13/05/2024
PENGORBANAN YANG TERLUPAKAN..
1. Tengah kemas dokumen lama..terjumpa dokumen bernilai dalam hidup saya.
2. Saya pernah jadi Guru sekolah rupanya..Nostalgic sungguh 😄
3. Sekeping Kertas A4 cuma…Tapi memberi makna yang bernilai dalam hidup saya dan mengajar saya memahami pengorbanan orang yang berjasa dalam hidup kita.
4. Selepas menolak tawaran untuk Ijazah yang ke-2 dalam Perubatan di luar negara, saya bertekad meneruskan pencarian my ‘life mission’ & passion.
5. Pebagai jenis bisnes dah buat. Naik dan turun tu biasa..
6. Orang sekeliling pun asyik tanya tak cari pekerjaan tetap ke..Semua adik-beradik pun ada pekerjaan tetap & secure. Betul ke anak bongsu ni pelik? 😅
7. Sebelum tu saya pernah bekerja di Watsons, company MNC. Masa tu mereka ada buat Projek letakkan Health Advisor di Top 10 Watsons di seluruh Malaysia.
8. Kerja kami adalah bantu Pharmacist dan bagi advice pada klien tentang Produk berkaitan Health.
9. Kerjanya tak susah, enjoy je. Gaji dan perks pun ok. Tapi sebab politik antara department ni menyebabkan saya tak enjoy kerja.
10. Nak solat Jumaat pun bukan mudah kalau kerja retail ni. Kena curi waktu berehat sejam tu.
11. Lepas saya berhenti, bermulalah full time buat home tutor.
12. Acah full time, padahal kerja macam part time je 😅
13. Saya buat banner kecil, letak kat depan sekolah. Dapat satu klien ni saya ajar kakak, adik dan sepupu sekali.
14. Banyak subjek saya ajar. Enjoy rasanya mengajar ni, klien pun baik. Maybe ni passion aku kot..saya berfikir
15. Setiap kali datang kena jamu makan. Dengan klien ni sahaja dah macam gaji kerja full time. Masih single p**a time tu.
16. Tapi biasalah, orang nampak macam tak ada kerja dan masa depan.
17. So sambil-sambil mencari identiti diri, mohonlah GSTT (Bukan GST) Guru Sandaran Tidak Terlatih kat PPD. Memang tak terlatih dan tak ada latihan pun 😄
18. Ingatkan jadi cikgu ni mudah, namun tidak ye kawan-kawan.
19. Dah rasa baru tau..oo macam ni rasanya jadi cikgu..ingatkan mengajar je..rupanya macam-macam jawatan percuma anda boleh dapat..oops🫢
20. Kalau siapa tak pernah jadi cikgu kat sekolah susah nak faham tugasan mereka.
21. Buat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) tu dah wajib. Tebal bukunya, boleh sesak nafas kalau naik tangga 4 tingkat 😅 Guna lagi ke?
22. Tugasan nak jaga disiplin, budak tak nak belajar lah.
23. Mana nak jadi cikgu kelas, dekorasi bagai. Duit sendiri juga keluar.
24. Ko-kurikulum, jadi penasihat kelab, sukan, pertandingan.
25. Nak tarik minat budak belajar. Saya tak pernah belajar tentang pedagogi (cara mengajar). Pernah satu masa tu saya mengajar sambil duduk. Sempoi noo..Sekali ada cikgu tegur, oo baru tahu.
26. Bilik guru tu dah jadi macam bilik Media prima 😅 Macam-macam berita terkini hiburan sensasi ada 😆
27. Banyak yang saya belajar especially nak mendidik budak-budak yang memang tak nak belajar
28. Asal Kena ajar Biologi, lepas tu Pendidikan Moral pun pernah.. Memang terus bermoral tinggi saya jadinya 😆
29. Boleh stress woo tengok budak-budak ni boleh tidur dan berborak masa tengah mengajar.
30. Yang jenis selamba tanya untuk menguji kita pun ada je. Mentang-mentang aku ni cikgu ganti kan. Tanya result SPM. Nanti cikgu tunjuk baru tau terkejut 😄
31. Bila tanya cita-cita, no wonderlah..nak kerja kilang , workshop. Oklah dari tiada cita-cita kan. That’s why jangan pelik pelajar yang memang tak nak sambung belajar ni memang ada.
31. Lepas tu baru saya terfikir macamana nak tackle budak-budak macam ni.
32. Ada kalanya memang kena tegas, ada kalanya jadi kawan berborak dengan dorang.
33. Satu perkara yang saya belajar, kena faham dan matching dengan keadaan dorang dulu. Ni yang kadang-kadang ada yang tak berapa nak faham.
34. Bila mereka dah selesa, mudahlah sikit nak buat kerja kita.
35. Saya jadi guru ganti sekolah ni 3 bulan je. Lepas tu cikgu tu masuk balik.
Kemudian...
Baca lebih lanjut di https://tinyurl.com/kisahtutor
Ingin serta Bengkel DIgital Tutor PERCUMA untuk yang terawal?
Daftar di https://www.digylearn.com/training-of-digital-tutor
PENGORBANAN YANG TERLUPAKAN..