15/04/2026
Bengkel Pengurusan Tesis Berkesan menggunakan MS Word: Templat Gaya UKM Siri 1/2026
Pusat Pengurusan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Tesis Berkesan menggunakan MS Word: Templat Gaya UKM Siri 1/2026.
Untuk pendaftaran, sinopsis dan maklumat lanjut, sila klik https://bit.ly/WMS-1-26
📆 30 April 2026 (Khamis)
⏰ 8.30 pagi - 1.00 petang
📌 Aplikasi Zoom
Sila hubungi Encik Mohd Hafiz di talian 03-8921 5162 atau emel latihansiswazah[at]ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.
13/04/2026
SKIM ZAMALAH PENYELIDIKAN (BANTUAN YURAN PENGAJIAN SAHAJA) SEMESTER 2 2025/2026
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka tawaran permohonan Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) untuk Semester 2 2025/2026 kepada pelajar Pascasiswazah (mod penyelidikan) peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang mendaftar secara sepenuh masa. Tawaran permohonan ini mula dibuka pada 8 April 2026 sehingga 22 April 2026.
Borang permohonan, garis panduan dan jadual kerja boleh dicapai melalui pautan: https://www.ukm.my/akademik/biasiswa/
Borang yang telah lengkap diisi dan telah mendapat pengesahan Ketua Projek/Penyelia perlu dihantar sebelum atau pada 22 April 2026 sebelum pukul 5.00 petang melalui google form https://bit.ly/ZMLHSEM2_20252026.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di alamat emel [email protected] dengan menamakan tajuk emel “Pertanyaan mengenai Skim Zamalah Penyelidikan”.
12/02/2026
3MT UKM 2026 Serlahkan Kecemerlangan Pascasiswazah
CHERAS: Pertandingan 2026 Three Minute Thesis (3MT) Peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Februari 2026 (Selasa) bermula jam 8.20 pagi bertempat di Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), UKM.
Program ini merupakan anjuran bersama Akademik-UKM dan Fakulti Perubatan, UKM serta telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor. Seramai 53 peserta daripada pelbagai fakulti dan institut telah mengambil bahagian dengan membentangkan penyelidikan masing-masing dalam tempoh tiga minit mengikut format rasmi pertandingan.
Bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Sains, Kejuruteraan dan Teknologi serta Kategori Sains Sosial, hadiah tempat pertama adalah sebanyak RM1,000.00, hadiah tempat kedua sebanyak RM600.00 dan hadiah tempat ketiga sebanyak RM400.00.
Dalam Kategori Sains, Kejuruteraan dan Teknologi, tempat pertama telah dimenangi oleh Nur Nabilah Zulkifly dari Fakulti Pergigian, kedua p**a diraih oleh Adawiyah Md Ashar dari Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, manakala Nor Amalina Abdul Rahim dari Fakulti Farmasi berjaya menduduki tempat ketiga.
Kategori Sains Sosial p**a, tempat pertama Sharifah Maimunah Syed Mud Puad dari Fakulti Pendidikan tempat kedua dimenangi oleh Nur Asyiqin Zohkarnain dari Fakulti Pengajian Islam, tempat ketiga p**a dimenangi oleh Nor Athirah Mursyidah Nor Zailan dari Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang serta peserta atas komitmen dan kecemerlangan yang dipamerkan. Semoga pertandingan ini terus menjadi platform yang memperkukuh budaya penyelidikan dan komunikasi akademik di UKM.
11/02/2026
📢 Postgraduate Students, Don’t Miss This!
Ready to publish in Scopus/WoS High Impact Journals with the power of AI? 🚀
The Centre for Academic Management is pleased to invite you to:
🎓 Postgraduate Webinar 1/2026
Class 1: Scopus/WoS High Impact Journals with AI – Minimum 2 Papers with Hour-glass Theory
This exclusive session will share practical strategies and insider tips to help you:
✅ Strengthen your publication journey
✅ Increase your research impact
✅ Use AI tools effectively in academic writing
✅ Strategize for at least TWO high-impact papers
If you’re serious about accelerating your academic success, this is a session you cannot afford to miss.
🗓 25 February 2026 (Wednesday)
⏰ 10.00 a.m. – 12.00 p.m.
(Zoom link accessible from 9.45 a.m.)
💻 Platform: Online (Zoom)
🔗 Register now: https://bit.ly/PW1-2026
For further enquiries, please email:
📩 [email protected]
See you there! Let’s publish smarter and aim higher. 💡📚
08/02/2026
Pusat Pengurusan Akademik, UKM dengan kerjasama Fakulti Perubatan, UKM buat julung kalinya akan menganjurkan Pertandingan 2026 Three Minute Thesis (3MT) Peringkat UKM.
Pertandingan ini bakal menyaksikan 53 orang pelajar PhD daripada pelbagai Fakulti, Institut dan Pusat berentap menyampaikan penyelidikan masing-masing hanya dalam tiga (3) minit sahaja—ringkas, padat dan penuh impak! Para peserta akan bertanding dalam dua (2) kategori iaitu:
- Sains, Kejuruteraan & Teknologi
- Sains Sosial
Lebih menarik, pemenang bagi setiap kategori akan mewakili UKM ke Pertandingan 3MT Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sehubungan dengan itu, Pusat Pengurusan Akademik dan Fakulti Perubatan dengan sukacitanya menjemput para pelajar, penyelia serta ahli akademik untuk hadir bersama-sama memberi sokongan dan menyaksikan sendiri kehebatan para peserta UKM.
Sila daftar kehadiran anda di pautan yang disediakan.
Tarikh Acara : 10 Februari 2026
Masa Acara : 09:00:am - 05:00:pm
Lokasi : Auditorium HCTM
Url : https://forms.gle/hy8YbksS9f5xPiPt7
28/01/2026
All UKM PhD postgraduate students are invited to participate in the 2026 Three Minute Thesis (3MT) Competition, UKM level.
Register now — closing date: 30 January 2026
Three Minute Thesis (3MT) Competition UKM Level
The Centre for Academic Management, in collaboration with Faculty of Medicine, invites all postgraduate students to participate in the 2026 Three Minute Thesis (3MT) Competition UKM Level.
The Three Minute Thesis (3MT) is an annual research communication competition for PhD students, where participants are given three minutes to present and explain their research to a non-specialist audience.
This competition also serves as a platform to select representatives from UKM to compete at the National Level.
🔗 Kindly register your attendance at:
http://bit.ly/3mtUKM2026
📆 Date: 10 February 2026 (Tuesday)
⏰ Time: 8.00 a.m. – 5.00 p.m.
🏫 Venue: Auditorium HCTM, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur https://maps.app.goo.gl/QnaWpcv3uenEKBQXA
💷 Fee: RM 50.00
For further enquiries, please contact:
Mr. Mohd Hafiz
📧 mohdhafiz[at]ukm.edu.my
All postgraduate students are invited.
27/01/2026
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi Akademik 2025/2026.
Ikhlas daripada Pusat Pengurusan Akademik, UKM (AKADEMIK UKM).
08/12/2025
Dear Postgraduate Students,
The Centre for Academic Management is pleased to invite you to join Postgraduate Webinar 4/2025, *Class 4- WoS Scopus Review PAPER Writing: 2 Papers before Proposal Defense*
For registration, please click https://bit.ly/PW4-2025
The details of the programme:
🗓️: 10 December 2025 (Wednesday)
🕙: 10.00 a.m - 12.00 p.m
🏢: Online (Zoom) https://ukm-edu-my.zoom.us/j/91465478044
See you there!
23/10/2025
Tahniah kepada Puan Huda Hela Ladin atas kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir N12 di Pusat Pengurusan Akademik UKM berkuat kuasa pada 14 Oktober 2025.
Ikhlas daripada Unit Kompetensi Siswazah dan Promosi, Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
23/10/2025
Tahniah kepada Prof. Dr. Zainuddin Sajuri atas pelantikan sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia berkuat kuasa 23 Oktober 2025.
Ikhlas daripada Unit Kompetensi Siswazah dan Promosi, Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia.