Pusat Jaminan Kualiti Universiti Kebangsaan Malaysia

Pusat Jaminan Kualiti Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Jaminan Kualiti

Pusat Jaminan Kualiti ditubuhkan secara rasmi pada 10 Februari 2011 setelah diluluskan oleh Lembaga Pengarah UKM Bil. 1/2011 pada 10 Februari 2011. Sebelum penubuhannya semua aktiviti kualiti UKM dikendalikan oleh Bahagian Jaminan Kualiti iaitu di bawah pentadbiran Pusat Perancangan Korporat dan Kualiti (PPKK). Penubuhan PJK adalah selaras dengan cadangan Panel Penilai Audit Institusi MQA ke atas UKM pada 22-26 Mac 2010 di mana UKM telah berjaya diberikan status Swaakreditasi (self-accreditation) berkuatkuasa 29 April 2010. Hasil Audit, Panel MQA telah mencadangkan supaya UKM menilai semula Sistem Jaminan Kualiti (QA Systems) sedia ada dan mengambil langkah supaya proses kualiti lebih telus dan berintegriti di semua peringkat. MQA juga mengesyorkan supaya UKM menubuhkan Pusat Jaminan Kualiti (Centre for Quality Assurance ) untuk memastikan Sistem Jaminan Kualiti UKM lebih terancang dan berkesan.

PELANTIKAN WAKIL PENGURUSAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)Tahniah YB...
11/09/2026

PELANTIKAN WAKIL PENGURUSAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Tahniah YBhg. Prof. Ir. Dr. Shahrir Abdullah atas pelantikan sebagai Wakil Pengurusan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa pada 8 September 2026.

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Kualiti UKM dan Jawatankuasa ISMS UKM

SETINGGI PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PROF. DR. KAMISAH OSMANDengan penuh rasa hormat dan setinggi-tinggi pe...
11/09/2026

SETINGGI PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PROF. DR. KAMISAH OSMAN

Dengan penuh rasa hormat dan setinggi-tinggi penghargaan, seluruh warga Kualiti-UKM dan Jawatankuasa ISMS UKM merakamkan ucapan terima kasih kepada Prof. Dr. Kamisah Osman di atas khidmat bakti dan jasa sebagai Wakil Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) UKM sehingga 31 Ogos 2026.

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Kualiti UKM dan Jawatankuasa ISMS UKM

SEKALUNG PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PROF. DR. KAMISAH OSMANDengan penuh rasa hormat dan setinggi-tinggi pe...
09/09/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PROF. DR. KAMISAH OSMAN

Dengan penuh rasa hormat dan setinggi-tinggi penghargaan, seluruh warga Kualiti-UKM merakamkan ucapan terima kasih kepada Prof. Dr. Kamisah Osman atas segala jasa, bakti dan kepimpinan cemerlang sepanjang menggalas amanah sebagai Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti UKM sehingga 31 Ogos 2026.

Sesungguhnya, jasa dan sumbangan beliau akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga Kualiti-UKM. Semoga Prof. Dr. Kamisah Osman terus dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, kebahagiaan serta kejayaan berterusan dalam setiap amanah dan perjalanan yang bakal ditempuhi pada masa hadapan.

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Kualiti-UKM

๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข (๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข-๐”๐Š๐Œ) ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐”๐Š๐Œ)Tahniah Prof. Ir. Dr. Shahri...
09/09/2026

๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข (๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข-๐”๐Š๐Œ) ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐”๐Š๐Œ)

Tahniah Prof. Ir. Dr. Shahrir Abdullah atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa pada 8 September 2026.

Tulus ikhlas daripada Warga Kualiti-UKM

Lawatan Panel Auditor Agensi Kelayakan Malaysia bagi Audit Bertema Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Berstatus Swaakredita...
28/08/2026

Lawatan Panel Auditor Agensi Kelayakan Malaysia bagi Audit Bertema Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Berstatus Swaakreditasi

Dalam usaha memantapkan prestasi Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) berstatus Swaakreditasi dan memastikan sistem jaminan kualiti institusi sentiasa berfungsi dengan berkesan, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah menjalankan Audit Bertema IQAF 2025: Area 5 (Quality Assurance and Enhancement) pada 27 Ogos 2026 bertempat di Bangunan Canselori.

Sesi audit ini diadakan bagi memastikan sistem penjaminan dan peningkatan kualiti institusi sentiasa berada pada tahap terbaik serta memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua ahli panel auditor dan jawatankuasa yang terlibat atas komitmen padu yang diberikan. Semoga proses audit ini berjalan dengan lancar dan memberi impak positif kepada institusi!

-UKM

Sesi Taklimat Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) UKM 2026 anjuran Jawatankuasa Audit Dalam EKSA UKM telah diada...
20/08/2026

Sesi Taklimat Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) UKM 2026 anjuran Jawatankuasa Audit Dalam EKSA UKM telah diadakan pada 19 Ogos 2026 secara dalam talian. Sesi taklimat ini dihadiri oleh 85 orang juruaudit dalam EKSA UKM terutamanya juruaudit yang baru dilantik. Sesi ini diadakan bagi memberikan penerangan dan pemahaman berkaitan pelaksanaan Audit EKSA. Taklimat ini merangkumi penerangan mengenai kriteria dan komponen penilaian audit, kaedah pengauditan, aspek pematuhan serta persediaan yang perlu dilaksanakan oleh setiap zon dan kluster. Melalui sesi ini, diharapkan dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan, memastikan pelaksanaan EKSA yang lebih teratur dan berkesan serta membudayakan amalan kerja yang kondusif, kemas, sistematik dan berterusan.

Warga Kualiti-UKM mengucapkan tahniah kepada YBrs. Dr. Muhamad Alias Md. Jedi di atas pelantikan sebagai Penolong Dekan ...
19/08/2026

Warga Kualiti-UKM mengucapkan tahniah kepada YBrs. Dr. Muhamad Alias Md. Jedi di atas pelantikan sebagai Penolong Dekan Kualiti & Strategi, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) yang baharu berkuat kuasa mulai 10 Ogos 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Ir. Dr. Intan Fadhlina Mohamed di atas jasa dan sumbangan bakti sebagai Penolong Dekan Kualiti & Strategi, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) yang telah berakhir pada 9 Julai 2026.



Kursus Pemantapan Teknikal Juruaudit Dalaman ISMS UKM telah berlangsung dengan jayanya pada 3 dan 4 Ogos 2026 bertempat ...
05/08/2026

Kursus Pemantapan Teknikal Juruaudit Dalaman ISMS UKM telah berlangsung dengan jayanya pada 3 dan 4 Ogos 2026 bertempat di Bilik Siswazah 19, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada penceramah jemputan, Encik Raja Muhazam Farid bin Raja Mukhtar daripada SIRIM Academy, atas perkongsian ilmu yang komprehensif selaras dengan keperluan standard ISO/IEC 27001.

Sepanjang dua (2) hari kursus ini berlangsung, para peserta bukan sahaja diperkasakan dari aspek kaedah pelaksanaan audit, malah turut didedahkan dengan pendekatan teknikal bagi mengasah kemahiran mengumpul bukti objektif serta menilai keberkesanan kawalan keselamatan maklumat secara lebih sistematik. Melalui pendedahan tersebut, para juruaudit kini lebih bersedia dan berkeyakinan untuk mengenal pasti penemuan audit dengan tepat, khususnya dalam membezakan antara Laporan Ketidakpatuhan (*Non-Conformity Report* atau NCR) dan Peluang Penambahbaikan (*Opportunity for Improvement* atau OFI), sekali gus menyokong usaha penambahbaikan berterusan terhadap Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat.

Sekalung penghargaan turut diucapkan kepada semua peserta yang telah meluangkan masa serta memberikan komitmen dan kerjasama yang cemerlang sepanjang kursus ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan audit dalaman yang lebih teliti, menyeluruh dan sistematik, sekali gus memperkukuh budaya penambahbaikan berterusan dalam pengurusan ISMS di UKM.



Kursus Pengendalian Sistem Urus Bakat UKM (Kualiti-UKM) telah berjaya dilaksanakan pada 29 Julai 2026 dengan jemputan pe...
04/08/2026

Kursus Pengendalian Sistem Urus Bakat UKM (Kualiti-UKM) telah berjaya dilaksanakan pada 29 Julai 2026 dengan jemputan penceramah iaitu Puan Nastura Binti Nasir dan Encik Muhammad Hakim Bin Mohd Haniff daripada Bakat UKM. Kursus yang melibatkan Warga Kualiti-UKM secara tidak langsung menerangkan secara terperinci mengenai pengendalian sistem UrusBakat UKM dan memberi pemahaman kepada pegawai bertanggungjawab mengenai penawaran latihan melalui sistem UrusBakat UKM. Diharapkan agar pengendalian Sistem Urus Bakat di Kualiti-UKM lebih baik dan sistematik.

Taklimat Pengenalan Pelaksanaan EKSA bagi Kluster 6 yang telah selesai disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nor Fadzilah Bin...
03/08/2026

Taklimat Pengenalan Pelaksanaan EKSA bagi Kluster 6 yang telah selesai disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nor Fadzilah Binti Abdullah (Timbalan Pengarah Bahagian Sistem Pengurusan Kualiti)๐Ÿ‘๐ŸŒŸ
Sesi taklimat ini diadakan bertujuan untuk:
โœ… Memahami asas dan skop pelaksanaan EKSA secara menyeluruh.
โœ… Menerapkan budaya kerja yang kemas, selamat, dan berdisiplin.
โœ… Memupuk amalan hijau serta kecekapan persekitaran kerja.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan kerjasama yang mantap! Semoga pendedahan awal ini menjadi langkah pertama yang padu untuk Kluster 6 mencapai piawaian EKSA yang terbaik.

Address

Pusat Jaminan Kualiti, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60389215077

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Jaminan Kualiti Universiti Kebangsaan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Jaminan Kualiti Universiti Kebangsaan Malaysia:

Shortcuts

Share