SK Jalan 3 SBT KPM

SK Jalan 3 SBT KPM LAMAN RASMI FACEBOOK SK JALAN 3

πŸ•οΈβœ¨ PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEJATI 2026 βœ¨πŸ•οΈ21 – 23 Ogos 2026 | SK Jalan 3Tiga hari, seribu pengalaman! πŸ”₯πŸ’ͺP...
26/08/2026

πŸ•οΈβœ¨ PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEJATI 2026 βœ¨πŸ•οΈ

21 – 23 Ogos 2026 | SK Jalan 3

Tiga hari, seribu pengalaman! πŸ”₯πŸ’ͺ
Perkhemahan yang penuh dengan cabaran, kerjasama, disiplin, keberanian dan kenangan yang pastinya sukar dilupakan! πŸŒΏβ›Ί

Program anjuran Unit Kokurikulum SK Jalan 3, dikelolakan oleh Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan dikendalikan oleh Real Impaq Training Consultancy.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar, Puan Hajah Suminah binti Haji Kasolang, barisan pentadbir, guru-guru, jurulatih, murid-murid, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Bukan sekadar berkhemah, tetapi membina jiwa, mengukuhkan sahsiah dan mencipta memori bersama! ❀️‍πŸ”₯




SEJATI TERUS UNGGUL✨
19/08/2026

SEJATI TERUS UNGGUL✨

Tahniah SEJATI. SK Jalan 3 telah menerima Anugerah Sekolah Inspirasi Kokurikulum daripada Kementerian Pendidikan Malaysi...
05/08/2026

Tahniah SEJATI. SK Jalan 3 telah menerima Anugerah Sekolah Inspirasi Kokurikulum daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan membawa pulang RM3000.

β™Ÿβ™žβ™› Pemain Catur SEJATI Berpeluang Mewakili Malaysia β™›β™žβ™Ÿ Checkmated! Satu lagi pencapaian membanggakan oleh pemain catur...
21/07/2026

β™Ÿβ™žβ™› Pemain Catur SEJATI Berpeluang Mewakili Malaysia β™›β™žβ™Ÿ

Checkmated! Satu lagi pencapaian membanggakan oleh pemain catur SEJATI di kejohanan catur utama negara.

πŸ“Œ Nama Kejohanan:
National Scholastic Chess Championship 2026

🎯 Objektif Kejohanan:
* Untuk mengenal pasti bakat muda terbaik
* Mempromosikan catur di sekolah-sekolah
* Memilih wakil rasmi Malaysia bagi kejohanan antarabangsa.

🀝 Penganjur Kejohanan:
Malaysian Chess Federation

πŸ“ Tempat:
Aeon Mall, Shah Alam, Selangor

πŸ—“οΈ 18-19 Julai 2026

πŸ‘¨β€πŸŽ“ Nama Murid:
* Ihad Ulwa Bin Shahril (1 Pearl)
* Muhd Faez Ady Bin Norfadzly (5 Emerald)

πŸ† Pencapaian:
* Ihad Ulwa Bin Shahril - Johan Bawah 7 Tahun Lelaki
* Muhd Faez Ady Bin Norfadzly - Tempat Kedua bawah 11 Tahun Lelaki

πŸ‘©β€πŸ« Wakil Guru Kelab Catur SEJATI:
β€’Madam Mihazrina Binti Mohd Misli

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar, barisan pentadbir sekolah, guru-guru, barisan jurulatih serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu dalam membentuk kecemerlangan murid.




✨ Akhirnya, penantian itu berakhir dengan sebuah kemenangan.Dari debar menjadi bahagia, dari usaha menjadi sejarah, Sela...
03/07/2026

✨ Akhirnya, penantian itu berakhir dengan sebuah kemenangan.

Dari debar menjadi bahagia, dari usaha menjadi sejarah, Selangor kini berdiri sebagai JOHAN. πŸ†πŸ€




03/07/2026

πŸ… Mengangkat Kata, Menjulang Maruah

Dari persiapan hingga ke penutup tirai, setiap langkah menjadi kenangan yang amat bermakna. Perjalanan lima hari ini bukan sekadar medan pertandingan, tetapi sebuah pengalaman yang mengajar erti kesungguhan, kerjasama dan ketabahan.




03/07/2026

πŸ† GEMILANG DI PENTAS KEBANGSAAN, TERSERLAH DI KACA TELEVISYEN

Kejayaan Kontinjen Selangor bergelar Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan turut mendapat liputan di Buletin Utama TV3.

Tahniah kepada semua pembahas, jurulatih dan seluruh pasukan. πŸ†




πŸ† SELANGOR DINOBATKAN JOHAN KEBANGSAAN! πŸ‡²πŸ‡Ύ  Tahniah Kontinjen Selangor dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlim...
03/07/2026

πŸ† SELANGOR DINOBATKAN JOHAN KEBANGSAAN! πŸ‡²πŸ‡Ύ
Tahniah Kontinjen Selangor dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan

✨ Alhamdulillah! Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kontinjen Selangor yang telah berjaya muncul sebagai JOHAN dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Terengganu.

🌟 Kebanggaan buat warga SK Jalan 3!

Dua orang murid SK Jalan 3 telah terpilih mewakili negeri Selangor:
πŸ‘¨πŸ»β€πŸŽ“ Muhammad Khabir bin Norisham
πŸ‘¨πŸ»β€πŸŽ“ Nik Ziyad Malikh bin Nik Alman Faluthi

πŸ“Œ Kontinjen Selangor diwakili oleh:
βœ… 2 orang murid SK Jalan 3
βœ… 2 orang murid SK Rantau Panjang
βœ… 1 orang murid SK Puchong Indah

πŸŽ–οΈ Pencapaian Istimewa
Muhammad Khabir bin Norisham telah dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Pusingan Separuh Akhir ketika menentang pasukan dari Sabah.

πŸ‘ Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, latihan yang berterusan, semangat berpasukan serta iringan doa daripada semua pihak.

πŸ’ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada:
🀝 Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor)
🌹 Guru Besar SK Jalan 3, Hajah Suminah binti Haji Kasolang
🏫 Barisan pentadbir sekolah
🎀 Jurulatih-jurulatih yang berdedikasi
πŸ“– Pegawai Teknikal Bahas Negeri Selangor
πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Guru-guru pengiring
πŸ§•πŸ»πŸ‘¦πŸ» Peserta yang telah berjuang bersungguh-sungguh
❀️ Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan doa
πŸ₯° Seluruh warga SK Jalan 3 yang sentiasa memberikan semangat

🌟 Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha, berani mencabar diri dan mengharumkan nama sekolah, negeri serta negara.

πŸŽ‰ Tahniah sekali lagi kepada Kontinjen Selangor!
πŸ’™ SK Jalan 3 Bangga, Selangor Juara! πŸ†




Address

Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Jalan 3/4, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:30
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:15

Telephone

+60389254875

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Jalan 3 SBT KPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Jalan 3 SBT KPM:

Shortcuts

Share