23/08/2026
UKM Santuni Keluarga Mahasiswa yang Meninggal Dunia Melalui Ziarah Prihatin dan Penyaluran Sumbangan
Skudai, Johor – Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan mahasiswa dan keluarga, Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Ziarah Prihatin ke kediaman keluarga Allahyarhamah Nurul Syazwani binti Jamil, pelajar Ijazah Sarjana Muda Fakulti Sains Telnologi FST UKM yang telah kembali ke rahmatullah akibat demam denggi.
Delegasi UKM diketuai oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dr. Mohd Fadhli Shah Khaidzir, Timbalan Pengarah (Kebajikan dan Kesejahteraan Pelajar), serta Encik Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Kebajikan dan Bantuan Pelajar, HEP-UKM.
Ziarah ini diadakan bagi menzahirkan rasa dukacita dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah, di samping menyerahkan sumbangan kebajikan berjumlah RM18,000.00 bagi membantu meringankan beban waris.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan UKM dalam menyantuni kebajikan mahasiswa dan keluarga, khususnya ketika berdepan saat-saat yang sukar.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga Allahyarhamah serta mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah.
Al-Fatihah.