01/09/2026
[UCAPAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MEMPEROLEH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2025/2026]
Assalamualaikum w.b.t
Kami dari Saf Pimpinan Kelab Al-Hujjah sesi 2026/2027 mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya buat ahli Kelab Al-Hujjah atas kejayaan yang diperoleh dalam peperiksaan akhir semester 2 sesi 2025/2026.
Semoga keputusan kali ini dapat menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha pada semester yang akan datang dan diharapkan para mahasiswa/i sentiasa bersyukur dengan apa jua keputusan yang diperolehi.
“...sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah (nikmat) kepadamu...” (14:7)
”SYARIAH DIJULANG, UMMAH CEMERLANG”
SAF PIMPINAN
KELAB AL-HUJJAH
PUSAT KAJIAN SYARIAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2026/2027