CMN Academy Icon Mumtaz

CMN Academy Icon Mumtaz We provide Home-Based Education around Malaysia with HOTS Module such as Home Tuition, Online Tuitio

Kepakaran kami membantu anak anda berjaya & cemerlang dalam akademik dan anda sekeluarga hebat dalam membaca al Quran beserta tajwid.

Cuti sekolah kali ni, apa kata anda ambil 1 hari untuk hantar anak ke program yang dapat bantu mereka dalam Matematik......
23/02/2024

Cuti sekolah kali ni, apa kata anda ambil 1 hari untuk hantar anak ke program yang dapat bantu mereka dalam Matematik...
Program yang Seronok, Menarik & Berimpak disamping dapat belajar & tingkat kefahaman Matematik anak anda...

Khas buat pelajar Tahun 4, 5 & 6 serta pelajar Tingkatan 1, 2 & 3...
Jom bawa anak anda sertai

Program Cuti Sekolah :
SERONOKNYA MATH & BESTNYA MATH!!
Apa yang Menarik?
🤩 Perkongsian dari 2 pendidik berpengalaman dalam Matematik!
🤩 Aktiviti pembelajaran hands-on & gamifikasi yang menarik & seronok.
🤩 Aktiviti Fun-Learning dari modul 'Fun Math At Home' & 'Fun Math Algebra'
🤩 Program sesuai untuk anak yang level Basic hingga Advance.
Info Program & Pendaftaran:
TAHUN 4-6
Tarikh : 26 Februari 2024 (Isnin)
Masa : 9 pagi - 1 petang
Tempat : Dewan Orang Ramai, Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi.
Daftar di https://digylearn.com/seronoknyamath
TINGKATAN 1-3
Tarikh : 26 Februari 2024 (Isnin)
Masa : 2 petang - 5.30 petang
Tempat : Dewan Orang Ramai, Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi.
Daftar di https://digylearn.com/bestnyamath
Yuran hanya RM30/pax
TERHAD untuk 50 orang sahaja setiap sesi!!
Daftar sekarang!
Untuk pertanyaan, whatsapp
https://wasap.my/601115775761
Mulakan persediaan sesi persekolahan baru 2024 anak anda dengan pengetahuan Matematik yang lebih Mantap!
Program ini dibawakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Dun Paroi, KRT Pangsapuri Rakyat Seri Perdana dan CMN Academy.

Tengah struggle study last minute untuk paper Akaun SPM?Nak kami bantu persiapan akhir anda menjelang paper Akaun SPM pa...
10/02/2024

Tengah struggle study last minute untuk paper Akaun SPM?
Nak kami bantu persiapan akhir anda menjelang paper Akaun SPM pada 5 Mac 2024 nanti?
Kami nak ajak anda join Seminar Countdown Prinsip Akaun SPM
bersama Cikgu Akin!
Apa kelebihan anda join seminar ini?
✅ Last-minute preparation untuk paper Akaun SPM
✅ Speaker berpengalaman yang dah bantu ramai pelajar ubah result dan cemerlang
✅ Gaya pembelajaran lebih seronok & santai tapi sampai
✅ Kaedah belajar Akaun secara visual!
✅ Modul pembelajaran Istimewa yang mudah faham dan lebih ringkas
Seminar ini 100% secara online!
Info Seminar Countdown Prinsip Akaun SPM
Tarikh : 26 Feb 2024 (Isnin)
Masa : 9 pagi - 5 petang
Platform : Zoom
Hanya terbuka kepada 50 yang terawal!!!
Nak lebih bersedia hadapi paper Prinsip Akaun SPM?
Klik https://tinyurl.com/countdownspm-akaun sekarang!!


5y+3=7Algebra? Susahnye...Macam mana nak selesaikan soalan berbentuk Algebra ni?Algebra merupakan salah satu topik penti...
21/12/2023

5y+3=7

Algebra? Susahnye...

Macam mana nak selesaikan soalan berbentuk Algebra ni?

Algebra merupakan salah satu topik penting dalam Matematik, yang mana selalu memerangkap & membuatkan pelajar tak dapat skor.

Jadi macam mana nak kuasai Algebra supaya dapat cemerlang Matematik?

Jom kami bantu!
https://cmnacademy.com/5-tip-kuasai-algebra/



Setuju tak yang ramai pelajar susah nak fokus terutamanya jika belajar di rumah?Anak anda ada yang kejap ke dapur, kejap...
03/12/2023

Setuju tak yang ramai pelajar susah nak fokus terutamanya jika belajar di rumah?

Anak anda ada yang kejap ke dapur, kejap masuk toilet, kejap pegang smartphone, scroll.. eh lama p**ak....

Ada yang buka buku, tapi mata kat tv.

Haa... susah ke nak fokus masa belajar ni?

Jom kami kongsi Tip Fokus Ketika Belajar
https://cmnacademy.com/tip-fokus-ketika-belajar/

Semoga dapat bantu sedikit sebanyak untuk pembelajaran yang lebih berimpak!




Semua orang pernah mengalami stress.Baik atau buruknya satu-satu stress itu bergantung kepada bagaimana cara kita untuk ...
20/11/2023

Semua orang pernah mengalami stress.

Baik atau buruknya satu-satu stress itu bergantung kepada bagaimana cara kita untuk hadapinya.

Semenjak dua menjak ini, kita risau mendengar pelajar yang membuat keputusan kurang tepat bila berdepan dengan stress, sehingga menjurus kepada peningkatan pelbagai kes akibat tertekan sehingga ada yang sanggup menamatkan riwayat sendiri.

Kita sebagai ibu bapa & pendidik harus lebih prihatin & bersikap ambil tahu dalam membantu pelajar melalui stress yang saban hari mendatang & lebih mencabar.

Ini 5 Tip Kendali Stress yang sesuai diamalkan untuk pelajar.
https://cmnacademy.com/6-tip-mengendalikan-stress-untuk-pelajar/

Semoga bermanfaat 😊




Anda STRESS??   Stress bermaksud tekanan di bawah emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Banyak perkara boleh menjadi penyebab kepada berlakunya Stress di kalangan pelajar, antaranya masalah keluarga, pergaduhan, perselisihan faham, buli, pembelajaran, kewangan, kesih...

Anda ada anak2 sekolah rendah?Jom share ilmu   tentang Kemahiran Mengenalpasti Pembolehubah ni dengan mereka.https://cmn...
13/11/2023

Anda ada anak2 sekolah rendah?

Jom share ilmu tentang Kemahiran Mengenalpasti Pembolehubah ni dengan mereka.
https://cmnacademy.com/sains-upsr-kemahiran.../

Moga bermanfaat 😊

Bagi anak anda yang akan duduki ujian UKKM untuk ke MRSM,
boleh dapatkan 200 soalan Sains & Matematik di https://tinyurl.com/modullatihanukkm




  Jom kita ulangkaji salah satu Kemahiran Proses Sains (KPS) Mengawal Pemboleh Ubah.   Kenapa Pelajar Sekolah Rendah perlu kuasai topik Pembolehubah? Pelajar akan dapat kuasai & jawab soalan TUJUAN, PEMERHATIAN, INFERENS, HIPOTESIS dan KESIMPULAN dengan betul, bila sudah kuasai topik ini.     Jo...

Anak anda sudah daftar permohonan ke MRSM?Pastinya anak anda akan melalui UKKM nanti.Apa tu UKKM?UKKM adalah singkatan b...
09/11/2023

Anak anda sudah daftar permohonan ke MRSM?

Pastinya anak anda akan melalui UKKM nanti.
Apa tu UKKM?

UKKM adalah singkatan bagi Ujian Kecenderungan Kemas**an MRSM, yang mana setiap pelajar yang memohon untuk masuk ke MRSM, perlu melalui & lulus ujian ini.

Ia merupakan salah satu tapisan untuk anak anda terpilih ke MRSM.

Ujian ini merangkumi beberapa subjek, antaranya Bahasa Melayu, Sains & Matematik.

UKKM perlu diduduki untuk pemohonan ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4.
Bagi UKKM ke Tingkatan 1, soalan merangkumi silibus sekolah rendah tahun 4, 5 & 6.

Bagi pengambilan sesi 2024, UKKM sesi 1 akan diadakan pada 27 November – 16 Disember 2023.

Anak anda akan dapat sesi antara tarikh tersebut.
Anak anda perlu mahirkan diri untuk menjawab soalan- soalan dalam masa yang ditetapkan dengan memperbanyak latihan & menguasai topik-topik tahun 4, 5 & 6.

Boleh dapatkan hingga 200 soalan Matematik & Sains di https://tinyurl.com/modullatihanukkm

Apa dokumen yang perlu dibawa bersama semasa UKKM?

🔹2 salinan Surat Panggilan Menduduki UKKM atau ujian khas lain (bagi calon Program Ulul Albab, IGCSE, dan Teknikal).
🔹Kad Pengenalan calon (MyKad / MyKid).
🔹1 salinan slip gaji ibu bapa / penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang disahkan (jika tiada slip gaji / bekerja sendiri / lain-lain).
🔹1 salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris yang disahkan.

Bagaimana p**a Persediaan nak Lulus ujian UKKM ini?

✅Fahami Format
Kenal pasti struktur dan format ujian UKKM termasuk mata pelajaran yang diuji, jenis soalan, bilangan bahagian, dan masa yang diberikan.
✅Kaji Silibus
Pastikan anda memahami silibus dan konsep asas dalam setiap mata pelajaran yang diuji. Luangkan masa untuk mengulangkaji nota dan buku teks.
✅Latihan Soalan
Banyakkan percubaan menjawab soalan-soalan latihan dan ujian lepas (tahun-tahun sebelumnya). Ini dapat membantu dalam memahami jenis soalan yang mungkin muncul.
✅Urus Masa
Latih kemahiran pengurusan masa semasa ujian agar dapat menjawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan. Ia boleh dilakukan dengan latihan menjawab soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi melatih kecekapan dalam menjawab.
Nak lebih 200 soalan Sains & Matematik persediaan menghadapi UKKM?
Modul Digital ‘KBAT MATEMATIK & SAINS (PERSEDIAAN UKKM)’
https://tinyurl.com/modullatihanukkm
✅Kemahiran Berfikir Kritis
Latih kemahiran menganalisis dan menjawab soalan dengan bijak kerana ujian ini mungkin menguji kemahiran berfikir kritis anak anda.
✅Bimbingan & Dorongan
Bimbingan dari anda sebagai ibu bapa serta keluarga amat penting bagi mewujudkan rasa positif & semangat berterusan untuk berusaha. Sekiranya boleh, cari bimbingan tambahan daripada guru atau guru tuisyen yang mahir dalam mata pelajaran yang diuji.
Semoga bermanfaat 😊




Anak anda pelajar SPM? Selalu tak minat belajar Sejarah & susah nak skor?Jom kita bantu mereka belajar Sejarah dengan le...
24/10/2023

Anak anda pelajar SPM?

Selalu tak minat belajar Sejarah & susah nak skor?

Jom kita bantu mereka belajar Sejarah dengan lebih Seronok!

https://cmnacademy.com/bagaimana-skor-sejarah-spm-dengan-belajar-lebih-seronok/

Semoga bermanfaat 😊



Sejarah?! Seronoknya… Ramai pelajar masih kurang ‘excited’ bila dengar kena belajar subjek Sejarah. Sampai ada yang nak dapat Lulus pun susah sangat.   Ada beberapa faktor kenapa pelajar masih tak dapat skor Sejarah. #1 Info dalam ayat yang panjang berjela #2 Bahan belajar yang tak menarik #3...

Matematik ni SERONOK!Ada anak anda yang agak s**ar nak rasa macam ni?Tip ni mungkin bermanfaat untuk anda bantu anak2 le...
21/10/2023

Matematik ni SERONOK!

Ada anak anda yang agak s**ar nak rasa macam ni?

Tip ni mungkin bermanfaat untuk anda bantu anak2 lebih s**a & meningkat dalam Matematik.

https://cmnacademy.com/belajar-matematik-dengan-seronok/




Boleh ke belajar Matematik in a fun way? Best ke subjek Matematik ni? Jawapannya ialah Ya!   Kita boleh belajar subjek Matematik dengan seronok dan tak cepat bosan. Nak tahu macam mana?   Haa.. berikut merupakan beberapa tips macam mana nak menjadikan subjek Matematik ni lebih seronok…   #1 Bel...

“Alah, anak saya sekolah rendah lagi, tak perlu la tuisyen2 ni.”Betul ke murid sekolah rendah tak perlukan tuisyen?Betul...
06/10/2023

“Alah, anak saya sekolah rendah lagi, tak perlu la tuisyen2 ni.”

Betul ke murid sekolah rendah tak perlukan tuisyen?

Betul, bukan semua murid sekolah rendah perlukan tuisyen.
Ada beberapa situasi yang menjadikan tuisyen itu perlu untuk seseorang murid.

Antaranya,

💁Kes**aran subjek tertentu

Bagi sesetengah pelajar, ada subjek yang mereka rasa payah untuk faham dan kuasai. Ada kala disebabkan soalan yang agak s**ar seperti soalan KBAT yang beraras tinggi juga membuatkan pelajar rasa susah.

Sesetengah murid p**a mungkin sejenis yang tak dapat tumpukan perhatian dalam kelas yang ramai di sekolah atau agak lambat untuk terima/faham sesuatu topik.

Jadi dengan adanya tuisyen, pembelajaran dapat difokuskan untuk subjek ini dan isu mereka dapat ditangani secara lebih berfokus.

💁Bantuan kepada ibu bapa

Ada ibu bapa yang mungkin letih bila seharian di tempat kerja, jadi tak dapat nak mengajar anak di rumah.

Silibus yang sering bertukar ganti dan kepakaran/pengetahuan dalam sesuatu subjek juga mungkin agak menyukarkan ibubapa untuk mengajar anak.

Jadi tutor atau guru tuisyen yang berpengetahuan tentang subjek berkaitan dapat membantu anak belajar di rumah dan melegakan hati ibu bapa.

💁Persiapan untuk ujian penting

Bagi pelajar sekolah rendah, ujian penting yang besar kini adalah seperti ujian kemasukkan ke sekolah terpilih seperti sekolah berasrama penuh, sekolah menengah agama dan MRSM.

Jadi bagi membantu mereka untuk lebih bersedia terutamanya dari segi penguasaan akademik atau bahasa, tuisyen dapat memainkan peranan membantu pembelajaran tambahan di rumah untuk lebih impak.

Nak anak anda dibantu dengan tuisyen di rumah?

Tuisyen Personal 1 to 1 Online @ Offline
Whatsapp untuk kami bantu 👉 https://wa.link/s06gqi




Anak remaja  anda susah nak kuasai Matematik?Jom kami kongsikan Tip Bijak Matematik Sekolah Menengah!Sebar2kan ye untuk ...
11/09/2023

Anak remaja anda susah nak kuasai Matematik?

Jom kami kongsikan Tip Bijak Matematik Sekolah Menengah!

Sebar2kan ye untuk manfaat bersama :)

https://www.digylearn.com/tip-bijak-matematik-sekolah-menengah



Menjadi pelajar cemerlang dalam matematik di sekolah menengah, atau mana-mana peringkat pendidikan, melibatkan gabungan strategi dan pendekatan.

Selamat menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat semua calon. Semoga segala urusan akan dipermudahkan d...
19/02/2023

Selamat menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat semua calon.

Semoga segala urusan akan dipermudahkan dan ilmu yang telah dicurahkan oleh warga pendidik akan sentiasa diingati.

All The BEST buat semua. 🥰
Tenang-tenang saja ya. 😉

-ikhlas dari kami warga Funtastic, CMN Academy & Tutor Profesional Malaysia





Address

E-6-1, Bangi Gateway
Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CMN Academy Icon Mumtaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to CMN Academy Icon Mumtaz:

Shortcuts

Share