • Interdisciplinary Research and International Strategy - IRIS Institute

Interdisciplinary Research and International Strategy - IRIS Institute Pusat Kajian Kuasa Nasional & Strategi Antarabangsa
(Company No: 1287037-D)

Sebuah laporan bertajuk Flipping the Script: How to Hold China’s New Carriers at Risk yang diterbitkan oleh Center for S...
20/08/2026

Sebuah laporan bertajuk Flipping the Script: How to Hold China’s New Carriers at Risk yang diterbitkan oleh Center for Strategic and International Studies (CSIS) pada Ogos 2026 menggariskan pelan operasi Amerika Syarikat untuk mengubah dinamik persaingan kapal induk di Indo-Pasifik secara menyeluruh. Laporan ini berhujah bahawa AS dan sekutunya perlu beralih daripada posisi bertahan kepada posisi menyerang dengan menjadikan kapal induk baharu China, iaitu Fujian (Type 003) dan Sichuan (Type 076), , sebagai sasaran aktif melalui lima pendekatan: i) operasi kapal selam penceroboh; ii) rangkaian serangan maritim berasaskan darat; iii) serangan udara dan angkasa jarak jauh; iv) gangguan siber dan peperangan elektronik; serta v) kempen serangan berpukal menggunakan aset tanpa pemandu kos rendah.

Baca Berita Penuh:
https://fokus.my/as-bina-rangkaian-ketenteraan-melalui-filipina-taiwan-untuk-kekang-china-sabah-berada-dalam-zon-strategik-yang-sensitif/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institu

MALAYSIA 2040Ke manakah kita selepas Wawasan 2020?Enam tahun selepas Wawasan 2020, Malaysia terus bergerak. Namun kita t...
14/08/2026

MALAYSIA 2040

Ke manakah kita selepas Wawasan 2020?

Enam tahun selepas Wawasan 2020, Malaysia terus bergerak. Namun kita tidak pasti ke arah manakah kita hendak tuju?

Wawasan 2020 memberikan satu destinasi kepada sebuah generasi gambaran tentang Malaysia yang ingin kita bina. Adakah kita telah mencapai impian tersebut? Jika tidak, apakah cabaran-cabaran yang menghalang kita dari mencapai impian tersebut?

Apakah yang Malaysia mahu jadi menjelang 2040?

IRIS INSTITUTE membuka ruang untuk perbincangan ini sempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia.

Satu visi nasional yang baharu.
Satu horizon strategik yang baharu.
Satu perbincangan tentang Malaysia yang ingin kita bina.

Malaysia 2040.

Bangsa majoriti yang kuat akan melahirkan negara yang kuat. Sebaliknya, jika bangsa teras sentiasa berasa terancam, terp...
04/08/2026

Bangsa majoriti yang kuat akan melahirkan negara yang kuat. Sebaliknya, jika bangsa teras sentiasa berasa terancam, terpinggir atau kehilangan keyakinan terhadap kedudukannya sendiri, maka kestabilan negara turut akan terjejas. Sejarah banyak membuktikan bahawa negara yang gagal mengurus hubungan antara, bangsa teras dan identiti nasional akhirnya berdepan krisis legitimasi dan perpecahan sosial.

Kekuatan sesebuah negara tidak diukur melalui ekonomi semata-mata, tetapi turut bergantung kepada identiti, perpaduan sosial dan keutuhan institusi.

Berita penuh: https://tvpertiwi.com/2026/08/04/penyatuan-melayu-islam-agenda-progresif-membina-kekuatan-nasional/

Ubah Kesedaran kepada Tindakan, sertai suara ummah dengan mengisi borang ini: https://forms.gle/QyT7HoAF6aCMMYhn9

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Bersama Ketua Pegawai Operasi IRIS INSTITUTE, En Asyraf Farique mengulas Pilihan Raya Negeri Sembilan di  .tigershow ber...
01/08/2026

Bersama Ketua Pegawai Operasi IRIS INSTITUTE, En Asyraf Farique mengulas Pilihan Raya Negeri Sembilan di .tigershow bermula Jam 4 petang ini.



Last Thursday, Dr Adilah Zafirah & Mrs Rahimah Jurij attended the Care Reimagined and Thoughtful Endeavours (CREATE) Sym...
21/07/2026

Last Thursday, Dr Adilah Zafirah & Mrs Rahimah Jurij attended the Care Reimagined and Thoughtful Endeavours (CREATE) Symposium organised by Khazanah Research Institute (KRI).

It discussed potential and pioneering approaches in care and related fields which covers policy analysis, real life experince of various groups of people such as healthcare workers, residents of old folk home, refugees & migrant workers, as well as the perspective of marginalised communities such as fishermen and hawkers.

It's not easy to manage a big project consisting of 12 research topics but it's more challenging to build a robust and clear framework to capture the meaning of care in our local cultural context & understand the policy implications of these studies.

Care is not a binary distinction between formal and informal, it exists on a spectrum. More importantly, truly holistic care extends beyond physical needs to include mental and spiritual well-being.

Thank you KRI for inviting us. All the best for publishing the book & we're looking forward to the book launch!

Visit our web and social media to stay updated on our latest news.

Facebook
https://www.facebook.com/share/1G1AJUfuX9/

Instagram
https://www.instagram.com/iris_instituteofficial?igsh=MXU3Zm15Y2o3dWdycw==

Last week, Mrs Rahimah Jurij & Dr Adilah Zafirah attended the IERIF Partnership for Policy Impact Series: Building Susta...
21/07/2026

Last week, Mrs Rahimah Jurij & Dr Adilah Zafirah attended the IERIF Partnership for Policy Impact Series: Building Sustainable and Inclusive Ageing-at-Home Ecosystems in Malaysia.

The main agenda is to discuss policy solutions and collaborative strategies towards building a sustainable and inclusive ageing-at-home ecosystem in Malaysia. This session focused on the potential role of assistive technology & Islamic social financial tools in achieving this goal.

It's acknowledged that ageing poses a huge challenge not only for individuals but also families & our nation itself due to underlying systemic problems. Health and financial problems among the elderly as well as the struggle of the sandwich generation to take care of the elderly stem from systemic poverty, education, economic & social barriers.

Whilst assistive technology & Islamic social financial tools may play important roles in building sustainable & inclusive ageing ecosystems in Malaysia, their full potentials are limited as long as these systemic issues are not resolved.

Thank you ISRA Institute, INCEIF University for inviting us. Looking forward to discussing practical solutions for real problems in upcoming IERIF Partnership for Policy Impact Series!

20/07/2026

Selepas memimpin pengambilalihan Pelabuhan Sapangar di Sabah pada 2024, bekas Pengerusi DP World, Sultan Ahmed Bin Sulayem, kini dilantik untuk menerajui MMC Ports yang mengawal tujuh pelabuhan strategik di Selat Melaka.

Baca berita penuh:
https://fokus.my/selepas-ambil-alih-pelabuhan-sapangar-bekas-ketua-syarikat-pelabuhan-uae-dp-world-kini-terajui-mmc-ports/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

20/07/2026

Di samping itu, had nilai kontrak yang boleh diluluskan oleh SKMM tanpa memerlukan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan dicadangkan dinaikkan daripada RM5 juta kepada RM50 juta.

Baca berita penuh:
https://fokus.my/ruu-pindaan-skmm-dibentang-kali-pertama-perluaskan-bidang-kuasa-suruhanjaya/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

20/07/2026

Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026 memperluaskan kuasa Menteri dan Ketua Pengarah merangkumi penetapan harga, gred, pelesenan, dan pengawalseliaan pemindahan fizikal padi atau beras.

Baca berita penuh:
https://fokus.my/menteri-dan-ketua-pengarah-kini-punyai-kuasa-lebih-luas-ke-atas-kawalan-padi-dan-beras/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Pantauan Berita IRIS Edisi 35/2026 [EKONOMI & HUBUNGAN ANTARABANGSA]AS Sasar Sektor Strategik Malaysia Untuk Kepentingan...
17/07/2026

Pantauan Berita IRIS
Edisi 35/2026

[EKONOMI & HUBUNGAN ANTARABANGSA]

AS Sasar Sektor Strategik Malaysia Untuk Kepentingan Pertahanan & Keselamatan Washington

Amerika Syarikat sasar penglibatan langsung dalam sektor strategik Malaysia demi memajukan kepentingan ekonominya dan menguasai rantaian bekalan global.

Menerusi International Development Finance Corporation (DFC), Washington bakal menyalurkan sebahagian daripada dana mandat AS$205 bilion (RM835.27 bilion) ke dalam sektor semikonduktor, infrastruktur digital, dan mineral kritikal Malaysia. - The Edge

DFC, yang bertindak sebagai 'pasukan rundingan Amerika', melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama.

Menurut Ketua Pegawai Dasar DFC Caroline Vik, terdapat 'peluang yang amat besar' dalam industri semikonduktor dan ekosistem pusat data Malaysia yang sedang berkembang. - The Edge

Agensi itu kini menilai kerjasama dalam infrastruktur digital, gentian darat, kabel dasar laut, dan pembuatan moden. - The Edge

Vik mengesahkan beberapa perjanjian penting serta perkongsian strategik telah pun dimeterai, dengan lebih banyak projek bakal menyusul. - The Edge

Strategi teras DFC tertumpu kepada usaha mengurangkan pergantungan rantaian bekalan kritikal kepada pihak lawan, khususnya bagi mengekang penguasaan mineral oleh China. - DFC

Rekod prestasi global DFC menunjukkan corak sokongan terhadap projek-projek yang membekalkan mineral untuk pemprosesan di AS. - DFC

Sokongan DFC merangkumi pembangunan lombong nadir bumi Longonjo di Angola dan kerjasama dengan Aclara Resources di Brazil, di mana kedua-dua projek ini bertujuan memindahkan rantaian bekalan serta proses pengeluaran terus ke bumi AS. - DFC

Strategi ini telah dilaksanakan dalam sektor mineral kritikal Malaysia apabila Lynas Rare Earths dari Australia—pengeluar terbesar dunia di luar China—memeterai perjanjian mengikat dengan kerajaan AS melalui anak syarikatnya, Lynas USA LLC. - Reuters

Menerusi perjanjian ini, Pentagon akan memperuntukkan sekitar AS$96 juta dalam tempoh empat tahun untuk membeli oksida nadir bumi daripada Lynas. - Reuters

Mineral ini sangat penting bagi pembuatan moden termasuk jet F-35 dan motor kenderaan elektrik (EV), sekali gus menyokong keselamatan nasional AS melalui rantaian bekalan bebas daripada China yang kini menguasai 90% pasaran magnet nadir bumi dunia. - Reuters

Ditubuhkan pada 2019, DFC berfungsi sebagai instrumen utama dalam dasar ekonomi AS. Susulan kelulusan semula oleh Kongres pada Disember 2025, had pelaburan institusi itu meningkat tiga kali ganda daripada AS$60 bilion kepada AS$205 bilion. - DFC

Berbeza dengan agensi bantuan tradisional, DFC berfungsi sebagai 'dana pelaburan strategik' yang bekerjasama dengan sektor swasta untuk menggerakkan modal. - DFC

Ia menggunakan instrumen seperti pelaburan ekuiti, pinjaman, dan insurans risiko politik bagi menyokong projek yang memajukan dasar luar AS serta agenda 'America First'. - DFC

Setiap transaksi diteliti bagi memastikan ia mampu memacu pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat, sekali gus menepis pengaruh China di kawasan pasaran global yang strategik.

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Address

No 6-23-3A, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral
Bangi
43650,SELANGOR

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Interdisciplinary Research and International Strategy - IRIS Institute posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share