Institute of Microengineering and Nanoelectronics - UKM

Institute of Microengineering and Nanoelectronics - UKM IMEN Official Website http://www.ukm.my/imen/ The Institute of Microengineering and Nanoelectronics (IMEN) was officially established in November 2002.

The Institute is a strategic initiative for pursuing multidisciplinary research on Microengineering and Nanoelectronics and provides a national R&D center for Malaysia in this area. IMEN research seek to develop enabling technologies and systems for strategic applications. Our Vision is to be a world class research institute in microengineering and nanoelectronics and our mission is to develope an

d excel in research in advanced micro and nanoelectronics, MEMS and microsensor technology, organic electronics, photonics and VLSI technology so as to contribute to technological advancement of Malaysia.

๐Ÿ›๏ธ HAB PERKHIDMATAN SAINTIFIK IMEN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)Memperkasa Inovasi melalui Ketepatan & Kebolehpe...
21/08/2026

๐Ÿ›๏ธ HAB PERKHIDMATAN SAINTIFIK IMEN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Memperkasa Inovasi melalui Ketepatan & Kebolehpercayaan

๐Ÿ”ฌ Mencari perkhidmatan pengujian dan analisis makmal yang dipercayai?

Hab Perkhidmatan Saintifik IMEN, UKM menyediakan perkhidmatan pengujian, pengukuran dan analisis makmal yang berkualiti bagi menyokong keperluan penyelidik, industri dan komuniti akademik.

โœจ Mengapa memilih kami?
โœ”๏ธ Keputusan yang tepat dan boleh dipercayai
โœ”๏ธ Perkhidmatan pengujian & pengukuran yang komprehensif
โœ”๏ธ Harga yang berpatutan dan telus

๐Ÿ”— Lihat perkhidmatan yang ditawarkan:
https://www.ukm.my/imen/flipbook-perkhidmatan-makmal-dan-instrumentasi-imen

๐Ÿ“‹ Tempahan perkhidmatan boleh dibuat melalui:
https://imenhub-portal.github.io/i-nstrumen/

๐Ÿค Jadikan IMEN sebagai rakan sokongan anda dalam penyelidikan dan inovasi!

21/08/2026

๐Ÿ”ฌ MAKMAL PENYELIDIKAN IMEN | UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Menyokong kecemerlangan penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi melalui kemudahan makmal serta perkhidmatan saintifik yang berfokus kepada bidang Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik.

IMEN menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan makmal yang boleh dimanfaatkan oleh penyelidik, institusi akademik serta pihak industri bagi menyokong keperluan pengujian, pengukuran, analisis dan penyelidikan.

โœจ Terokai pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh IMEN dan temui kemudahan yang sesuai untuk menyokong projek penyelidikan serta inovasi anda.

๐Ÿ”— Lihat senarai lengkap perkhidmatan di sini:
https://www.ukm.my/imen/flipbook-perkhidmatan-makmal-dan-instrumentasi-imen

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐ƒ๐ซ. ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐™๐ฎ๐ฅ๐ก๐š๐ค๐ข๐ฆ๐ข! ๐ŸŽ‰IMEN merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Mohd. Zulhakimi Ab. Razak atas penyertaa...
17/08/2026

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐ƒ๐ซ. ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐™๐ฎ๐ฅ๐ก๐š๐ค๐ข๐ฆ๐ข! ๐ŸŽ‰

IMEN merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Mohd. Zulhakimi Ab. Razak atas penyertaan beliau dalam Program Pensijilan Profesional QNX BlackBerry.

Penyertaan ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh kompetensi profesional serta kepakaran dalam teknologi digital, keselamatan siber dan sistem terbenam, selari dengan keperluan industri masa kini.

Program ini turut menyokong SDG 4 (Quality Education), SDG 9 (Industry, Innovation and Infrastructure) dan SDG 17 (Partnerships for the Goals) melalui pembangunan kompetensi profesional, pengukuhan kepakaran teknologi serta kerjasama strategik UKMโ€“BlackBerry.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi di IMEN, UKM.

Syabas dan tahniah, Dr. Zulhakimi!

๐ŸŽ‰ SYABAS & TAHNIAH!IMEN mengucapkan syabas dan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Muhamad Ramdzan atas penglibatan beliau se...
13/08/2026

๐ŸŽ‰ SYABAS & TAHNIAH!

IMEN mengucapkan syabas dan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Muhamad Ramdzan atas penglibatan beliau sebagai Penyelidik Bersama dalam geran penyelidikan berikut:

๐Ÿ”ฌ Geran: Faculty of Medicine Fundamental Grants (GFFP) 2026

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ”ฌ Peranan: Penyelidik Bersama

๐Ÿ’ฐ Jumlah Dana: RM14,000

๐Ÿ“‘ Tajuk Projek: โ€œDiagnostic Accuracy of the Mykits High-Risk HPV Prototype: A Comparative Pilot Study Against PCR Genotyping in a Gynaecology Clinic Settingโ€

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan penyelidik:

Ketua Penyelidik:
Prof. Dr. Mohamad Nasir Shafiee
(Fakulti Perubatan, UKM)

Ahli Penyelidik:

- Dr. Abdul Muzhili Hannaan Abdul Hafizz (Fakulti Perubatan, UKM)
- Prof. Madya Dr. Nazefah Abdul Hamid (USIM)

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada penglibatan warga IMEN dalam kolaborasi penyelidikan yang berterusan.

Ikhlas daripada,

Warga IMEN UKM

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐ˆ๐๐Œ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐‡๐€๐™๐€๐๐€๐‡ ๐๐€๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ ๐Š๐„ ๐”๐Š๐Œ ๐“๐Ž๐๐‰๐Ž๐‹๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐”๐๐€๐˜๐€๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐Š๐”๐€๐๐“๐”๐Œ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€Universit...
07/08/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐ˆ๐๐Œ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐‡๐€๐™๐€๐๐€๐‡ ๐๐€๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ ๐Š๐„ ๐”๐Š๐Œ ๐“๐Ž๐๐‰๐Ž๐‹๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐”๐๐€๐˜๐€๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐Š๐”๐€๐๐“๐”๐Œ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini menerima kunjungan rasmi delegasi International Business Machines Corporation (IBM) dan Khazanah Nasional Berhad ke Kompleks Penyelidikan UKM bagi meninjau keupayaan penyelidikan universiti, khususnya dalam bidang teknologi kuantum, serta meneroka potensi kerjasama strategik dalam pembangunan teknologi masa hadapan yang mampu memperkukuh ekosistem inovasi negara.

Delegasi telah disambut oleh Naib Canselor UKM, Prof. Datoโ€™ Dr. Sufian Jusoh, bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), Prof. Ir. Dr. Abu Bakar Sulong, Pengarah Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), Prof. Ir. Dr. Ahmad Ashrif A. Bakar, Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM), Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, pengurusan tertinggi UKM, serta penyelidik utama UKM.

Lawatan dimulakan di Makmal HICoE IMEN, yang mempamerkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang mikroelektronik, nanoelektronik, semikonduktor serta teknologi termaju. Sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE), IMEN berperanan sebagai hab penyelidikan strategik negara yang menyokong pembangunan teknologi bernilai tinggi, termasuk teknologi kuantum dan ekosistem semikonduktor.

Delegasi seterusnya dibawa melawat Makmal iCRIM, yang menempatkan kemudahan pencirian bahan dan instrumen analisis berketepatan tinggi bagi menyokong penyelidikan bahan termaju, fabrikasi peranti serta pembangunan teknologi generasi baharu. Kemudahan penyelidikan ini mencerminkan komitmen UKM dalam menyediakan infrastruktur bertaraf antarabangsa yang menyokong penyelidikan berimpak tinggi.

Kemuncak lawatan berlangsung di Bilik NanoCoE IMEN menerusi sesi pembentangan dan perbincangan strategik yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UKM bersama barisan pengurusan universiti. Sesi tersebut menghimpunkan penyelidik-penyelidik utama UKM bagi mempersembahkan kekuatan penyelidikan universiti dalam bidang komputasi kuantum, komunikasi kuantum, penderiaan kuantum (quantum sensing), bahan dan peranti kuantum, di samping membincangkan potensi kerjasama penyelidikan bersama IBM dan Khazanah Nasional Berhad.

Perbincangan turut memberi penekanan kepada pembangunan ekosistem teknologi kuantum negara melalui penyelidikan rentas disiplin, pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, perkongsian kepakaran, pemindahan teknologi serta pengkomersialan hasil penyelidikan. Inisiatif ini sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk memperkukuh kapasiti negara dalam teknologi strategik yang dijangka menjadi pemacu utama ekonomi berasaskan pengetahuan dan industri bernilai tinggi pada masa hadapan.

Lawatan ini membuktikan komitmen UKM dalam memperkukuh jaringan kerjasama dengan rakan industri bertaraf global serta agensi pelaburan strategik negara bagi mempercepat pembangunan penyelidikan, inovasi dan teknologi berimpak tinggi. Keupayaan penyelidikan rentas disiplin yang dimiliki UKM, khususnya melalui IMEN dan pusat-pusat penyelidikan berkaitan, mengukuhkan kedudukan universiti sebagai antara institusi peneraju dalam pembangunan teknologi kuantum dan semikonduktor di Malaysia.

Program yang berlangsung selama hampir dua jam itu diakhiri dengan sesi bergambar sebagai simbolik komitmen bersama antara UKM, IBM dan Khazanah Nasional Berhad dalam memperkukuh kerjasama strategik ke arah memperkasakan penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi kuantum serta semikonduktor demi kemajuan negara.



07/08/2026

Sorotan video Lawatan IBM-KHAZANAH ke IMEN-UKM. Turut hadir bersama Naib Canselor UKM, Prof. Dato' Dr. Sufian Jusoh.

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡! ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š ๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐”๐Š๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐ˆ๐Š๐“๐ˆ๐‘๐€๐… '๐–๐Ž๐‘๐‹๐ƒ ๐“๐Ž๐ 5% ๐’๐‚๐ˆ๐„๐๐“๐ˆ๐’๐“' ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐’๐‚๐ˆ๐‘๐€๐๐Š ๐†๐‹๐Ž๐๐€๐‹Sekalung tahniah dan syabas diucapkan...
05/08/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡! ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š ๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐”๐Š๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐ˆ๐Š๐“๐ˆ๐‘๐€๐… '๐–๐Ž๐‘๐‹๐ƒ ๐“๐Ž๐ 5% ๐’๐‚๐ˆ๐„๐๐“๐ˆ๐’๐“' ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐’๐‚๐ˆ๐‘๐€๐๐Š ๐†๐‹๐Ž๐๐€๐‹

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada 11 orang penyelidik dari Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas pencapaian luar biasa apabila berjaya tersenarai dalam World Top 5% Scientist oleh SciRank Global! ๐Ÿ†๐ŸŒ

Barisan Felo Penyelidik IMEN UKM:
Prof. Ir. Dr. Ahmad Ashrif A Bakar
Prof. Dr. Mohd Ambri Mohamed
Prof. Dr. Jumril Yunas
Prof. Dato' Dr. Burhanuddin Yeop Majlis
Prof. Dr. Azman Jalar
Prof. Dr. Azrul Azlan Hamzah
Prof. Dr. Dee Chang Fu
Prof. Dr. Akrajas Ali Umar
Prof. Madya Ts. Dr. P. Susthitha Menon
Prof. Madya Dr. Siow Kim Shyong
Dr. Atiqah Mohd Afdzaluddin

Ikhlas daripada seluruh warga IMEN, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi buat semua untuk terus melakar kejayaan! ๐ŸŽ“โœจ

Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), UKM terus memperkukuh peranannya sebagai Pusat Kecemerlangan Inst...
05/08/2026

Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), UKM terus memperkukuh peranannya sebagai Pusat Kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi (HICoE) dalam bidang MEMS untuk Aplikasi Bioperubatan, dengan tumpuan khusus terhadap teknologi MEMS bagi pembangunan buah pinggang tiruan.

Lawatan Tapak Pemantauan Prestasi HICoE 2026 telah memberikan pandangan yang bernilai mengenai fasa pembangunan IMEN seterusnya. Panel menggalakkan IMEN untuk terus menilai dan memperkukuh beberapa bidang utama, termasuk kemudahan makmal bertauliah, kepakaran multidisiplin, kerjasama industri dan pembangunan peranti perubatan, di samping memanfaatkan keupayaan yang telah dibangunkan.

Melangkah ke hadapan, IMEN akan memberikan penekanan yang lebih besar terhadap usaha menterjemahkan hasil penyelidikan kepada teknologi yang telah disahkan serta produk yang bersedia untuk dikomersialkan, dengan sokongan penglibatan yang lebih kukuh bersama pihak industri dan sektor kesihatan.

IMEN menyambut baik pengiktirafan, maklum balas yang membina serta cadangan daripada panel sebagai panduan penting dalam memperkukuh hala tuju dan impak institut pada masa hadapan.

Institut berbesar hati dengan kehadiran Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMOfficial).

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada panel penilai, Prof. Datoโ€™ Dr. Mohamad Isa Abdul Majid, Prof. Datoโ€™ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif dan Prof. Dr. Anis Nurashikin Nordin, serta Puan Yogitha Muniandy daripada Bahagian Kecemerlangan Pendidikan Tinggi, JPT, atas pandangan dan cadangan yang amat bernilai.

Penghargaan turut diberikan kepada seluruh warga IMEN atas komitmen, sokongan dan usaha bersama dalam memastikan lawatan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Penghargaan khas ditujukan kepada pengasas IMEN, Prof. Datoโ€™ Dr. Burhanuddin Yeop Majlis, yang visi dan kepimpinannya telah meletakkan asas kukuh bagi pertumbuhan serta pencapaian berterusan IMEN.




๐Š๐Ž๐‹๐Ž๐Š๐ˆ๐”๐Œ ๐ˆ๐Œ๐„๐ 2026 & ๐ˆ๐…๐…๐’ 2026Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM...
30/07/2026

๐Š๐Ž๐‹๐Ž๐Š๐ˆ๐”๐Œ ๐ˆ๐Œ๐„๐ 2026 & ๐ˆ๐…๐…๐’ 2026

Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, pembentang, penceramah jemputan, rakan strategik serta jawatankuasa yang telah menjayakan Kolokium IMEN 2026 dan Interdisciplinary Forum on Frontier Science 2026 (IFFS 2026) yang berlangsung pada 28โ€“29 Julai 2026 di Bangi Resort Hotel, Selangor.

Program ini telah menghimpunkan para penyelidik, ahli akademik, pelajar pascasiswazah serta pemain industri bagi berkongsi hasil penyelidikan terkini, memperkukuh jaringan kerjasama dan meneroka perkembangan baharu dalam bidang mikroelektronik, nanoelektronik serta sains sempadan.

Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai sesi pembentangan, forum ilmiah dan perbincangan strategik telah diadakan bagi merancakkan budaya penyelidikan dan inovasi merentas disiplin. Program ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara institusi akademik dan industri di peringkat nasional serta antarabangsa.

๐Ÿค Setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan penganjur bersama:

โ€ข Tianfu Jiangxi Laboratory

โ€ข Institute of Fundamental and Frontier Sciences

โ€ข Malaysia Nanotechnology Association (MNA)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga segala perkongsian ilmu dan jaringan yang terjalin akan terus memacu kecemerlangan penyelidikan pada masa hadapan.






Address

Pusat Penyelidikan, Aras 4, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institute of Microengineering and Nanoelectronics - UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Institute of Microengineering and Nanoelectronics - UKM:

Shortcuts

Share