05/06/2026
π TAHNIAH PROF. DR. ABDUL BASIR MOHAMAD π
Warga Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad dari Pusat Kajian Syariah atas kenaikan gred ke jawatan Profesor Gred VK6.
Pencapaian ini merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan, dedikasi dan kecemerlangan beliau dalam bidang akademik, penyelidikan, penerbitan serta pembangunan ilmu di Fakulti Pengajian Islam dan UKM secara keseluruhannya.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga FPI untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh budaya ilmu dan meningkatkan prestasi dalam pelbagai bidang. Mudah-mudahan rezeki dan pengiktirafan yang diperoleh ini turut menyuntik semangat baharu kepada seluruh warga fakulti untuk terus berganding bahu mengangkat nama FPI dan UKM ke tahap yang lebih gemilang di persada antarabangsa.
Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga terus cemerlang dalam memacu kecemerlangan ilmu, penyelidikan dan kepimpinan akademik.
04/06/2026
π TAHNIAH JURNAL ISLΔMIYYΔT! π
Warga Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jurnal IslΔmiyyΔt: The International Journal of Islamic Studies atas penerbitan Vol. 48 (1), Jun 2026 serta pencapaian yang membanggakan sebagai jurnal yang terus tersenarai dalam pangkalan data Scopus.
Lebih membanggakan, berdasarkan data terkini Scopus, IslΔmiyyΔt mencatat CiteScore 2025 sebanyak 0.5 dengan kedudukan 319 daripada 760 jurnal dalam kategori Religious Studies, sekali gus berada dalam 57th percentile. Pencapaian ini mencerminkan peningkatan pengaruh dan keterlihatan jurnal dalam komuniti akademik antarabangsa.
Kejayaan ini merupakan hasil komitmen berterusan pasukan editorial, panel penilai, penulis serta semua pihak yang menyumbang kepada pengukuhan budaya penyelidikan dan penerbitan ilmiah di Fakulti Pengajian Islam. Ia juga membuktikan bahawa karya-karya ilmiah dalam bidang Pengajian Islam terus mendapat pengiktirafan di peringkat global.
Semoga IslΔmiyyΔt terus berkembang sebagai wadah penerbitan ilmiah yang berwibawa, memperkukuh reputasi FPI UKM sebagai peneraju penyelidikan dan penerbitan dalam bidang Pengajian Islam di peringkat antarabangsa.
π Akses jurnal:
https://ejournal.ukm.my/islamiyyat
β¨ Memartabatkan ilmu, memperkasa penyelidikan, mengangkat Pengajian Islam ke persada dunia.
ejournal.ukm.my
03/06/2026
πΏ KUNJUNGAN HORMAT JABATAN M***I SARAWAK KE FPI UKM πΏ
Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan M***i Sarawak yang diketuai oleh Sahibul Fadhilah Tuan Haji Ahmad Sukarno Hj. Saini, Pengarah merangkap Timbalan M***i Sarawak pada 3 Jun 2026.
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat keilmuan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan antara institusi akademik dan institusi fatwa. Pelbagai perkara telah dibincangkan, khususnya potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan, seminar, penerbitan ilmiah serta pembangunan kepakaran yang melibatkan isu-isu fatwa, falak, ajaran sesat, teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).
Turut disentuh ialah cabaran dan isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Sarawak serta keperluan memperluas jaringan kerjasama dalam aspek pembangunan bakat, latihan profesional dan pengembangan kerjaya. Perbincangan ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk memastikan ilmu dan kepakaran dimanfaatkan secara berkesan demi kepentingan ummah.
Semoga kunjungan ini menjadi titik tolak kepada pelbagai inisiatif strategik yang dapat memperkukuh pembangunan ilmu Islam, memperkasa institusi fatwa serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara berterusan.
Apabila institusi ilmu dan institusi fatwa berganding bahu, lahirlah penyelesaian yang lebih berwibawa untuk masyarakat dan negara.
***iSarawak
19/05/2026
π 56 TAHUN UKM, 56 TAHUN FPI MENYUMBANG UNTUK UMMAH DAN NEGARA π
18 Mei bukan sekadar tarikh penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, tetapi juga menandakan perjalanan panjang Fakulti Pengajian Islam sebagai antara fakulti terawal yang membina identiti UKM sejak tahun 1970.
Selama 56 tahun, FPI terus berkembang sebagai pusat ilmu yang melahirkan tokoh akademik, pendakwah, pemimpin masyarakat, penyelidik dan alumni yang menyumbang di pelbagai peringkat β dalam dan luar negara.
Daripada tradisi keilmuan Islam, dakwah, syariah, bahasa Arab, usuluddin hinggalah kepada penerokaan bidang kontemporari seperti media digital, AI dan masyarakat semasa, FPI terus bergerak seiring dengan aspirasi Universiti Watan Kita.
Terima kasih kepada seluruh warga FPI β pensyarah, kakitangan, pelajar, alumni dan rakan strategik β yang terus istiqamah memartabatkan ilmu, mutu dan budi.
UKM dan FPI bukan sekadar institusi, tetapi sebuah legasi perjuangan ilmu yang terus hidup merentas generasi.
Selamat Ulang Tahun ke-56 UKM! πΏ
19/05/2026
β¨ SEKALUNG TAHNIAH BUAT WARGA FPI UKM β¨
Fakulti Pengajian Islam, UKM merakamkan ucapan tahniah kepada:
π Dr. Anwar Muttaqin
Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam
atas pengesahan jawatan sebagai
Pensyarah Universiti (Gred DS13)
dan
π En. Iqbal Hamdan
Unit Bahasa Arab
atas pengesahan jawatan sebagai
Guru Bahasa (Gred DG9)
Pengesahan jawatan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan khidmat bakti yang telah dicurahkan dalam memperkasa bidang akademik serta pembangunan ilmu di Fakulti Pengajian Islam.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam perkhidmatan, memperkukuh budaya ilmu serta menyumbang dengan lebih bermakna kepada fakulti, universiti dan masyarakat.
β¨ Setiap langkah dalam dunia akademik bukan sekadar kenaikan jawatan, tetapi amanah untuk terus menyebarkan ilmu dan membina generasi.
16/05/2026
βοΈ PENDAFTARAN DIPLOMA PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN GUAMAN ISLAM KINI DIBUKA! βοΈ
π Program Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam (DPKGI)
Sesi Akademik 2026/2027
Ingin memperkukuh pengetahuan dan kompetensi dalam bidang kehakiman serta guaman Islam? Inilah peluang terbaik untuk melangkah lebih jauh dalam dunia profesional Syariah dan perundangan Islam.
Program DPKGI Fakulti Pengajian Islam, UKM dirangka khusus untuk melahirkan tenaga profesional yang berkemahiran, berintegriti dan memahami realiti semasa pentadbiran kehakiman serta guaman Islam di Malaysia.
π Maklumat lanjut program:
Laman Rasmi DPKGI FPI UKMοΏΌ
https://www.ukm.my/fpi/dpkgi/
π Pendaftaran boleh dibuat di:
https://join.ukm.myοΏΌ
ποΈ Tarikh tutup permohonan:
7 Ogos 2026
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga profesional dalam bidang kehakiman dan guaman Islam bersama Fakulti Pengajian Islam UKM.
15/05/2026
π JEJAK ILMU MERENTASI NUSANTARA: SISWAZAH FPI UKM MENYANTUNI DUNIA AKADEMIK DI RIAU π
Delegasi tujuh orang pelajar siswazah daripada Program Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM telah berjaya menamatkan Program Mobiliti Jejak Ilmu Bumi Nusantara di Universiti Islam Negeri (UIN) Sultan Syarif Kasim (Suska), Riau, Indonesia pada 7 hingga 9 Mei 2026 yang lalu. Program ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada komponen penilaian kursus PPPC6543 Seminar Bahasa Arab sebagai Bahasa Utama di bawah bimbingan Dr. Lily Hanefarezan binti Asbulah.
Sepanjang tiga hari program berlangsung, para pelajar bukan sahaja membawa nama UKM, malah membuktikan kemampuan untuk berinteraksi, berdiskusi dan membentangkan idea ilmiah sepenuhnya dalam Bahasa Arab bersama mahasiswa sarjana UIN Suska. Wacana akademik yang berlangsung menjadi medan latihan keyakinan, ketajaman pemikiran serta pengukuhan budaya ilmu rentas negara.
Turut menjadi sorotan utama ialah jemputan khas kepada Dr. Lily Hanefarezan Asbulah untuk menyampaikan syarahan berkaitan peranan Kecerdasan Buatan (AI) dalam pengajaran Bahasa Arab kepada mahasiswa perguruan UIN Suska. Perkongsian ini memperlihatkan kesediaan FPI UKM menerajui integrasi teknologi dalam pendidikan bahasa Arab di peringkat serantau.
Program ini juga diserikan dengan penglibatan pelajar UKM dalam aktiviti pengimarahan kampus. Saudara Muhammad Naβim bin Mohamed Nasir telah diberi penghormatan menjadi Imam Solat Jumaat di Masjid Al-Jamiβah UIN Suska, satu pengiktirafan yang mencerminkan kewibawaan dan keterampilan mahasiswa FPI UKM. Selain itu, para peserta turut berpeluang bertemu dan menerima tausiyah daripada pendakwah terkenal Nusantara, Ustaz Abdul Somad (UAS), yang memberikan suntikan motivasi serta penghayatan terhadap peranan ilmu dan dakwah dalam masyarakat.
Program mobiliti ini bukan sekadar lawatan akademik, tetapi sebuah pengalaman yang membina jati diri, memperluas horizon pemikiran serta mengukuhkan jaringan kerjasama ilmu antara institusi serantau. Semoga inisiatif seperti ini terus melahirkan graduan UKM yang kompeten, berdaya saing dan mampu membawa citra ilmu Islam ke pentas antarabangsa.
13/05/2026
πΏ MAJLIS PENYERAHAN GERAN PENYELIDIKAN BERSAMA MAIK πΏ
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima kunjungan daripada YH Datoβ Haji Mohd Anis bin Hussein, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), sempena Majlis Penyerahan Geran Penyelidikan bagi projek:
π βPembangunan Model Kepimpinan Kerohanian Masyarakat Orang Asli Kelantanβ
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan ilmiah ini turut menjadi medan perbincangan strategik antara FPI UKM dan MAIK berkaitan potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan, pembangunan masyarakat serta pemerkasaan institusi Islam.
Geran penyelidikan yang disalurkan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh pembangunan komuniti Orang Asli melalui pendekatan ilmu, kepimpinan kerohanian dan penyelidikan berimpak tinggi.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak MAIK atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada Fakulti Pengajian Islam UKM. Semoga kerjasama ini terus berkembang demi manfaat masyarakat dan pembangunan ummah secara berterusan.
β¨ Apabila institusi ilmu dan institusi ummah berganding bahu, lahirlah manfaat yang lebih besar untuk masyarakat.
08/05/2026
β¨ TAHNIAH KEPADA PENERIMA APC 2025 β¨
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Fakulti Pengajian Islam, UKM yang berjaya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap komitmen, dedikasi dan usaha berterusan dalam melaksanakan amanah serta menyumbang kepada kecemerlangan fakulti dan universiti.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga FPI untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik, memperkukuh budaya kerja cemerlang dan memartabatkan institusi ilmu dengan penuh integriti dan profesionalisme.
β¨ Kecemerlangan bukan destinasi, tetapi budaya yang dibina bersama.
07/05/2026
πΏ HARI SUARA SEDUNIA & MUZAKARAH PEMEGANG TAULIAH WP 2026 πΏ
Alhamdulillah, program Hari Suara Sedunia sempena Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Kali Ke-2 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Mei 2026 di Dewan Sheikh Othman Sarawak, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Program ini merupakan kolaborasi bermakna antara Jabatan M***i Wilayah Persekutuan dan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam memperkukuh peranan suara sebagai medium utama penyampaian dakwah.
Pelbagai pengisian ilmiah telah dikongsikan, antaranya berkaitan syarat pemegang tauliah, isu fatwa semasa, keselamatan negara serta aspek penjagaan suara daripada perspektif kesihatan oleh pakar Jabatan Otorinolaringologi HCTM-UKM. Pengisian ini memberi kesedaran bahawa suara yang sihat merupakan aset penting bagi para pendakwah dan pendidik masyarakat.
Program turut diserikan dengan penganjuran Klinik Bergerak dan saringan kesihatan suara percuma kepada warga UKM dan peserta muzakarah sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan para daiβ secara holistik.
Majlis diakhiri dengan ucaptama oleh S.S. Tuan Ahmad Fauwaz bin Fadzil @ Ali, M***i Wilayah Persekutuan, serta perasmian penutup oleh YBhg. Prof. Dr. Bariah Mohd Ali. Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh menjadi manfaat dalam memperkasa dakwah dengan suara yang lebih berwibawa dan berhikmah.
β¨ Memperkasakan suara, memartabatkan budi.
***iWP