Pusat PERMATApintar Negara UKM

Pusat PERMATApintar Negara UKM Kajian menunjukkan terdapat seorang pelajar pintar dan berbakat bagi setiap 10,000 orang kanak-kanak (Tidwell, 1980).
(205)

VISI & MISI KAMI

Pusat GENIUS@pintar Negara berhasrat untuk menjadi institusi terulung dalam mempelopori keperluan pelajar pintar cerdas dan dalam membentuk generasi bitara bangsa yang menyumbang kepada kesejahteraaan sejagat. Misi utama Pusat GENIUS@pintar Negara, UKM adalah untuk menjadi pemimpin bertaraf dunia dalam pendidikan pintar dengan menyediakan pengalaman pendidikan yang holistik bagi pelajar pintar dan berbakat.

Tahniah alumni PERMATApintar!
15/07/2026

Tahniah alumni PERMATApintar!

🧠 PENYELIDIK MUDA UKM JADI DUTA ANTARABANGSA PENYELIDIKAN ALZHEIMER 🌍

Pelajar Sarjana Sains Perubatan, Fakulti Perubatan, UKM, Zairin Zulaikha Harun, telah mengharumkan nama Malaysia apabila dipilih sebagai duta The International Society to Advance Alzheimer's Research and Treatment (ISTAART) di bawah The Alzheimer's Association bagi sesi 2026/2027.

🇲🇾✨ Pemilihan ini membuktikan keupayaan penyelidik muda Malaysia untuk bersaing di pentas antarabangsa, khususnya dalam bidang neurosains, penyakit Alzheimer dan demensia.

🔬🌟 Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai penyelidik muda Malaysia untuk terus meneroka ilmu, menghasilkan inovasi dan menyumbang kepada kemajuan sains demi kesejahteraan sejagat.

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim
Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM




Selamat datang pelajar baharu ASASIpintar UKM!
14/07/2026

Selamat datang pelajar baharu ASASIpintar UKM!

🏆TAHNIAH DAN SYABAS! Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan...
14/07/2026

🏆TAHNIAH DAN SYABAS!

Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada pasukan pelajar Kolej PERMATA@Pintar Negara atas kejayaan meraih Pingat Emas 🥇 dalam Kategori Star Innovator sempena Innovation & Invention Challenge (INNVEC 5.0) menerusi projek inovasi Nova Sensor.

Kejayaan ini membuktikan kecemerlangan pelajar PERMATA@Pintar Negara dalam bidang penyelidikan, inovasi dan reka cipta, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan institusi dalam melahirkan modal insan berdaya saing, kreatif dan berimpak tinggi di peringkat kebangsaan.

🥇Penerima Anugerah:

1. Awwal Azzudin bin Awang
2. Mohammad Emyr Adam bin Eardie
3. Muhammad Danial Irfan bin Irwan

Pensyarah Penasihat:

Encik Ahmad Ameer Aizat bin Ahmad Zamri

Pertandingan yang berlangsung pada 7 Julai 2026 secara dalam talian ini dianjurkan oleh Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu dan Digit360.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang serta menginspirasikan warga PERMATA@Pintar Negara untuk terus mengorak langkah dalam menghasilkan inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.





📸 LENSA SEKITAR | PROGRAM "MEET THE EXPERT" BERSAMA PAKAR INDUSTRI AKUATIK DAN AKUAKULTUR DI KAMPUS BANGIPusat PERMATA@P...
13/07/2026

📸 LENSA SEKITAR | PROGRAM "MEET THE EXPERT" BERSAMA PAKAR INDUSTRI AKUATIK DAN AKUAKULTUR DI KAMPUS BANGI

Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan program "Meet the Expert" dengan kerjasama Aquaria KLCC sebagai platform pendedahan kepada pelajar terhadap bidang sains marin, akuakultur dan pemuliharaan hidupan akuatik.

Program yang berlangsung pada 2 Julai 2026 di Auditorium Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM ini menampilkan tiga tokoh berpengalaman dalam industri dan bidang penyelidikan, iaitu Prof. Dr. Murni Marlina Abd Karim, Timbalan Pengarah Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia, Ms. Wong Jieyi, Project Leader Save Our Seahorses Malaysia, serta Dr. Chong Shu Chuin, Veterinarian, Aquaria KLCC.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Yazrina Yahya, yang menyokong usaha memperkukuh pendedahan pelajar kepada bidang STEM, khususnya sains marin dan akuakultur melalui penglibatan bersama pakar industri.

Sepanjang program, para pelajar berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif termasuk Career Exploration Booth, Animal Interactions & Specimen Exhibition, sesi dialog bersama pakar industri marin dan akuatik, serta kuiz Kahoot yang menawarkan hadiah menarik. Program ini turut dikendalikan oleh moderator pelajar, Puteri Alya Safiyya Noor Haslam Amin.

Penganjuran program ini diharapkan dapat memperluas pengetahuan pelajar mengenai peluang kerjaya dalam bidang sains marin dan akuakultur, di samping menyemai minat terhadap pemuliharaan biodiversiti akuatik serta menyokong pembangunan modal insan berteraskan sains, teknologi dan inovasi.





🏆 TAHNIAH DAN SYABASPengurusan Kolej PERMATA@Pintar Negara merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada M...
13/07/2026

🏆 TAHNIAH DAN SYABAS

Pengurusan Kolej PERMATA@Pintar Negara merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Muhammad bin Sharif atas kejayaan cemerlang beliau meraih Anugerah Kumpulan Terbaik bagi Kategori Bahasa Melayu dalam Kem Dai Pena Muda 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dizahirkan kepada Puan Noorsyakina binti Simin atas komitmen, dedikasi dan bimbingan beliau selaku penasihat sehingga membolehkan pelajar mencapai kejayaan yang membanggakan ini.

Butiran program adalah seperti berikut:

• Program: Kem Dai Pena Muda 2026
• Penganjur: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN)
• Tarikh: 9 hingga 11 Jun 2026
• Tempat: Kuala Selangor Cabin Camp

Kejayaan ini mencerminkan kecemerlangan pelajar Kolej PERMATA@Pintar Negara yang bukan sahaja menyerlah dalam bidang akademik, malah turut menunjukkan keupayaan dalam penguasaan bahasa, kepimpinan dan pembangunan sahsiah. Pencapaian ini diharapkan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kolej untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan serta mengharumkan nama institusi di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.





🏛️ TAHNIAH DAN SYABASSeluruh warga Kolej PERMATA@Pintar Negara merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepa...
13/07/2026

🏛️ TAHNIAH DAN SYABAS

Seluruh warga Kolej PERMATA@Pintar Negara merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Nasreen Qasrina Nasry, Alumni Kolej PERMATA@Pintar Negara, atas kejayaan cemerlang beliau menerima tawaran melanjutkan pengajian di bawah Program Khas JPA MARA.

Perincian tawaran adalah seperti berikut:

• Institusi: Kolej MARA Seremban, Malaysia
• Bidang Pengajian: Sains Sosial
• Tajaan: Program Khas JPA MARA

Kejayaan ini merupakan dedikasi, kesungguhan, dan kecemerlangan akademik yang telah ditunjukkan sepanjang perjalanan pendidikan beliau. Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan keluarga, malah turut mengharumkan nama Kolej PERMATA@Pintar Negara.

Semoga Nasreen Qasrina Nasry terus cemerlang dalam pengajian, dipermudah segala urusan dalam menuntut ilmu, serta menjadi graduan yang berupaya menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara.





08/07/2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada 17 pelajar Malaysia yang telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa menerusi Koala Excellence Olympiad (KEO) 2026 Peringkat Antarabangsa di Macau!🏅

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"







🏆TAHNIAH PELAJAR PERMATA@PINTAR NEGARA, UKM!Pusat PERMATA@PINTAR Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan pen...
08/07/2026

🏆TAHNIAH PELAJAR PERMATA@PINTAR NEGARA, UKM!

Pusat PERMATA@PINTAR Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan penuh bangga merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada para pelajar yang telah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan dalam Koala Excellence Olympiad (KEO) Global Round 2026 yang berlangsung di Macau, China pada 3 hingga 7 Julai 2026.

Pencapaian yang membanggakan:

🥈 Ayra ‘Adani binti Muhammad ‘Aizat
Tempat Ke-2 Keseluruhan & Pingat Perak

🥈 Shashini a/p Ashok Kumar
Tempat Ke-3 Keseluruhan & Pingat Perak

🥉 Nur Izaz Dafeea binti Fairul Azni
Pingat Gangsa

Kejayaan ini membuktikan kecemerlangan pelajar PERMATA@PINTAR dalam bidang akademik dan penguasaan bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa, sekali gus mengangkat nama Malaysia di persada dunia.

Lebih membanggakan, kejayaan kontinjen Malaysia dalam Koala Excellence Olympiad (KEO) Global Round 2026 turut mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang menzahirkan ucapan tahniah kepada para pelajar atas pencapaian cemerlang mereka. Selain itu, kejayaan ini turut mendapat liputan meluas daripada media arus perdana seperti Astro AWANI, Harian Metro dan BERNAMA, sekali gus membuktikan bahawa kecemerlangan anak-anak Malaysia di pentas antarabangsa terus mendapat perhatian dan pengiktirafan pelbagai pihak.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada para penasihat, Encik Kamarul Zaman bin Hamzah dan Puan Noorsyakina binti Simin, atas bimbingan, komitmen dan dedikasi dalam membentuk kecemerlangan para pelajar.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga PERMATA@PINTAR untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, mengharumkan nama institusi dan negara di peringkat antarabangsa.

Syabas dan tahniah! Teruskan melakar kejayaan demi Malaysia. 🇲🇾





TAHNIAH & SYABAS!Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah ke...
08/07/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad bin Sharif atas kejayaan cemerlang mengharumkan nama PERMATA@Pintar Negara dalam beberapa pertandingan penulisan kreatif di peringkat kebangsaan dan negeri sepanjang tahun 2026.

Pencapaian yang membanggakan:

🥇 Johan
Sayembara Penulisan Syair Sempena Aidiladha Peringkat Kebangsaan 2026
🗓️ 27 Mei 2026

🥈 Naib Johan
Penulisan Puisi Sains STEM Forensik Peringkat Kebangsaan 2026
🗓️ 24 Jun 2026

🏅 Tempat Ke-5
Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor 2026
🗓️ 2 Julai 2026

Kejayaan ini turut disokong oleh bimbingan dan dedikasi para penasihat yang sentiasa komited dalam membimbing bakat pelajar:

1. Encik Mior Muhammad Saiful Nizan bin Muhd Saali
2 Puan Nurul Syuhada binti Shuib

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga PERMATA@Pintar Negara untuk terus berkarya, berfikir secara kreatif serta mengangkat martabat bahasa, sastera dan ilmu di peringkat yang lebih tinggi.





07/07/2026

Sebanyak 17 pelajar Malaysia mengharumkan nama negara apabila merangkul sembilan anugerah keseluruhan dan membawa pulang 22 pingat dalam pertandingan Koala Excellence Olympiad (KEO) 2026 Peringkat Antarabangsa di Macau, yang berakhir semalam.

Penyelaras Pertubuhan Saintis Muda Malaysia (MYSO), yang juga ketua kontinjen Malaysia ke Macau, Aidah Misran berkata secara keseluruhan, kontinjen Malaysia membawa pulang lima pingat emas, enam perak dan 11 gangsa.

Berita penuh -- https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2577265


Address

Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat PERMATApintar Negara UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share