18/11/2025
Masa mula-mula saya tinggalkan kerjaya sebagai pensyarah, saya tak ada plan besar pun.
Saya masih sayangkan kerjaya saya.
Walaupun saya minat mengajar, tapi ada sesuatu yang saya masih cari.. ‘soul fulfilment’
Saya cuma fikir, “Apa benda yang aku boleh buat… yang boleh bantu orang, dan dalam masa sama jana pendapatan?”
Daripada pengalaman saya sebagai tutor dulu, saya mula hasilkan ebook untuk bantu tutor lain mulakan dan buat kelas tuisyen yang ‘beyond expectation’.
Tak sangka, ebook pertama saya masa tu bantu kami untuk jana pendapatan dan berkembang ke seluruh Malaysia.
Tapi nak siapkan tu hampir setahun jugalah..Tak confident lah..walaupun dah invest banyak jugalah untuk belajar.
Sempatlah merasa Road Tour buat training.
Tapi yang lebih penting… saya dapat maklumbalas dari tutor yang kata mereka lebih yakin dan jelas nak start dan ajar student lepas baca & ikut panduan tu. Memang ‘priceless’.
Dari ebook kemudian online course untuk Tutorpreneur, kat sini saya bereksperimen dengan pelbagai method dan dengan modul-modul elearning.
Ada modul yang menjana sehingga 6 angka dengan Teknik Valad.
Lepas tu saya rasa nak cuba sesuatu yang lebih hands-on.
Kami mula buat modul pembelajaran, mula-mula untuk subjek STEM, lepas tu modul Sains, Matematik, sampai ada juga modul Sejarah is Simple yang saya cuba sampaikan secara infografik supaya pelajar mudah faham.
Benda ni jadi “passion” saya untuk beberapa tahun.
Uji sana sini. Adjust ikut feedback cikgu dan pelajar.
Dapat jemputan buat bengkel dengan guru-guru dan pelajar sekolah..Masuk inovasi, konvensyen, competition, publish journal…hadap je semua liku-liku kehidupan walaupun mencabar sebab tak pernah buat dan tiada proper guide 😄
“Kalau aku boleh buat modul dan bantu pelajar…
macam mana p**a kalau aku bantu orang lain buat modul mereka sendiri?”
Lama-kelamaan, baru berani nak kongsikan cara hasilkan modul sendiri kepada umum.
Mula-mula tu memang warga pendidik sahaja yang join..lama-lama makin merebak ke bidang lain juga.
Masa tu saya terfikir…
THE TRIANGLE LEGACY – 3 Bentuk Masterpiece, 3 Bentuk Impak
Dari situ, lahirlah satu framework yang saya guna sampai hari ni.
Saya namakan ia sebagai: The Triangle Legacy.
Tiga bentuk modul.
Tiga cara untuk sampaikan nilai.
Tiga langkah bina Masterpiece kita sendiri.
1. DIGITAL PRODUCT
Ebook, e-learning, video course, gamification ni antara bentuk paling fleksibel. Sekali buat, boleh reach ramai orang.
Saya pernah terima feedback Tutorpreneur yang kata, dia kata asbab satu video ni, dia improvise apa yang dia buat sekarang dan tak sangka dia dah sampai level sekarang.
2. PHYSICAL PRODUCT
Bila kita ada buku, flashcard, kit pembelajaran ia beri sentuhan emosi. Boleh disimpan. Boleh dijual dan dihadiahkan. Ada elemen ‘autoriti’ dan trusted.
Ada Usahawan Brunei yang dapatkan buku saya alhamdulillah dapat jemputan buat bengkel di sana baru-baru ni.
Saya masih ingat lagi… masa hasilkan modul bercetak pertama, saya pegang dan cakap dalam hati, “Ni hasil titik peluh aku.”
Dan bila orang mula minta tandatangan… saya rasa, “Wow, ni bukan sekadar modul. Ni legasi duniawi n ukhrawi .” Bajet artis sangat..padahal semuanya dariNya.
Dari buku juga sebenarnya banyak peluang akan mula terbuka jika kena pada sasaran.
3. PROGRAM / LIVE COACHING / BENGKEL
Ni paling saya s**a. Kita boleh connect terus dengan audiens. Boleh tengok reaksi mereka. Bila ada yang dapat “aha moment” masa bengkel, itu yang bagi rasa puas sangat.
Ada peserta pernah cakap,
“Coach… saya tak tahu pun saya ada potensi ni. Selama ni rasa macam biasa-biasa je.”
Dan hari ni, dia dah ada modul sendiri. Siap menang award lagi.
Semua orang boleh cipta legasi. Paling best modul anda boleh jadi ‘Licensing’ untuk orang lain guna.
Tapi jangan pelik, 80% yang saya jumpa memang kebanyakan tak yakin mulanya.
Kalau kita pun dah sabotaj diri sendiri awal-awal, ingat orang lain ada masa ke nak cantas kita 😅
Ada takut kena kecam. Kalau dah buat benda baik pun kena kecam, korang dapat pahala kot..
Dulu passion, sekarang dah jadi ‘life calling’.
Kesyukuran saya bila tengok ramai antara mereka dah mula jana pendapatan, bina jenama, dan beri impak dalam komuniti, masyarakat dan ummah dalam kapasiti masing-masing
Tak kisah anda baru nak mula,
Atau dah ada modul tapi tak tahu nak kembangkan…
Saya jemput anda join Webinar The Next Level Edupreneur . Hadiah je..bagi peluang untuk dengar dan buat keputusan sendiri. 👇
Bukan sebab saya dah tahu semua. Tapi sebab saya pernah lalui jalanan berliku ini.
Dan saya percaya setiap orang ada legasi yang belum ditulis.
Kalau ada masa boleh dengar juga..nak dengar radio atau webinar..it’s up to you 😃
Still belajar.