Unit Pencirian Bahan SMI FST UKM

Unit Pencirian Bahan SMI FST UKM

Share

Unit Pencirian Bahan FST memaparkan maklumat instrumentasi penyelidikan yang terdapat di FST.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat serta berhubung dengan operator berkaitan permohonan dan caj penggunaan instumentasi.

01/05/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI PEKERJA πŸ‡²πŸ‡Ύ
1 Mei 2026

Khas buat seluruh warga perkhidmatan makmal FST tulang belakang kepada kecemerlangan penyelidikan dan pendidikan negara.

Bukan sekadar menyokong,
tetapi memastikan setiap eksperimen tepat,
setiap data diyakini,
dan setiap penemuan dapat direalisasikan

Dari penyediaan sampel ke pengendalian instrumen,
dari penyelenggaraan makmal ke pematuhan keselamatan,
setiap usaha anda adalah nadi kepada kemajuan ilmu
dan pembangunan negara.

Setiap titik keringat, masa dan tenaga yang dicurahkan
menjadi bukti dedikasi seorang pekerja yang berintegriti.

*Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa πŸ‡²πŸ‡Ύ*

Kami bukan sekadar bekerja,
kami memikul amanah ilmu dan negara
dilaksanakan dengan penuh integriti, ketelitian dan profesionalisme.

Semoga segala usaha kita diterima sebagai amal kebaikan
dan memberi manfaat berpanjangan kepada generasi akan datang.

06/03/2026

π’π€π‹π€πŒ 𝐍𝐔𝐙𝐔𝐋 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ | πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡

Nuzul Al-Quran mengingatkan kita tentang turunnya mukjizat agung yang menjadi petunjuk sepanjang zaman.

Semoga kita terus mendekatkan diri dengan Al-Quran dengan membaca, memahami serta mengamalkan dalam setiap aspek kehidupan.

Ikhlas,
Fakulti Sains & Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

16/12/2025

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


YBhg. Prof. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,



NOTIS PEMAKLUMAN – PEMBUKAAN SEMULA PERKHIDMATAN INSTRUMENTASI SMI FST


Merujuk kepada Notis Pemakluman Penutupan Sementara Perkhidmatan Instrumentasi SMI FST yang telah dikeluarkan sebelum ini, sukacita dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan instrumen telah selesai sepenuhnya.

Sehubungan itu, semua perkhidmatan analisis bagi peralatan yang terlibat kini beroperasi semula seperti biasa.

Bahagian Instrumentasi SMI FST memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama serta kesabaran semua pihak. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Hani Azlin Hussin ([email protected]) di talian 03-8921 4377 / 011-6274 8384.



Sekian, terima kasih.

Photos from Unit Pencirian Bahan SMI FST UKM's post 09/12/2025

Tahniah diucapkan kepada En. Syawal Mohd Yusof, Penolong Pegawai Sains C5, SMI FST kerana telah menerima Anugerah Seroja Emas OKU UKM , Kategori Personalia OKU Cemerlang (Staf Bukan Akademik) sempena Karnival Cakna OKU 2025 yang berlangsung pada 5–6 Disember 2025 di DECTAR, UKM.

Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi serta kecemerlangan beliau dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di universiti.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga UKM untuk terus cemerlang dalamperkhidmatan serta memartabatkan agenda inklusif OKU.

Tahniah dan syabasπŸ‘πŸ‘πŸ‘

Photos from Unit Pencirian Bahan SMI FST UKM's post 09/12/2025

Bengkel β€œBeyond the Drop & Gram: Precision Workshop on Laboratory Micro Instruments”

3 Disember 2025 | Bilik Mesyuarat Fizik, FST.

Bengkel ini menghimpunkan pelajar dan staf makmal bagi memperkukuh kemahiran penggunaan instrumen mikro makmal seperti metter balance, heliophid rotary evaporator dan Eppendorf pipette. Para peserta turut diberi pendedahan teori serta sesi hands-on bagi meningkatkan ketepatan dan kebolehpercayaan kerja-kerja makmal.

Terima kasih kepada penceramah jemputan dari Everlife Chemopharm atas perkongsian yang sangat bermanfaat, serta semua peserta yang hadir dan menjayakan program ini.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam meningkatkan mutu kerja makmal dan penyelidikan.

03/12/2025
14/11/2025

πŸ“’ WORKSHOP ANNOUNCEMENT!

🎯 Beyond the Drop & Gram: Precision Workshop on Laboratory Micro Instruments

πŸ“ Organized by Unit Pencirian Bahan, Sekretariat Makmal & Instrumentasi, FST UKM
in collaboration with Everlife Chemopharm

πŸ—“ Date: 3 December 2025 (Wednesday)
πŸ•˜ Time: 9.00 am – 5.00 pm
πŸ› Venue: Bilik Seminar Siswazah, Bangunan Fizik, FST, UKM
πŸ’° Fee: RM50 (UKM) | RM80 (Non-UKM)
πŸ”— Register here: https://forms.gle/F5iyPGnsXR14kPKs5
]
πŸ“… Deadline: 27 November 2025

✨ What’s Interesting?

βœ… Learn about Good Weighing Practice (GWP)
βœ… Hands-on session with Mettler Balance, Heidolph Rotary Evaporator & Eppendorf Pipette
βœ… Troubleshooting & preventive maintenance tips
βœ… Sessions led by experienced industry experts

🎁 Fee includes certificate, goodies & meals!

πŸ“© For inquiries: [email protected]

πŸ“± Contact: 019-972 5770 (Syahmi)

Come join us and enhance your lab precision skills! πŸ’‘πŸ”¬

14/11/2025

Unit Pencirian Bahan, Sekretariat Makmal dan Instrumentasi (SMI), Fakulti Sains dan Teknologi, UKM telah menerima lawatan daripada tiga orang pelajar Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Indonesia yang sedang menjalankan kolaborasi penyelidikan bersama Dr. Nurul Asikin Mijan daripada Jabatan Sains Kimia, FST.

Sepanjang dua minggu berada di UKM (10 – 20 November 2025), para pelajar ini akan mempelajari kaedah penggunaan alat Physisorption Micromeritics Tristar II Plus serta teknik analisis data bersama En. Syawal Mohd Yusof, Penolong Pegawai Sains daripada Unit Pencirian Bahan, SMI, FST.

Menariknya, pihak pensyarah dari ITS turut menjemput En. Syawal untuk berkunjung ke ITS pada masa akan datang bagi memberi pendedahan dan berkongsi idea bersama para pelajar di sana satu langkah yang sangat bermakna dalam memperkukuh jaringan penyelidikan dan ilmu antara UKM dan ITS.

14/11/2025

Perkhidmatan Instrumentasi 2025


Bersama-sama ini disertakan Brosur Perkhidmatan Instrumen yang ditawarkan di Unit Pencirian Bahan, SMI FST UKM.


Brosur Perkhidmatan : https://rb.gy/es9lj


Borang Permohonan Sebutharga Perkhidmatan Analisis Instrumen Unit Pencirian Bahan SMI FST : https://bit.ly/3tddtcy


Hubungi Kami :
Pn Hani Azlin Binti Hussin Shaukat
Pegawai Sains
Ketua Unit Pencirian Bahan SMI FST
[email protected]
[email protected]
03-8921 4377 /011-62748384
https://unitpencirianbahanfst.wasap.my/
Unit Pencirian Bahan
Bahagian Instrumentasi
Sekretariat Makmal dan Instrumentasi FST

Want your school to be the top-listed School/college in Bangi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Bangi
43600