15/03/2025
SmartFuture: Kita Semua Boleh! ๐๐ก
Satu program akademik telah dirangka dengan teliti bagi mensasarkan pelajar sekolah menengah yang memerlukan perhatian dari aspek pembelajaran terutamanya dalam subjek teras SPM. Hasil tinjauan kami mendapati peratusan kegagalan yang membimbangkan dalam peperiksaan akhir tahun calon-calon SPM 2025.
Impak dari kegagalan peperiksaan merisikokan keyakinan, dan semangat para pelajar serta kurangnya kesedaran tentang peluang kerjaya.
Penurunan minat terhadap Pendidikan Tinggi di Malaysia amatlah membimbangkan seperti yang kira dapat dilihat pada tahun 2021, sebanyak 48.74% pelajar tidak mendaftar dalam pendidikan tinggi, melibatkan kira-kira 180,680 individu.
Manakala pada tahun 2023, Jabatan Perangkaan Malaysia telah membuat kajian yang mana kira-kira 300,000 pelajar lepasan SPM tidak berminat untuk meneruskan pengajian.
Oleh itu, dengan sumbangan dari Yayasan Pahang, serta kerjasama pelbagai pihak termasuklah
1. i-Medik Pahang
2. Anjung Budi
3. PMFST UKM
4. MEHHSCO UPM,
5. TMJ Mesra Travel & Tours
6. Al-Fateh Trading & Printing
7. Pembina Trading & Services
8. MyFundAction & MyHeart
Program bersifat akademik dan kesihatan mental ini telah diperkenalkan dengan objektif untuk menangani faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan mereka selepas SPM seperti kebimbangan kewangan, jangkaan masyarakat, motivasi, keyakinan diri dan salah tanggapan mengenai pendidikan tinggi dalam mendapatkan kerjaya yang stabil.
Program ini turut melakukan penilaian kesihatan mental dan menyediakan konsultasi perubatan kepada pelajar yang memerlukan.
Secara tidak langsung mempromosikan dua
Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs):
1. Pendidikan Berkualiti (SDG 4)
2. Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik (SDG 3)
Lokasi kedua, 25 Februari 2025.
1. SMK Bandar Baru Bangi, Selangor
Hasil SATU sesi program telah menunjukkan impak yang memberangsangkan terhadap
KEFAHAMAN dan MOTIVASI pelajar.
Melalui Teenzonia Explorace, kami membawa aktiviti interaktif, ceramah motivasi, dan bimbingan kerjaya untuk membantu pelajar melihat pendidikan sebagai kunci masa depan yang lebih cerah! ๐
โ
Bagaimana Kami Mengukur Kejayaan Program?
๐ Analisa T-Paired terhadap perubahan pelajar sebelum dan selepas program berjaya membuktikan secara statistik keberjayaan intervensi program.
๐ 99% maklum balas positif daripada pelajar
๐ 100% pelajar menerima panduan kerjaya
๐ 100% pelajar terlibat dalam pertandingan & pelajar yang memerlukan rujukan kesihatan mental diberi perhatian.
๐ Bersama kita bangunkan generasi yang lebih berdaya saing!
Hubungi kami di:
[email protected]