09/03/2026
Aplikasi Easy Suri kini tersedia untuk Android.
Aplikasi ini membantu memahami haid, istihadah dan darah wanita dengan lebih mudah untuk urusan ibadah.
π© Wanita boleh guna untuk memahami keadaan diri
π¨ Suami / lelaki juga digalakkan download untuk lebih memahami isu berkaitan wanita.
β
Dibangunkan daripada kajian penyelidikan; team PM Dr Latifah Abdul Majid, FPI UKM
π² Download & kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan.
Mohon bantu BLAST ke semua group. Semoga ramai mendapat manfaat.
03/03/2026
π Sekalung Tahniah π
Warga Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah (PKQS), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Nor Syamimi Mohd atas penganugerahan Doctor of Philosophy in Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Qurβan and Sunnah Studies) daripada International Islamic University Malaysia.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak penyelidikan berkualiti, pengembangan ilmu al-Quran dan al-Sunnah serta sumbangan berterusan kepada ummah dan negara.
Kami mendoakan agar Dr. Nor Syamimi terus dikurniakan kekuatan, keikhlasan dan keberkatan dalam setiap amanah ilmiah yang dipikul.
26/02/2026
Ziarah Mahabbah PKQS
Alhamdulillah, pada hari ini wakil pensyarah Pusat Kajian Al-Quran dan As-Sunnah (PKQS) telah berkesempatan mengadakan ziarah mahabbah ke kediaman Dr. Ismail dan Ust. Syed dalam suasana penuh ukhuwwah dan keberkatan.
Ziarah ini menjadi wadah mengeratkan silaturrahim, bertanya khabar kesihatan dan bercerita nostalgia zaman berkhidmat di Pusat Kajian Al-Quran dulu.
Semoga ikatan mahabbah ini terus diberkati dan diperkukuhkan dengan kebaikan.
09/02/2026
π’ CALL FOR PAPERS
Al-Turath Journal of Al-Quran and Al-Sunnah menjemput para penyelidik, sarjana, dan pelajar siswazah untuk menghantar artikel bagi Edisi Jun 2026.
π Diindeks: MYCITE | Crossref | Google Scholar
π Tarikh akhir penghantaran: 30 April 2026
π© Emel: [email protected]
π² Sila rujuk poster atau imbas kod QR untuk maklumat lanjut.
28/01/2026
π‘ CALL FOR INNOVATION | FPI-INOVASI 2026
PERTANDINGAN INOVASI PENYELIDIKAN (FPI-INOVASI) 2026
Pamerkan idea dan produk inovatif anda dalam
Pertandingan Inovasi Penyelidikan
π 12 Mei 2026 | π Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
π Anugerah: Platinum, Emas, Perak & Gangsa
π΅ Hadiah Wang Tunai untuk Inovasi Terbaik
π Daftar sekarang β imbas QR pada poster!
28/01/2026
π£ CALL FOR POSTERS | FPI-RISE 2026
PERTANDINGAN POSTER PENYELIDIKAN (FPI-RISE) 2026
Research Showcase & Exhibition
βPenyelidikan Hari Ini, Membentuk Masa Depanβ
π 12 Mei 2026 (Selasa)
π Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
π Anugerah: Platinum, Emas, Perak & Gangsa
π Terbuka kepada: Akademik, Guru, Pelajar IPTA/IPTS & Pelajar Sekolah
π Tarikh Penting:
π 1 Jan 2026 β Abstrak & Panggilan Poster
π 1 Mac 2026 β Notis Penerimaan
π 15 Mac 2026 β Early Bird
π 1 April 2026 β Tarikh Akhir Penyertaan
π 12 Mei 2026 β Pembentangan & Penjurian
π Daftar sekarang β imbas QR pada poster!
28/01/2026
π£ CALL FOR PAPERS | SIWAT-6 UKM
Pelajar & Akademik dijemput membentang dalam
Seminar Antarabangsa Ilmu Wahyu & Turath Ke-6
Tema: Wahyu sebagai Inspirasi Inovasi: Menjana Kelestarian Insan dan Tamadun
π 11 Mei 2026
π Fakulti Pengajian Islam, UKM
π» Fizikal & Dalam Talian
π Anugerah Pembentangan Terbaik
π Peluang terbit dalam Jurnal Scopus
π Tarikh Penting:
π 1 Jan 2026 β Abstrak
π 1 Mac 2026 β Notis Penerimaan
π 15 Mac 2026 β Pendaftaran Early Bird
π 1 April 2026 β Kertas Kerja Penuh
π Daftar sekarang β imbas QR pada poster!
π© Pertanyaan: [email protected]
24/12/2025
Tahniah & Alhamdulillah π
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Al-Turath: Journal of al-Quran and al-Sunnah,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia atas pengindeksan oleh MYCITE (Malaysian Citation Index).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh Editorial Board atas komitmen, dedikasi dan profesionalisme dalam memastikan kualiti jurnal sentiasa terpelihara.
Semoga Al-Turath: Journal of al-Quran and al-Sunnah terus melangkah maju sebagai wadah ilmu yang berautoriti serta memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan akademik dan ummah.
Ikhlas daripada:
Seluruh Warga
Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah, FPI, UKM
18/12/2025
Warga Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah, FPI UKM merakamkan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohd Faizulamri Mohd Saad atas kenaikan pangkat ke Profesor Madya Gred DS14.
Semoga Allah SWT memberkati ilmu, mempermudah urusan dan mengurniakan keberkatan dalam setiap amanah yang dipikul. π€²β¨
17/12/2025
β¨ TAHNIAH & SYABAS β¨
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Faizulamri Mohd Saad, Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah, atas kenaikan pangkat ke Profesor Madya Gred DS14.
Pencapaian ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen berterusan, sumbangan ilmiah serta khidmat bakti beliau dalam bidang pengajian al-Quran dan al-Sunnah, khususnya di Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Semoga terus cemerlang dan diberkati Allah SWT dalam amanah keilmuan serta kepimpinan akademik yang dipikul.
08/12/2025
Tahniah Ustazah Nor Syamimi Mohd kerana berjaya mendapat Geran Penyelidikan Islam berkaitan Bahasa Melayu dan Warisan Islam.
Tahniah, selamat maju jaya.