Pusat Sukan UKM Official

Pusat Sukan UKM Official Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SEMARAK PATRIOTISME DENGAN KAYUHAN MERDEKA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMembakar semangat kemerdekaan menerusi gaya hidup sihat, Universiti Keba...
22/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SEMARAK PATRIOTISME DENGAN KAYUHAN MERDEKA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Membakar semangat kemerdekaan menerusi gaya hidup sihat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya menganjurkan Ekspedisi Kayak Merdeka Perpaduan UKM 2026 di Tasik Putrajaya.

Ringkasan Acara:
๐Ÿ“ Lokasi: Tasik Putrajaya
๐Ÿ“ Jarak Kayuhan: 6.9 km merentas tasik
๐Ÿ‘ฅ Penyertaan: 110 peserta terdiri daripada warga UKM dan pengurusan tertinggi
๐Ÿ›ถ Aktiviti: Kayak, perahu naga (dragon boat), dan sesi regangan pemanas badan
๐ŸŽ“ Perasmian: Disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Sufian Jusoh

Acara turut disemarakkan dengan kehadiran barisan Pengurusan Tertinggi UKM, antaranya Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Ts. Dr. Hj Norinsan Kamil Othman; Timbalan Naib Canselor (HEPI), Prof. Dr. Ismanizam Ismail; Pengarah Pusat Kebudayaan, Encik Mohamed Asrof Semin; Pengarah Pusat Sukan, Dr Nur Shakila Mazalan serta pengetua-pengetua kolej kediaman yang turun padang menyertai kayuhan bersama.

Syabas buat seluruh warga UKM yang terlibat dalam menyemarakkan perpaduan dan semangat patriotisme!

KREDIT ๐Ÿ“ธ : PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT UKM



TAHNIAH DAN SYABAS ATLET UKM DI PENTAS SUKMA SELANGOR 2026!Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada *atlet Un...
22/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS ATLET UKM DI PENTAS SUKMA SELANGOR 2026!

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada *atlet Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)* yang telah membawa cabaran dan mengharumkan nama universiti di pentas *SUKMA Selangor 2026*.

Segala usaha, disiplin, latihan dan pengorbanan yang dicurahkan pastinya menjadi tunjang kepada setiap kejayaan yang diraih. Teruskan melangkah dengan *semangat juang yang tinggi, kekalkan fokus dan berikan persembahan terbaik* demi mengangkat nama serta kecemerlangan sukan UKM. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Kami sentiasa mendoakan agar setiap langkah perjuangan dipermudahkan dan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

*Teruskan berjuang, teruskan mencipta kejayaan!*๐Ÿ†

*ATLET HEBAT, UKM HEBAT!* ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

KUNJUNGAN HORMAT UKM KE PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI SEMBILAN Delegasi UKM mengadakan kunjungan hormat ke Persatuan Bola ...
21/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT UKM KE PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI SEMBILAN

Delegasi UKM mengadakan kunjungan hormat ke Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan di Seremban bagi membincangkan hala tuju serta potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Pertemuan turut memberi ruang kepada perkongsian pandangan dalam aspek pembangunan bola sepak, pembangunan bakat, sains sukan serta peluang kolaborasi yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi.

Terima kasih kepada Encik Faliq Firdaus, Ketua Pegawai Eksekutif, serta Encik Efendi Abdul Malik, Pengarah Teknikal atas sambutan dan perkongsian yang diberikan.

Semoga pertemuan ini menjadi langkah awal kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dalam memperkasakan pembangunan bola sepak UKM dan Negeri Sembilan.

๐Ÿšฃ MAJLIS PELANCARAN EKSPEDISI KAYAK MERDEKA PERPADUAN UKM 2026Satu kayuhan, satu semangat, satu perpaduan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พEkspedisi K...
19/08/2026

๐Ÿšฃ MAJLIS PELANCARAN EKSPEDISI KAYAK MERDEKA PERPADUAN UKM 2026

Satu kayuhan, satu semangat, satu perpaduan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ekspedisi Kayak Merdeka Perpaduan UKM 2026 menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menyatukan warga UKM.

Selaras dengan tema โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, ayuh bersama kita hayati erti Merdeka melalui semangat kebersamaan dan perpaduan.

Kayuh bersama, semarakkan Merdeka!




EKSPEDISI KAYAK MERDEKA PERPADUAN UKM 2026Warga UKM, ayuh semarakkan Bulan Kemerdekaan 2026 dengan semangat perpaduan da...
18/08/2026

EKSPEDISI KAYAK MERDEKA PERPADUAN UKM 2026

Warga UKM, ayuh semarakkan Bulan Kemerdekaan 2026 dengan semangat perpaduan dan gaya hidup sihat.

Bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Sukan dengan bangganya membawakan Ekspedisi Kayak Merdeka Perpaduan UKM 2026.

Saksikan simbolik penyerahan Bendera Malaysia dan kayuhan berimpak tinggi di sekitar Tasik Putrajaya!

๐Ÿ—“ Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 8.00 Pagi โ€“ 1.00 Tengah Hari
๐Ÿ“ Lokasi: Tasik Putrajaya
๐Ÿšฃโ€โ™‚๏ธ Jarak Kayuhan: 6.9 KM (Simbolik 69 Tahun Kemerdekaan Malaysia)

Sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang dan zahirkan semangat perpaduan warga UKM! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



๐ŸŽ‰ SELAMAT HARI ULANG TAHUN ๐ŸŽ‰Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran buat YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan ...
17/08/2026

๐ŸŽ‰ SELAMAT HARI ULANG TAHUN ๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran buat YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Semoga YBhg. Prof. Ts. Dr. sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, keberkatan serta kekuatan dalam meneruskan amanah dan kepimpinan demi kecemerlangan mahasiswa serta Universiti Kebangsaan Malaysia.

๐ŸŽ‚ Selamat Hari Lahir, YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan!
Semoga terus sukses, inspiratif dan menjadi pemacu kecemerlangan warga UKM.

Ikhlas daripada:
๐Ÿ’™ Warga Pusat Sukan UKM


๐Ÿ† PINGAT PERAK SUKUM 2026 ๐Ÿ†TAHNIAH ATLET TENPIN BOLING MASTER INDIVIDU LELAKI STAF UKMSyabas dan setinggi-tinggi tahniah...
15/08/2026

๐Ÿ† PINGAT PERAK SUKUM 2026 ๐Ÿ†

TAHNIAH ATLET TENPIN BOLING MASTER INDIVIDU LELAKI STAF UKM

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Atlet Tenpin Boling Master Individu Lelaki Staf Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas kejayaan meraih pingat perak dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2026.

Pencapaian ini membuktikan komitmen, semangat juang dan ketenangan yang tinggi dalam mengharumkan nama UKM.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah dan Syabas!



๐Ÿ† PINGAT GANGSA SUKUM 2026 ๐Ÿ†TAHNIAH PASUKAN OLAHRAGA 4X400M WANITA SENIOR STAF UKMSyabas dan setinggi-tinggi tahniah diu...
15/08/2026

๐Ÿ† PINGAT GANGSA SUKUM 2026 ๐Ÿ†

TAHNIAH PASUKAN OLAHRAGA 4X400M WANITA SENIOR STAF UKM

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Olahraga Acara 4x400m Wanita Senior Staf Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas kejayaan meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2026 pada 14 Ogos 2026.

Pencapaian ini membuktikan komitmen, semangat juang dan kerja berpasukan yang tinggi dalam mengharumkan nama UKM.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah dan Syabas!



๐Ÿ† PINGAT EMAS SUKUM 2026 ๐Ÿ†TAHNIAH PASUKAN OLAHRAGA 4X400M WANITA VETERAN STAF UKMSyabas dan setinggi-tinggi tahniah diuc...
15/08/2026

๐Ÿ† PINGAT EMAS SUKUM 2026 ๐Ÿ†

TAHNIAH PASUKAN OLAHRAGA 4X400M WANITA VETERAN STAF UKM

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Olahraga Acara 4x400m Wanita Veteran Staf Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas kejayaan meraih pingat emas dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2026 pada 14 Ogos 2026.

Pencapaian ini membuktikan komitmen, semangat juang dan kerja berpasukan yang tinggi dalam mengharumkan nama UKM.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah dan Syabas!



๐Ÿ† PINGAT PERAK SUKUM 2026 ๐Ÿ†TAHNIAH PASUKAN OLAHRAGA 4X400M LELAKI VETERAN STAF UKMSyabas dan setinggi-tinggi tahniah diu...
15/08/2026

๐Ÿ† PINGAT PERAK SUKUM 2026 ๐Ÿ†

TAHNIAH PASUKAN OLAHRAGA 4X400M LELAKI VETERAN STAF UKM

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Olahraga Acara 4x400m Lelaki Veteran Staf Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas kejayaan meraih pingat perak dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2026 pada 14 Ogos 2026.

Pencapaian ini membuktikan komitmen, semangat juang dan kerja berpasukan yang tinggi dalam mengharumkan nama UKM.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah dan Syabas!



Address

UKM BANGI
Bangi
43600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sukan UKM Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Sukan UKM Official:

Shortcuts

Share