19/11/2025
“Sebab Bahasa Arab Itu Sebenarnya Mudah?" (bahagian 2).
Ramai yang rasa bahasa Arab itu susah…
Tapi Allah sendiri bagitau dalam al-Quran yang bahasa Arab itu mudah dan jelas.
1. Al-Quran itu dimudahkan, Surah Al-Qamar (54), Ayat 17:
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
"Dan sesungguhnya Kami telah mudahkan al-Quran untuk peringatan; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil pelajaran?"
2. Allah mahu kemudahan, bukan kesukaran, Surah Al-Baqarah, Ayat 185:
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
"Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu"
3. Bahasa Arab itu sendiri sangat jelas, Surah An-Nahl, Ayat 103:
وَهَٰذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌّ مُبِينٌ
"(al-Quran) ini ialah bahasa Arab yang jelas dan terang."
Jadi, kenapa kita selalu rasa Bahasa Arab itu susah?
Antaranya ada dua sebab:
1. Kurang yakin pada janji Allah. Jika Allah kata mudah, ia pasti mudah bila dipelajari dengan cara yang betul.
2. Kurangnya usaha dan kesabaran dalam memahami dan mempelajarinya.
Bahasa Arab sebenarnya sangat sistematik, logik, saling berkait antara satu kaedah dengan kaedah lain. Semakin kita mempelajarinya, semakin jelas keindahan dan keajaibannya.
Bahasa Arab ni nampak macam puzzle. Pada awalnya nampak macam berselerak, tetapi bila kita mempelajarinya dengan betul, setiap bahagian akan mula bersambung dan membentuk gambaran yang lengkap.
Semakin kita faham bahasa Arab, semakin bertambah iman. Baca al-Quran pun dah rasa lain macam. Kita akan akan dapat rasakan, al-Quran ini benar-benar kalam Allah, penuh mukjizat.
Sila like, komen dan share jika bermanfaat.
Call now to connect with business.