22/04/2026
Persatuan Seni Silat Hang Tuah Malaysia
Persatuan Seni Silat Hang Tuah Malaysia ditubuhkan pada 5 April 2016 di bawah Akta Pertubuhan 1966. No. Pendaftaran: PPM-016-10-05042016
22/04/2026
20/04/2026
19/04/2026
16/03/2026
TAHNIAH! TUJUH PESILAT WANITA BERJAYA MELEPASI UJIAN TAHAP SILAT HANG TUAH
Alhamdulillah. Pada 11 Mac lalu bertempat di Studio Silat Hang Tuah Bangi, ujian tahap Silat Hang Tuah dijalankan kepada tujuh pesilat wanita yang telah menjalani latihan sepanjang setahun bermula pada Januari 2025 yang lalu. Ketujuh-tujuh pesilat ini menjalani tahap Ilmu Pendekar.
Ketujuh-tujuh pesilat yang berjaya lulus berikut adalah:
1. Nur Auni Binti Jamaluddin
2. Nur Qurrotuโaini Binti Ab Rahman
3. Huda Sofiyya Binti Ahmad Hafiz
4. Ieman Binti Abdul Razif
5. Fatimah Bazilah Binti Nazari
6. Saidatul Aqma Binti Madzlan
7. Eda Haryanie Binti Ab Rashid
Ujian tahap ini menilai aspek teknik gerakan silat dan pertarungan. Sesi dimulakan dengan solat isyak dan tarawih berjemaah sebelum memulakan ujian.
Tiga orang jurulatih silat wanita yang berkuatkuasa menilai:
1. Cikgu Khaulah binti Fadzlan Shahidi (Pemegang Tauliah Jurulatih Silat PESAKA Tahap 1 dan Tauliah Sains Sukan ISN Tahap 1)
2. Cikgu Nurul Hajjar binti Atan (Pemegang Tauliah Jurulatih Silat PESAKA Tahap 1)
3. Cikgu Nur Eisyatin Radhiah binti Annuar (Pemegang Tauliah Jurulatih Silat Hang Tuah)
Tahniah sekali diucapkan kepada semua pesilat dan jurulatih yang berdedikasi. Terus bersilat dan menyebarkan perasaan bangga terhadap warisan budaya Melayu ini kepada masyarakat.๐๐ป๐๐ป
*PESAKA: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Badan Induk Silat di Malaysia)
*ISN: Institut Sukan Negara
==========
Nak jadi seperti mereka? Lepas raya jika berminat untuk menyertai silat wanita, klik nombor Whatsapp yang tertera: 011 6743 1753 ๐
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
37-1, Jalan Universiti Bangi 1, Taman Universiti
Bangi
43000