28/05/2026
๐ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA๐
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga Aidiladha ini menyemai semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketakwaan dalam diri, serta membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan buat kita semua.
โจ Ikhlas daripada:
Seluruh warga kerja Pusat Matrikulasi UIS
27/05/2026
JOM TURUN REWANG MALAM NI!
โPihak Masjid Al-Azhar Universiti Islam Selangor (UIS) telah menjemput seluruh warga UIS dan komuniti setempat untuk sama-sama menjayakan program Jom Turun Rewang Malam Ini.
โGotong-royong ini diadakan sebagai persiapan awal (memotong bahan memasak, menyediakan peralatan) menjelang Majlis Korban UIS yang akan berlangsung esok.
Program malam ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato' Naib Canselor UIS, Dato' Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, yang sama-sama turun padang menyingsing lengan baju bagi menyertai persiapan rewang malam ini.
25/05/2026
๐ PROGRAM SALAM BAITULLAH 2026 S18: WANITA DAMBAAN SYURGA ๐น
Pada 23 Mei 2026, seramai 20 pelajar asasi bersama 4 orang pensyarah dari Pusat Matrikulasi telah menyertai Program RTM Salam Baitullah 2026 dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial, UIS. Program ini telah berlangsung di Studio M1, Wisma Siar Layar, Angkasapuri, Kota Media. Bersama panel jemputan, YB Senator Marhamah Rosli (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)) membincangkan tentang topik Wanita Dambaan Syurga.
Selain itu, program ini diadakan bagi memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar tentang proses di sebalik tabir rakaman, selain memperkenalkan dan mempromosikan Pusat Matrikulasi UIS.
21/05/2026
SUKSES 5.0 TAHUN 2026: NEGERI SEMBILAN
Team SUKSES 5.0 UIS telah sampai ke Negeri Sembilan pada 20-21 Mei 2026 (Rabu & Khamis), bertempat di ADTEC JTM Kampus Pedas, Negeri Sembilan. Lima pegawai UIS melibatkan diri dalam program tersebut iaitu Ustaz Mohammad Zariff Afiq Zuriman, Sir Mujahid Mohtar, Ustaz Izzat Muazam Mustafa Kamal, Ustaz Abdul Haiy Mahmod, Pensyarah Pusat Matrikulasi UIS, sebagai wakil akademik dan En. Mohd Shukri Mohd Nor daripada Unit Pameran dan Promosi, Bahagian Pemasaran UIS bagi membantu aktiviti promosi UIS ke program tersebut.
Penglibatan ini diharapkan dapat memperkukuh usaha promosi UIS serta menarik minat lebih ramai pelajar untuk melanjutkan pengajian di UIS pada masa hadapan.
๐TARIKH PENDAFTARAN:
20 dan 21 Jun 2026
Jangan lepaskan peluang untuk bina masa depan anda dengan asas yang kukuh bersama Pusat Matrikulasi UIS.
๐ Hubungi talian tertera untuk sebarang pertanyaan:
03-8911 7072 / 73
019-389 6937
Mohon sekarang menerusi pautan berikut:
๐https://wadah.uis.edu.my
18/05/2026
PENGAJIAN ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT
Bina masa depan dalam dunia teknologi bersama Program Pengajian Asas Teknologi Maklumat di Pusat Matrikulasi UIS!
Program selama 1 tahun (3 semester) ini direka khas untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja mahir dalam bidang IT, malah mempunyai asas kukuh dalam komunikasi, bahasa, serta nilai Islam yang seimbang.
Sepanjang pengajian, anda akan didedahkan dengan pelbagai kursus penting seperti Introduction to Computer, Programming, Multimedia, System Analysis Design dan Database, di samping pengukuhan dalam Mathematics, English, dan Bahasa Arab.
Menariknya, pelajar juga berpeluang memilih kursus elektif seperti Economics, Media Literacy, Social Science dan beberapa subjek lain. Dengan struktur pembelajaran yang tersusun dan relevan, program ini menjadi langkah terbaik sebagai persediaan ke peringkat ijazah dalam bidang teknologi maklumat dan kerjaya masa depan.
๐ Tempoh pengajian singkat
๐ Struktur pembelajaran tersusun
๐ Gabungan ilmu dunia & akhirat
๐ก Persediaan kukuh ke alam universiti dan kerjaya
๐TARIKH PENDAFTARAN:
20 dan 21 Jun 2026
Jangan lepaskan peluang untuk bina masa depan anda dengan asas yang kukuh bersama Pusat Matrikulasi UIS.
๐ Hubungi talian tertera untuk sebarang pertanyaan:
03-8911 7072 / 73
019-389 6937
Mohon sekarang menerusi pautan berikut:
๐https://wadah.uis.edu.my
16/05/2026
SELAMAT HARI GURU
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga pendidik dan pensyarah Universiti Islam Selangor.
Diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rsulullah SAW:
ู
ููู ุนููููู
ู ุนูููู
ูุง ูููููู ุฃูุฌูุฑู ู
ููู ุนูู
ููู ุจููู ููุง ููููููุตู ู
ููู ุฃูุฌูุฑู ุงูุนูุงู
ููู
Maksudnya: โBarangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpunโ.
[Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]
15/05/2026
BENGKEL PEMURNIAN SILIBUS - INTEGRASI MQF 2024 JABATAN BAHASA PUSAT MATRIKULASI
Semua pensyarah Jabatan Bahasa Pusat Matrikulasi UIS telah mengikuti Bengkel Pemurnian Silibus - Integrasi MQF 2024 yang telah berlangsung pada 15 Mei 2026 (Jumaat), dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Matrikulasi UIS.
Selaras dengan keperluan MQF, bengkel ini diadakan untuk memperkemas dan menyelaraskan silibus kursus, di samping memastikan hasil pembelajaran, kandungan dan kaedah pentaksiran memenuhi standard yang berkualiti.
14/05/2026
KURSUS DRAFTING EXAMINATIONS QUESTIONS: INLINE WITH MQF2
Beberapa pensyarah Pusat Matrikulasi UIS telah mengikuti Kursus Drafting Examination Questions: Inline With MQF2, anjuran Pusat Pembelajaran UIS pada 14 Mei 2026 (Khamis), dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, bertempat di Dewan Senat UIS. Kursus ini disampaikan oleh AP Dr Nor Hasnida Che Md Ghazali, pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Selari dengan keperluan MQF2 dalam usaha memperkasa kualiti pembinaan soalan peperiksaan, di samping meningkatkan kemahiran pensyarah ke arah penilaian yang lebih berkualiti, sistematik dan berimpak tinggi.
14/05/2026
SUKSES 5.0 TAHUN 2026: PAHANG
Team SUKSES 5.0 UIS telah sampai ke Negeri Pahang pada 12-13 Mei 2026 (Selasa & Rabu), bertempat di ADTEC JTM Kampus Kuantan, Pahang. Dua pegawai UIS melibatkan diri dalam program tersebut iaitu Ustaz Muhammad Sirajuddin Nik Ab Hadi, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pusat Matrikulasi UIS, sebagai wakil akademik dan En. Abdul Hakim Mohd Khir daripada Unit Pemasaran Institusi, Bahagian Pemasaran UIS bagi membantu aktiviti promosi UIS ke program tersebut.
Penglibatan ini diharapkan dapat memperkukuh usaha promosi UIS serta menarik minat lebih ramai pelajar untuk melanjutkan pengajian di UIS pada masa hadapan.
๐TARIKH PENDAFTARAN:
20 dan 21 Jun 2026
Jangan lepaskan peluang untuk bina masa depan anda dengan asas yang kukuh bersama Pusat Matrikulasi UIS.
๐ Hubungi talian tertera untuk sebarang pertanyaan:
03-8911 7072 / 73
019-389 6937
Mohon sekarang menerusi pautan berikut:
๐https://wadah.uis.edu.my
12/01/2026
โจ Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir โจ
Seluruh warga Pusat Matrikulasi Universiti Islam Selangor (UIS) mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar Asasi Sesi II 2025/2026
๐
12 โ 23 Januari 2026
Semoga dipermudahkan urusan dan dikurniakan kejayaan cemerlang. ๐ฟ
๐ BERMINAT SAMBUNG PENGAJIAN PROGRAM ASASI?
๐ Asasi UIS kini dibuka untuk permohonan!
๐ Mohon sekarang melalui link permohonan di https://study.uis.edu.my/permohonan-kemasukan-pelajar-baharu