Part 2 Tiada Yang Tertinggal.
Bantuan Kebajikan UKM tersediakan untuk Mahasiswa Mahasiswi semua.
Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM
Media Sosial Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia
Tiada Yang Tertinggal.
Bantuan Kebajikan UKM tersediakan untuk Mahasiswa Mahasiswi semua.
12/06/2026
KERATAN AKHBAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 12 JUN 2026
1. Mampukah capai sasaran bersara RM1.3 juta? (Sinar Harian)
2. Jaringan Sosial Etnik Rohingya Jadi Strategi Kelangsungan Hidup (Berita Harian)
3. Konflik Asia Barat Tuntut Malaysia Tingkat Usaha Bendung Ketirisan (Berita Harian)
12/06/2026
๐๐๐ก๐ง๐ข๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ญ๐ข๐ค๐๐ง ๐๐ข๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ข๐ ๐๐๐ง๐ฌ๐๐ฅ๐จ๐ซ (๐๐๐ฅ ๐๐ก๐ฐ๐๐ฅ ๐๐ค๐๐๐๐ฆ๐ข๐ค ๐๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐), ๐๐ง๐ข๐ฏ๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ (๐๐๐)
Tahniah YBhg. Prof. Dato' Dr. Fariza Md Sham, FASc atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa pada 15 Jun 2026.
Semoga pelantikan ini terus memperkukuh kecemerlangan UKM dalam bidang akademik dan pengantarabangsaan, selaras dengan aspirasi universiti berteraskan "Iman Ilmu Amal".
Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi serta komitmen demi kemajuan UKM dan negara.
Tulus ikhlas daripada Pengerusi, Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga UKM.
11/06/2026
๐๐ซ๐จ๐ ๐๐ฌ๐ก๐ข๐ฅ๐ข๐๐ณ๐ข ๐๐๐ซ๐ฐ๐๐ฅ๐ ๐๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐๐จ๐ญ๐๐ง๐ฌ๐ข ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ญ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ฃ๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐ข ๐๐ฒ๐๐ซ๐๐ก๐๐ง ๐๐ฆ๐ฎ๐ฆ
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus memperkukuh komitmennya dalam memacu kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan inovasi berteraskan teknologi apabila menganjurkan syarahan umum bertajuk โFrom Algorithm to Enterprise: Building AI-Driven Innovations in Healthcareโ yang disampaikan oleh Rektor Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations University, UNU) dan Setiausaha Agung Muda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Prof. Tshilidzi Marwala di Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Dalam syarahan ini, Prof. Marwala menjelaskan bagaimana teknologi AI mampu membantu meningkatkan ketepatan diagnosis, menyokong proses membuat keputusan klinikal, mempercepatkan penemuan saintifik dan memperkukuh sistem kesihatan masa hadapan.
Selain membincangkan aspek teknikal dan inovasi, beliau turut menyentuh isu-isu kritikal berkaitan tadbir urus AI, etika penggunaan data, keselamatan maklumat dan kesaksamaan akses kepada teknologi.
Beliau menekankan bahawa pembangunan teknologi perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab agar manfaatnya dapat dinikmati secara adil oleh seluruh masyarakat.
Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, yang mewakili Naib Canselor.
Dalam ucapannya, beliau berkata perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) membuka peluang besar kepada institusi pendidikan tinggi untuk meneroka pendekatan baharu dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Katanya UKM sentiasa komited untuk memperkukuh ekosistem inovasi dan penyelidikan yang mampu menghasilkan penyelesaian berimpak tinggi kepada masyarakat, sejajar dengan keperluan semasa serta agenda pembangunan negara dan global.
Syarahan yang dianjurkan oleh Fakulti Perubatan itu menghimpunkan warga akademik, penyelidik, profesional kesihatan dan pelajar untuk mendalami potensi AI dalam mempertingkatkan sistem penjagaan kesihatan.
Program ini turut diadakan bersempena Hari Keusahawanan Pelajar Tahun 1 Fakulti Perubatan dan sambutan ulang tahun ke-20 United Nations University Institute for Global Health (UNU-IIGH), sekali gus mencerminkan komitmen UKM dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran era digital.
Turut hadir ialah Pro Naib Canselor UKM Kampus Kuala Lumpur, Profesor Datoโ Dr. Razman Jarmin; Pengarah UNU-IIGH, Dr. Revati Phalkey; Ketua Staf UNU, Mr. Michael Baldock; Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Datoโ Dr. Marina Mat Baki; Pengarah Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI), Profesor Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad dan Pengerusi Syarahan Umum Profesor Tshilidzi Marwala, Prof. Madya Dr. Noor Akmal Shareela Ismail.
11/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ข ๐๐ฅ๐๐ญ๐๐จ๐ซ๐ฆ ๐๐ฎ๐ง๐ญ๐ข๐ค ๐๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฉ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐
Program Bicara Kesatria: Inspirasi Kepimpinan, Dari Celoreng ke Sang Saka Biru yang berlangsung Persada Canselori, hari ini menjadi platform penting dalam menyuntik semangat kepimpinan, patriotisme dan kecemerlangan diri dalam kalangan mahasiswa.
Program ini telah menampilkan Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, yang berkongsi pengalaman serta perjalanan kerjayanya dalam perkhidmatan awam dan keselamatan negara.
Dalam sesi perkongsian tersebut, beliau menekankan kepentingan integriti, disiplin, keberanian dan nilai kepimpinan dalam menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks. Beliau turut menggalakkan mahasiswa agar sentiasa berusaha memperkukuh jati diri, meningkatkan kompetensi serta bersedia menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai realiti dunia kepimpinan dan perkhidmatan awam, malah menjadi medan untuk menyemai semangat cintakan negara, tanggungjawab sosial dan kecemerlangan dalam setiap aspek kehidupan.
Program yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman membuktikan bahawa perkongsian ilmu dan pengalaman daripada tokoh berwibawa mampu menjadi sumber inspirasi yang bernilai kepada generasi muda dalam membentuk masa depan yang lebih cemerlang.
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini. Semoga Bicara Kesatria terus menjadi wadah memperkasa kepimpinan mahasiswa, memupuk semangat patriotisme serta melahirkan generasi pemimpin yang berintegriti, berwawasan dan berjiwa rakyat.
11/06/2026
๐๐๐ฌ๐ข ๐๐ข๐๐๐ญ ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐๐ฆ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐๐ข๐ค
Sesi Libat Urus Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) UKM 2026 yang diadakan hari ini di Dewan Kuliah Utama, Bangunan Tun Fatimah Hashim telah mengumpul lebih 100 wakil pusat tanggungjawab (PTj) yang terdiri daripada Ketua Zon, fasilitator dan auditor PTj pelengkap bagi berkongsi amalan terbaik dalam pelaksanaan EKSA di UKM.
Program ini diadakan bagi memberi kefahaman yang lebih jelas berkaitan hala tuju, peranan serta tanggungjawab setiap warga kerja terutamanya kepada PTj pelengkap dan Ketua Zon yang dilantik dalam memastikan amalan EKSA dapat dilaksanakan secara konsisten dan berterusan.
Pelaksanaan EKSA adalah strategi penting dalam merealisasikan aspirasi Tekad 57 UKM dalam memperkukuh tadbir urus, budaya kerja cemerlang serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memupuk nilai akauntabiliti dalam kalangan warga universiti.
EKSA bukan sekadar memenuhi keperluan audit atau pensijilan semata-mata, tetapi merupakan satu usaha berterusan dalam membentuk budaya kerja yang lebih sistematik, kondusif, cekap dan profesional.
Program sehari yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk EKSA UKM telah dihadiri oleh Ketua Pustakawan, Encik Hazmir Hj Zainal, selaku ahli dalam Pengurusan Tertinggi UKM.
Sorotan video Program Malaysia MADANI: Perspektif Generasi Muda bersama YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
Turut diadakan lawatan ke Hari Kerjaya UKM 2026 bagi meninjau pelbagai reruai pameran yang disertai oleh syarikat dan organisasi daripada pelbagai sektor industri.
Sorotan video Majlis Perasmian Program Hari Kerjaya UKM 2026.
Hari Kerjaya ini menampilkan 48 reruai yang menjadi platform menghubungkan universiti dengan industri serta membuka peluang kerjaya kepada pelajar dan graduan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Universiti Kebangsaan
Bangi
43600
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |